Blog menghina Islam

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, menghina Islam ini sudah ada sejak Islam itu ada di atas muka bumi. Menghina Nabi Muhamad SAW sudah ada sejak Nabi diangkat sebagai Rasulullah. Blog menghina Islam adalah satu dari jutaan penghinaan yang berterusan yang akan berlaku sehingga hari kiamat. Lihat sahaja bagaimana Benjamin Stephen mengina Islam melalui ceramahnya.

Di bawah kubah hijau Masjid Nabawi inilah Nabi Muhamad SAW disemadikan

Banyak blog yang mengulas isu ini terus link kan ke blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang mencerca ALLAH SWT, menghina Nabi Muhamad SAW dan mempesenda Islam tetapi tidak untuk aku kerana ini sudah pasti memberi laluan trafik dan menambah popularkan dan menjadikan penulis lebih mengila. Penulis ini adalah antara manusia psiko yang cuba mencari publisiti murahan melalui aktiviti ekstrim yang tidak adalah dalam kamus mana-mana agama.

Menghina Islam terjadi apabila umat Islam lemah tidak mampu merapatkan shaf berganding bahu walaupun ada perbezaan pendapat. Kelemahan in menjadi senjata pihak yang ingin melihat Islam jadi semakin lemah dengan diadu domba sesama Islam.

Kita sedang menunggu IMAM MAHDI yang bila-bila masa sahaja akan muncul menyelamatkan umat Islam kerana pemimpin Islam yang ada kini sudah tidak mampu lagi.

Nota : Hukum Menghina Rasulullah SAW

[ad#eQurban300]


Spread the love

88 Comments

  1. “Menghina Islam terjadi apabila umat Islam lemah tidak mampu merapatkan shaf berganding bahu walaupun ada perbezaan pendapat.”

    usah lihat benda yang besar….

    kita sering alpa ttg benda kecil yang Rasulullah saw pesan…

    Lihat pada saf ma’mum bila solat jemaah….

    bukankah pesanan Rasulullah saw supaya diRAPAT dan LURUSkan saf?

    apa jadi kalau tak RAPAT dan LURUS? ALLAH swt akan selisihkan hati kita. tak bersatu, tak bersama, tak seia sekata sehati sejiwa.

    itu kan antara penyumbang kenapa aktiviti hina menghina ini boleh berlaku….

    sekadar renungan….

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!