Blogger Adalah Pemikir Hebat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia, alhamdulillah seorang lagi rakan FB Group Denaihati Network yang menjadi penulis jemputan di blog Denaihati.com. Entri ini adalah daripada DaddyDee, pemilik blog daddydee.net. Joom sama-sama kita baca.

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua saudaraku.

Blogger adalah pemikir yang hebat bagi saya. Blogger adalah penulis, yang berfikir untuk berkongsi idea hebat selain daripada hobi suka-suka. Dalam suka-suka boleh menjana wang, menjana sahabat, menjana peminat, menjana ilmu dan menjana jodoh, begitulah hebatnya blog. Hanya blogger mengenal blog mereka.

Blogger adalah pemikir hebat
Blogger adalah pemikir hebat

Mengapa saya katakan blogger adalah pemikir hebat? Bagi saya blogger yang hebat adalah blogger yang mampu menulis entri yang sangat berkualiti. Bukan senang untuk hasilkan entri yang berkualiti dan bukan nya susah.

Untuk menulis satu entri blogger perlu fikirkan: Apa yang ingin disampaikan? Bagaimana untuk disampaikan? Hasil dari penyampaian yang disampaikan?

 

Olahan idea yang jelas adalah perlu bagi memudahkan pembaca faham akan apa yang ingin disampaikan. Gaya bahasa tidak kisah gaya bahasa apa yang ingin mereka gunakan janji pembaca faham dan matlamat sampai. Sebaiknya elakkan guna bahasa SMS dan gunakan bahasa yang difahami oleh semua, bahasa pasar pun boleh diterima lagi.

Jadi untuk jadi blogger perlu jadi pemikir hebat perlu ada kelulusan semua? Tidak perlu menjadi berkelulusan untuk jadi blogger hebat. Tapi cukuplah tahu berfikir yang topik yang kita kongsikan akan memberi manafaat kepada pembaca atau tidak? Jika, ya tulis lah bahan itu dan jika tidak baik lupakan saja.

Kenapa perlu tulis entri yang bermanafaat? Kerana blog adalah medan perkongsian ilmu. Jika ilmu yang baik kita kongsikan maka baiklah saham yang kita perolehi untuk dunia dan akhirat. Selain ilmu yang ditulis boleh dipraktikkan oleh orang lain dan memberi keuntungan kepada orang lain seperti abangensem yang membantu orang lain memiliki rumah melalui tips hartanahnya. Selagi tips itu digunakan selagi itu blogger dapat share. Saham ilmu adalah satu-satunya saham yang tidak akan habis selagi ia digunakan.

Bayangkan jika kita menulis satu fitnah? Fitnah itu dibaca oleh 100 orang sehari selama blog itu masih ada. Tersebar dan terus tersebar fitnah itu ke seantaro dunia maya dan nyata. Dapat bayangkan berapa saham yang akan kita terima? Selama entri itu tidak dipadam ia akan kekal selamanya.

Sebab itulah blogger perlu jadi pemikir hebat, perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum menulis perihal sesuatu perkara. Kaji dengan jelas sebelum ianya ditulis dan diletakkan di blog. Fikir fikirkan.


Spread the love

153 Comments

  1. blogger perlu berfikir sebelum menulis. dan tulisan yang hebat disertai dengan pemikiran yang hebat, pasti menjadikan blogger adalah seorang pemikir yang hebat. Etika dalam berblogging, siapa yang ikut pasti hebat! =)
    Curahan rasa KiD @ ..Peti Ais RayaMy Profile

  2. blogger semenangnya hebat.. dgn penulisan sahaja boleh membina pengaruh, boleh mencipta aura dan awas ! dgn penulisan juga anda mampu membinasakan dan dibinasakan.

    kenapa saya kata begitu? anda semua tahu bukan. penulisan juga ibarat lidah pengarang. jika baik, maka baiklah impaknya… begitulah sebaliknya..

    Berhati~hati dalam penulisan adalah cara terbaik agar dapat memberi manfaat kepada orang lain khususnya dan kepada diri sendiri khasnya.

    jika sebut mengenai menulis blog, semua mampu menulis, tetapi berapa ramai yang mampu menerbitkan entri yang berkualiti yang bisa memberi manfaat kepada semua pembaca.
    pokoknya tepuk dada tanyalah hati…
    Curahan rasa silenceblogz @ ..Mutiara Kata – Silence Day of WednesdayMy Profile

  3. amat bersetuju. menulis dgn secara tidak sengaja kita menyampaikan ilmu kepada pembaca. ilmu ini jika baik dan bermanfaat, insyaAllah akan menolong menyalurkan pahala kpd kita walaupun sesudah kita mati. namun jika penulisan kita tidak baik dan ia menjadi ikutan kpd orang, dosanya juga tersalur kpd kita walaupun kita sudah mati.
    Curahan rasa sohoque @ ..Wordless Wednesday: Selamat Hari Raya Idulfitri 2013My Profile

  4. Sangat-sangat setuju dengan apa yang dibicarakan dalam entri ini, BLOGGER ADALAH PEMIKIR HEBAT!!
    Karena apa yang blogger tulis, memiliki berbagai tujuan positif, baik bagi dirinya sendiri maupun orang lain

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!