Blog adakah masih relevan lagi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar sahabat-sahabat ku yang hebat

Baru-baru ini Abang terbaca satu artikel bertajuk “Masih Relevankah lagi blog sekarang?”. Sepanjang lebih lapan tahun menjadi blogger memang blogger datang dan pergi manakala blogger baru tidak ramai yang dapat dapat mengatasi pencapaian blogger lama yang sudah berjaya.

Pemasaran menggunakan blog

Pendapat Abang relevan atau tidak blog bergantung kepada misi utama menjadi blogger. Blog sudah tak relevan sekiranya

  1. Kalau untuk tujuan utama untuk bersosial pasti banyak platform baru yang lebih menarik jadi penganti seperti FB, Instagram, Snapchat dan sebagainya.
  2. Kalau jadi blogger hanya untuk buat duit. Majoriti blogger bila sudah terkenal dan ada bisnis sendiri akan berhenti menulis dan sebahagian blogger lain berhenti kerana tidak dapat tugas baru daripada syarikat pengiklan yang telah beralih kepada blogger baru yang lebih cantik, kacak dan agresif.
  3. Gagal membina jenama sendiri kerana sibuk membina berbagai jenama produk lain dalam setiap entri yang ditulis sehingga pembaca tidak mengenal identiti penulis. Motivasi menulis semakin berkurangan apabila syarikat pengiklan bayar semakin murah dan ada juga yang percuma.
  4. Gagal menjadi blogger profesional yang mahir selok belok teknikal pengurusan blog dan ketinggalan ilmu blog yang sentiasa dinamik membuatkan blogger rasa putus asa dan kecewa.

Pendapat Abang blog masih sangat relevan bukan sahaja untuk bisnis malahan lebih daripada itu iaitu membina network yang luas, mengumpul database untuk meningkatkan nilai pasaran dan membina jenama sendiri untuk bersaing dalam era ekonomi digital yang sangat besar. Jangan lupa blog juga platform berdakwah ilmu kehidupan kepada dunia luas yang tercapai oleh Google.

Strategi pemasaran blog

Dalam era ekonomi digital lebih 95% masyarakat akan mencari informasi di Google. Ini adalah peluang besar kepada blogger untuk menabur seberapa banyak informasi  berguna kepada masyarakat di dalam Google. Untuk meletakan artikel di muka surat pertama Google perlukan ilmu blog yang betul kerana ianya akan menarik trafik organik yang sangat banyak. Jadi kepada rakan blogger JANGAN berhenti belajar kerana dengan ilmu blog yang betul, tidak mustahil anda akan menjadi salah seorang blogger jutawan.

Rakan blogger apa pulak pendapat kekawan?

Kepada rakan-rakan yg minat nak jadi blogger pro boleh PM sifu blogger Hadihaizil Din atau email niat anda ke admin@denaihati.com

Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Denaihati Network (jangan lupa follow FB page kami)

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan  niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

68 Comments

  1. Blog lebih dekat di hati pembaca sebab ia ditulis dari pengalaman, kemahiran dan ilmu seorang blogger. Contohnya untuk review produk, blog lebih baik kerana perbandingan dibuat berdasarkan pengalaman.

    Sebab tu ramai orang suka baca blog walaupun cuma jadi silent reader sahaja.

    Lagi satu, suka baca blog sebab artikel yang dibaca kita boleh komen dan beri pendapat. Boleh sama-sama raikan pendapat rakan-rakan yang lain.
    Curahan rasa Zaini @ ..Baju Kelas Sebagai Tanda Kenangan Sepanjang HayatMy Profile

    1. Sebagai salah seorang blogger yang mengalami zaman turun naik. saya sendiri masih tidak dapat melepaskan blog daripada sumber pendapatan sampingan.

      walaupun pendapatannya tidaklah banyak, tetapi bolehlah untuk bayar hosting dan domain dan juga beberapa perkara yang lain..
      Curahan rasa Pendekar @ ..Install Genesis Theme Semula ke Blog Ini.My Profile

  2. Blog + SEO … boom!

    Walaupun jarang menulis di blog, tapi sentiasa update blog jualan untuk tarik customer dengan SEO.

  3. Pada pendapat saya, blog bukan sahaja sangat relevan, bahkan ianya ada satu tool wajib bagi usahawan-usahawan online. Kalau lihat usahawan luar negara, blog adalah senjata utama untuk pelbagai tujuan.

    Blog sebagai penarik pengunjung ke laman web kerana blog mesra enjin carian. Blog sebagai senjata utama mengumpul database perospek. Blog juga mampu meningkatkan kredibiliti penulis dalam sesuatu bidang yang diceburi.

    Saya sendiri, kebanyakan customer yang membeli produk saya adalah datangnya dari blog. Dari blog mereka mendaftar sebagai subscriber (prospek), dan dari situ kita follow up sampai jadi customer.
    Curahan rasa Perawat Sihir @ ..Bagaimana Nak Tahu Gangguan Makhluk Halus Dalam Badan Dah Keluar?My Profile

  4. kesemua point di atas tu betul belaka.apabila dah sampai satu tahap tu, blogger tu takkan menulis dah, sebabnya dah takde passion untuk menulis, blognya pun dah tiada elemen jiwa. apa yang ada hanyalah copy paste daripada advertiser dan juga report dia ke sana dan kemari event yang dihadiri..

    macam yang aku pernah cakap sebelum ni…dah jadi majalah je…:D takde dah interakasi dua hala antara blogger dan pembaca..tulis panjang lebar tentang kebaikan dan apa yang bestnya produk atau tempat yang dia kena hadir..dan takut kalau berpindah daripada KL..luar KL, dah takde dah job dipanggil..dan dia tak nak menulis dah..nampak kan..

    Sepatutnya blogger walau dimana dia berada, income dari blog tu secara automatik je masuk walau apa dia buat dan tulis dari blognya.
    Curahan rasa reezluv @ ..Simbol & Makna Pada Meter KeretaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!