Blog semakin dilupakan kerana berpindah ke Facebook dan Twitter

Spread the love

Salam 1Malaysia, aku mula kenal dengan dunia internet lebih dekat sekitar tahun 1996. Ketika itu majoriti masyarakat tak kenal pun dengan Email. Kalau dapat buka akaun email pun dah rasa bangga dan terasa lebih maju daripada yang lain. Masa tu pun bukan mudah nak dapat line internet  kalau nak laju pun kat office. Aku pernah juga guna akaun dailing Telekom Malaysia (ketika itu belum diswastakan) di rumah tapi punyalah slow macam nak mampus (maaf kasar sikit).

Selepas email kenal pulak Chatting dan YM sana sini orang berchatting dan berYM sehingga ada office yang block line. Ramai jugalah aku kenal awek online ketika itu ada yang cantik, kurus, super gemuk dan ada juga yang ajak kahwin (ha ha ha semua tinggal kenangan). Masa tu tak ada blog kalau nak buat website sendiri kena pandai HTML, aku ada website sendiri guna platform Geocities dan Tripod tapi dah lupa addressnya.

[ad#Mangga 300]

Pertengahan tahun 2000 dunia di kenalkan dengan Blog yang kemudian menjadi kegilaan dan tak kurang ramai yang jadi kaya raya dengan bisnis online. Blog digunakan untuk berbagai tujuan bagi mengantikan website terutama untuk bersosial. Kemudian dunia diperkenalkan dengan Social Networking seperti MySpace dan Friendster. Perlahan-lahan blog semakin ditinggalkan terutama bagi golongan yang menggunakan blog sebagai platform bersosial. Yang paling terkini menjadi kegilaan dunia adalah Facebook dan Twitter. Majoriti individu sehingga syarikat besar menggunakan Facebook dan Twitter. Aku pun ada juga, joom follow  http://twitter.com/denaihati dan http://facebook.com/denaihati.

Hari ini aku baca  Thestar satu kajian menunjukkan daripada 2500 yang di interview 65% telah beralih dari Blog ke Facebook dan Twitter untuk bersosial. Tidak mustahil suatu hari blog juga akan menjadi email, YM dan chatting yang semakin dilupakan.  Perubahan ini berlaku dengan pantas dengan ada produk mobile seperti iPhone, Blackberry dan HTC yang mempunyai fasiliti Facebook dan Twitter. Jika pada awal tahun 2000 manusia tidak pernah terfikir blog, facebook dan twitter. Dan suatu hari nanti Facebook dan Twitter juga akan mengalami nasib yang sama akan dilupakan kerana sudah ada yang baru. Ketika itu apa agaknya platform yang kita akan gunakan??

@Dapatkan terkini berita sukan, problogger, blog teman terpilih, politik dan hiburan di http://info.denaihati.com.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

654 Comments

  1. syahdu kalau teringat dulu – dulu.. dulu masa zaman study baru kenal dengan mirc .. sampai pukul 3,4 pagi dok kat cc..

    1. Memang syahdu betul tu …sekali buka punyalah banyak channel ada yg jadi popuan ada yg real lelaki tapi tu cerita dulu-dulu. Alah kauorang ada yg nyamar juga kan kan kan.

  2. email pertama thn 98 guna hotmail…kemudian baru yahoo muncul dan gmail. Berforum kt group MSN. Dail up 1515 bunyi yg nyaring tengah2 mlm…wah..rindunya dgn irama tu 😆

    1. @Kujie, Hahha.. saya pun masih lagi ingat bunyi dail mendail tu. Kalau connection tak dapat sambung, hampa jer bunyi.. Masih segar diingatan tu.. hehe

    2. Betul tu kak jie banyak sungguh kenangan. Hari ni budak-budak muda broadband lambat sikit pun dah maki dan mencarut-carut.

  3. emm…apa barang twitter dengan facebook. Blog lagi best. Haha..facebook tu jatuh no.10 website yang aku login bila aku bukak internet nih..

        1. @Bang Iwan, Itu sudah pasti. Bang Iwan, saya mau tanya satu perkara mengenai kelajuan koneksi di Indonesia sebab Bang Iwan pernah kata koneski internet disana agak cepat yah.

      1. @Bang Iwan, Kalau macam ni, mesti boleh mempengaruhi ranking juga yah.. pengguna selalu mencari sesuatu yang cepat untuk load yah..

          1. @Bang Iwan, Na, kalau pihak google tu detect terdapatnya komen yang sama dekat blog lain macam mana? ini dianggap sebagai spam juga ya?

          1. @Bang Iwan, Mau dicari postingan pun susah sikit ni Bang Iwan. Kalau buat pasal SEO, Susah mau lawan dengan bloggers dari luar negara.

