Blog Review : Hidup Biar Sedap memang Sedap

Spread the love

Ini blog review kedua selepas EmilaYusof dan yang pertama di Denaihati.com. Aku tak ingat sangat macam mana aku boleh kenal Hidup Biar Sedap. Seingat aku mula kenal sebelum contest Weblog Popular 1Malaysia yang juga dimenangi oleh Hidup Biar Sedap.

Ketika mula aku kenal ranking alexa blog Hidup Biar Sedap lebih kurang tiga ratusan ribu dan kini dah mencecah 150 ribuan dan tak mustahil lansung dalam tempoh 6 bulan akan mencecah bawah 100 ribuan. Kalau dulu jumlah komen untuk satu entri hanya 20-30 sahaja tapi sekarang selalunya melebihi 50 komen untuk setiap entri.

Hidup Biar Sedap kalau nak diumpamakan gulai ikan asam pedas memang cukup garam, asam dan gula. Berbagai kisah kehidupan digarap dengan nada yang bersahaja dan santai menyebabkan ramai yang ketagihan untuk terus mengunjungi dan menanti entri baru setiap hari.


Hidup Biar Sedap jujur dalam penulisan tanpa perlu merayu simpati untuk kita datang lagi. Keikhlasan menegur apa yang tak betul dan memuji apa yang baik menjadi keunikan Hidup Biar Sedap. Pemilihan templates yang simple tetapi segar dan pantas untuk di access menjadi kunci utama teman-teman singgah ulang. Yang paling best dan menarik adalah pemilihan tajuk entri yang sering mendatangkan minat kepada pembaca untuk terus menerjah Hidup Biar Sedap.

Selamat maju jaya kepada Hidup Biar Sedap dan tahniah kepada Kak Jie. Terima kasih juga kepada Kak Jie yang sering membantu dan memberi nasihat kepada Denaihati. Apa rasa ANDA bila bersama Hidup Biar Sedap??

~penGOMEL pertama~

Zul – Zulseffort.com

[ad#advertlets336]


Spread the love

40 Comments

  1. Blog Kak Jie memang macam jadi pencukup rase. Kalau tak lawat, mesti ade rase kureng ‘kick’. Sesuai dengan taglinenyer “Hidup Biar Sedap”
    .-= hafizmd´s last blog ..Chot vs Saod =-.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!