Blog Denaihati kembali pulih

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah blog Denaihati sudah kembali pulih seperti sediakala. Mungkin ramai yang tak perasaan selepas kes blog Denaihati jadi punca phishing attack, trafik blog jatuh merudum 75% daripada trafik normal akibat terkena google slap. Ramai yang tanya apa itu phishing dan phishing attack. Kalau rajin carilah entri lama ada sedikit cerita tentang phishing. Kepada yang tak ada masa nak menyelongkar Archives blog Denaihati boleh baca entri “Phishing berleluasa memerangkap jutaan ringgit” untuk mengetahui apa itu phishing.

Ini bukan kali pertama blog Denaihati kena google slap. Kalau rajin selongkar entri lama pernah sekali blog ini kena google slap tapi sebab yang berbeza. Ketika itu blog Denaihati dihukum oleh Google kerana memberi beratus-ratus backlinks dalam satu entri. Jadi pengajaranya nak bagi backlinks dalam entri memang bagus tapi jangan terlalu banyak terutama kepada blog yang sedang menganjurkan contest.

Trafik blog jatuh merudum kerana kes phishing attack

Kes kali ini lebih high profile apabila melibatkan Google, Cloudflare, Region Bank dan manusia ketiga yang menanam skrip dalam blog Denaihati. Selain trafik blog jatuh 75% hampir tiga hari bermasalah untuk login admin panel blog Denaihati. Akibatnya tak dapat nak update Kembara Musafir Beijing. Insyallah sekembali ke Malaysia akan buat entri khas kes phishing attack semuga dapat menjadi panduan Rakan Blogger.

Apa yang berlaku adalah proses untuk menjadikan blog Denaihati lebih matang. Kita tidak akan tahu ketahanan blog kita selagi belum diuji. Semuga sokongan dari teman-teman akan memberi motivasi untuk lebih berjaya di masa depan.

Pengalaman adalah guru terbaik untuk berjaya. Terima kasih juga kepada Serverfreak dan Eizil yang sentiasa ada dimasa susah. Kepada Rakan Blogger jangan pernah kecewa apabila blog menghadapi masalah sedangkan hidup sentiasa sahaja diuji dengan berbagai masalah inikan pula berblogging. Kongsikan masalah blog anda melalui entri khas insyallah akan ada Rakan Blogger yang membantu tak percaya cubalah buat.


Spread the love

157 Comments

  1. Ada pelajaran berharga dibalik kejadian Pishing Attack ini, semoga bisa menjadi bahan untuk menjadi lebih baik dimasa depan.

  2. Agak menakutkan. Sarani dah la tak brape celik ICT especially bab2 mcm ni. First dgr Google Slap. Mende tuh?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!