Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah dapat hadir ke majlis Malaysia International Tourism Bloggers Conference and Awards 2013. Ada banyak sebab kenapa aku sebagai penulis blog sepenuh masa perlu hadir #MITBCA2013 selain bersosial dan menceduk ilmu daripada ahli panel daripada berbagai negara iaitu rasa tanggungjawab sebagai seorang Blogger hadir ke majlis yang dianjurkan untuk Blogger. Denaihati Network telah diberi peruntukan 10 tempat oleh penganjur yang nilainya RM600 untuk setiap tempat dan alhamdulillah beberapa Rakan Blogger sudi bersama.
MITBCA2012 telah memberi ilham kepada aku untuk memulakan blog Travel kerana ketika itu seperti tiada katogeri yang sesuai untuk mencalonkan blog Denaihati untuk anugerah MITBCA2012. Lama juga memikirkan nama domain yang sesuai untuk blog Travel. Pada mulanya blog Travel ini menggunakan domain gengkembara.com tetapi setelah beberapa bulan digunakan terasa macam tak berapa menarik. Setelah berfikir dan menerima cadangan daripada rakan-rakan kembara akhirnya nama DENAI sempena DENAIHATI digunakan untuk domain baru. DENAI yang bermaksud jalan kecil di dalam hutan sudah cukup sesuai mengambarkan kisah pengembaraan.
Denai.my bermula dengan kumpulan entri kembara dari blog Denaihati.com. Blog Kembara Denai.my sudah lama berada di alam siber cuma tidak dimaklumkan kepada Rakan Denaihati kerana sedang menguji SEO. Alhamdulillah belum mencapai tahap maksima tetapi trafik organik semakin banyak masuk ke blog Denai.my. Lebih banyak entri travelog yang lepas dan akan datang akan dikongsikan di blog ini. Blog Denai.my juga terbuka kepada Rakan Denaihati yang ingin berkongsi kisah sebenar kembara anda samada di dalam atau di luar negara.
Kenapa blog Travel? Kerana potensi blog Travel sangat besar kepada Rakan Blogger yang ingin mencari pendapatan sampingan. Semangat untuk menulis pengalaman mengembara semakin membara apabila mendengar pembentangan panel Travel Blogger di MSMW2013 dan MITBCA2013 yang mendapat berbagai peluang daripada blog Travel mereka.
Untuk memulakan blog Travel bukan semestinya Blogger perlu melancung keluar negara tetapi boleh dimulakan daripada kawasan setempat mungkin kampung halaman. Seorang Blogger dari Filipina dijemput menjadi panel di berbagai seminar di seluruh dunia hanya kerana beliau menulis blog kisah kampung halamannya, Mindano. Kemana kita pergi tidak penting kerana kita bukan orang pertama yang sampai di sesuatu tempat tetapi kisah pengalaman kita itu yang membezakan kita daripada pengembara yang lain.
Jadikan kita seorang Blogger yang melihat peluang sebelum orang lain. Lagi pun ramai Blogger yang berjaya ada lebih daripada satu blog seperti En Titan (tunggu blog Kembara Cendol) dan Beautifulnara.
90 Comments
Dah perasan blog ni sblm ni. Tak sangka Denai ni blog dari Denaihati juga.
Patutlah menarik…
Curahan rasa RIS-FAMILI @ ..Imej Baru Humaira
saya juga sedang mengusahakan sebuah blog niche travel & tourism.. harap menjadilah projek ni .. cutisabah.my
Curahan rasa Mus @ ..Digital Compact Camera Nikon COOLPIX A
semoga semakin ke hadapan
Curahan rasa Imran @ ..Jurang Perpecahan Semakin Mendalam by Al Imran
buat masa ini blog ummihanie.com caca merba topik lifestyle, travelog, foodlog, etc.
doakan sy berjaya dlm misi seterusnya utk domain baru.. niche khas insyaAllah
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Tips mudah hamil: cara mengira waktu subur wanita
kita kena kreatif dan rajin mempelbagaikan sumber… ilmu dan pendapatan, kan DH ? 😉
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Wordless Wednesday #65: Pencinta Haiwan
tahniah bro… semoga terus berkarya dan berkongsi kisah perjalanan, dapat dijadikan panduan..
Curahan rasa yangbaik @ ..T-Shirt Putih Oleh-oleh dari Singapura
jom mengembara. huhu
Curahan rasa arelan @ ..TRaGeDi PeRGi KeRJa
travelog yang best mesti ada peminat yang tersendiri 😀
Curahan rasa azrijohan @ ..Rahsia Cantik Selebriti Ternama Dengan Produk Aura White Beauty
Saya rasa blog kembara macam ni boleh pergi jauh,ramai yang akan baca
Curahan rasa wazy @ ..Naikkan Like Fan Pages Anda Dengan GilaPing.Com
Bongkarkan lagi siapa yg lebih drp 2 blog yg mengendalikan selain si cendol dan si sentiasa memberi.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
Semoga blog travel Denai.my terus mendapat tempat di hati rakan2. Rancang perjalanan dahulu sebelum meneruskan perjalanan, itulah yg terbaik….
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Wordless Wednesday # 10 – Foto Klasik
oh kena terjah nih Denai.my…pasti banyak info boleh diperolehi…:)
Curahan rasa papa mifz @ ..Sudah Pandai Buka Peti Ais
Segera berkunjung ke blog travelnya! Ingin mempelajari koleksi blog nya, ingin rasanya punya pengunjung banyak seperti denaihati.
Curahan rasa gaji dollar dofollow @ ..Lowongan Kerja / Rekrutment PT PJB Tahun 2013
buat rombongan nak? pasti best rombongan blogger ni
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Turun 5 Kg Dalam 5 Minggu
moga denaihati teamwork makin maju.. lepas ni leh lawat denai.my utk jalan2.. semoga berjaya..
Curahan rasa fiezaradzi @ ..Speechless Friday#2 – Kedai Buku
Comments are closed.