Blog Khazanah yang akan ditinggalkan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini ketika aku memandu membawa anak-anak berjalan cuti-cuti 1Malaysia di beberapa tempat menarik di Malaysia terdengar perkongsian ilmu di radio oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman. Yang menarik suara Ustaz Haryanto ini saling tak tumpah suara Ustaz Ismail Kamus yang sangat terkenal. Kalau tak percaya cuba cari di youtube video Ustaz Haryanto dan video Ustaz Ismail Kamus pasti pembaca akan bersetuju yang suara mereka hampir sama.

Video Ustaz Haryanto Rizal Lokman

Dalam perkongsian ilmu dalam radio tersebut Ustaz Haryanto kata apabila anak adam meninggal maka putuslah amalan kecuali tiga amalan yang tidak putus iaitu doa anak yang soleh, ilmu yang bermanafaat dan sedekah jariah. Katanya hidup manusia mesti berpaksikan ketiga-tiga amalan yang tidak putus walaupun sudah meninggal yang akan terus menyinari alam barzah.

[box type=”shadow”]Dalam riwayat Ibnu Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan Alquran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah”. (HR Ibn Majah).[/box]

Teringat aku kepada Para Ulama yang telah menulis buku dengan ilmu bermanafaat telah digunakan sebagai bahan rujukan oleh jutaan manusia pasti pahala terus mengalir walaupun sudah beratus tahun berlalu. Begitu juga seperti Arwah Ustaz Asri Ibrahim dari kumpulan Rabbani yang suaranya sering berkumandang di radio dan tv setiap hari dengan qasidah, bacaan Al Quran, nasyid dan azan pasti ada bahagian untuk arwah di sana.

Terfikir apa agaknya yang aku tinggalkan sekiranya aku meninggal kelak kalau Abang Ensem ada juga buku “Jangan Baca Buku Ini” perkongsian ilmu hartanah yang dapat membantu ramai bukan sahaja orang Islam malah ramai yang bukan islam juga membeli. Kalau Eizil dengan ilmu SEO melalui kelas blog Junior dan Master yang telah diajar kepada ramai Rakan Blogger sehingga dapat mengubah nasib bangsa. Bagaimana pulak aku?

Blogger Jejai

Mungkin blog Denaihati boleh dijadikan khazanah dengan perkongsian ilmu bermanafaat kepada setiap pencari ilmu di Google, Yahoo, Bing dan semua engine pencarian yang lain. Untuk itu aku kena selongkar kembali semua entri dalam blog ini daripada entri pertama iaitu “Politik yang bingung” yang ditulis pada 13 Julai 2008 untuk memastikan semua entri ada secebis ilmu yang bermanafaat dan mengubah suai atau membuang entri-entri yang tidak memberi manafaat kepada pembaca.

Mati itu pasti jadi aku kena bertindak segera kerana umur ini bukannya pasti yang tua meninggal dahulu tengok sahaja adik Ahmad Ammar perjuang muda Islam yang juga rakan sepejuangan di Kemboja telah meninggalkan aku terlebih dahulu dan disemadikan bersebelahan dengan makam sahabat Rasulullah SAW, Saidina Abu Ayub al-Ansari, di pemakaman Eyub di Turki.

Semuga sedikit ilmu SEO dapat aku manafaat berkongsi secebis ilmu bermanafaat di blog Denaihati untuk Pencari Ilmu di engine pencarian terutama Google dan Yahoo. Teringat kata Ustaz Haryanto Rizal kalau tak mampu jadi macam Para Ulama hebat yang meninggalkan khazanah buku hebat, kita azam semuga ada satu dua ilmu biar sedikit yang dapat memberi manafaat kepada seluruh alam setelah kita tiada di dunia ini kelak. Mungkin blog boleh dijadikan khazanah ilmu bernilai yang kita tinggalkan.


Spread the love

81 Comments

  1. cuma aku terfikir juga..kepada siapa hendak aku wariskan domain aku nanti…sekarang aku guna domain tapi masih gunakan platform blogspot…adakah jika selepas aku tiada akan domain tak renew…adakah semua entri aku masih boleh dibaca
    Curahan rasa blogger lelaki @ ..Erti PersahabatanMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!