            1. @Bang Iwan, Memang benar sakli WP lagi bagus yah. Tapi banyak saja SPAM message akan cuba masuk dalam blog jika dibandingkan dengan blogspot..

            1. @Bang Iwan, Kalau saya menginstall sesuai dengan apa yang diperlukan untuk blog. Kalau banyak sangat kita install benda dekat blog, takut benda tu jadi berat.

            1. He… mohon maaf bro DU, tidak ada maksud menuliskan link saya, baru tau ternyata bisa muncul otomatis bila menulis URL.

            2. @Bang Iwan, Yang Selfhosting tu yang perlu diambil berat. Yah, takut aja kalau yang gratisan tu ada masalah di lain hari. Manatahu saya dorang minta bayaran yah.

            1. @Bang Iwan, hehehehe.. kayak rexona aja, Pak. Ini awal permulaan. Dari dulu, pengen sebenrnya, tapi males. Mumpung lagi rajin. Gak tahu deh besok2 🙂

            2. @Bang Iwan, Cuman yang saya khawatirkan… jangan sampai Google menilai akumulasi komentar kita disini sebagai sebuah spam yang menjadi penyebab jatuhnya PR blog DH ini.

            3. @Bang Iwan, Betul ker Google boleh labelkan ini sebagai satu SPAM? Kecuali kalau ada message yang identical dari blog lain, masuk kedalam blog ini?

            1. @Steward John, Itu sudah pasti Bang Iwan. Kalau guna Internet dekat toko internet, bahaya kalau ditinggalkan password dekat komputer tu.

  4. Bos! Template baru, cantik. Tapi perlu letak logo betul betul la 🙂

    Sebenarnya, saya ingat la – FB & Twitter bagus kerana boleh hantar traffic kepada blog. Untuk blog personal saya, kira-kira 30-50% trafik adalah dari FB & Twitter, yang lain dari search engine referral dan direct. Tapi juga boleh dikatakan apabila seorang rajin update Twitter & FB, biasanya blog akan diketepikan.

    Tapi…artikel macam ni takkan boleh ditulis dalam 140 character 🙂 Dan takkan dapat 362+ komen kalau post di Facebook. Betul tak?

    1. @Josh Lim, Logo tu dalam proses besok pasti dah ok. Bagi yg ada keperluan blog memang akan maintain tetapi bagi yg lebih kepada bersosial pasti mereka akan fokus terutamanya FB sebab boleh buat macam2 post, share dan main game.

      1. @denaihati, betul bro… Tempalte yang lebih elegant ini tentunya akan punya Logo di header yang lebih mantap natinya.

            1. @Bang Iwan, Ada pepatah menyatakan “Biar lambat asal selamat” Rasanya kena stabilkan dulu theme ni baru beralih arah ke bahagian lain.. bukan begitu Bang Iwan? hehe

      1. @Anazkia, Saya pun selalu guna Twitter dengan FB sebagai tools untuk menarik pengunjung. Tapi kebanyakkan traffic datang dari Blogwalking kerana masi tidak bisa guna keyword untuk menarik traffic.

      1. @Anazkia, Haha.. Kamu ni Anazkia, ramai saja bloggers luar sana pun kaki FB.. Cumaan lepas sudah berkecimpung dalam blog, aktiviti FB ni dikurangkan.

    1. @hans, Hahah.. Lama tidak nampak kamu ni Hans.. Sibuk ker? Kalau dulu, asyik berkepit dengan FB, Sekarang ni, berkepit dengan blog jer.. haha. Sibuk kot nak main game “blogwalking” dekat blog tu.

        1. @Bang Iwan, Lihat aja iPhone tu, teknologi canggih, kalau kita tidak dapat memilikinya sekarang, maka teknologi seterusnya pun rasanya kita tidak akan dapat kendalikannya.

    1. @h3r0, Memang setuju sangat. Teknologi ni cepat saja berubah. Kalau kita beli komputer hari ni, gerenti 2-3 bulan akan datang, ada lagi komputer baru dan lebih canggih dari komputer kita. Tapi heran yer, kenapa kereta tak berubah cepat macam tu? Kalau tak dah boleh terbang kereta tu.. hehe

          1. @Anazkia, Semua boleh terjadi, namun blog ni rasanya tidak akan pupus. blog mungkin dimodifikasikan menjadi sesuatu yang baru tapi konsep tu masih ada.

        1. @Bang Iwan, Kalau berubahp pun, rasanya konsep yang digunapakai masih juga sama. Seperti Internet yang pernah berubah.. Awal kemunculannya, tidak disebut sebagai Internet yah pak. Kegunaan pun untuk tujuan militari.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!