Blackberry Z30 adakah yang terakhir

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Dulu aku memang pengguna setia Nokia, modal terakhir Nokia E90 yang memang sesuai untuk usahawan. Bila Blackberry diperkenalkan majoriti rakan-rakan perniagaan berpindah dari Nokia E90 ke BB.

Lama juga aku nak ubah fikir dari Nokia ke Blackberry. Rakan-rakan bisnis ramai yang pujuk aku supaya tukar kepada BB katanya memudahkan urusan bisnis paling best ada BBM. Akhirnya dunia Nokia berakhir untuk aku bila berhijrah ke dunia smartphone paling top di dunia ketika itu Blackberry. Aku guna Blackberry bold hitam.

Kehebatan Blackberry tidak tahan lama apabila smartphone jenama baru iPhone dan Samsung dilancarkan. Blackberry tiada pilihan selain terpaksa transform mengikut trend semasa. Kalau dulu Blackberry terkenal dengan Qwerty Keyboard kini terpaksa juga berubah kepada touch screen dengan model Blackberry Z10. Setakat ini abang ensem masih setia dengan qwerty keyboard sehingga sanggup tak berubah kepada jenama lain.

gambar Blackberry Z30
Pelancaran Blackberry Z30

Pada 25/9/13 Blackberry Malaysia serentak seluruh dunia telah melancar Blackberry Z30 dengan skrin besar lima inchi. Terima kasih kepada Blackberry yang telah menjemput aku bersama berberapa top Blogger Malaysia antaranya Aman Firdaus, Abang Ensem dan Anne Raihan. Melihat Blackberry Z30 memang nostalgia mengingatkan aku pada Blackberry Bold yang dah kena rembat dengan pencuri masa rumah kena pecah.

[box type=”shadow”]BlackBerry Z30 membawakan skrin bersaiz 5-inci Super AMOLED, dan dilengkapi dengan BlackBerry OS 10.2, menyertakan beberapa penambahan fungsi baru bersama-sama dengannya. Sokongan kamera pada BlackBerry Z30 juga turut sama ditambah baik, selain mana menyertakan bateri berkapasiti 2880mAh, dan juga dilengkapi cip pemprosesan 1.7GHz dwi-teras. BlackBerry Z30 turut sama menyertakan sokongan audio yang lebih baik melalui Stereo Speaker yang disertakan bersama-sama dengannya – Amanz [/box]

Balckberry Z30 Malaysia telah memasuki pasaran pada 5/10/13 pada harga RM1998. Berita terkini aplikasi BBM telah dilancarkan di sistem iOS dan Android yang membolehkan pengguna ketiga-tiga sistem berinteraksi. Sambutan sangat hebat dimana dalam tempoh sehari sahaja lebih 10 juta pengguna iOS dan Android telah download aplikasi BBM dan menjadi top ranking di Apple Store. Selepas ini bolehlah Abang Ensem yang setia dengan Blackberry nya berinteraksi dengan aweks gelapnya yang pasti tak menggunakan BB. Jom download aplikasi BBM dan berinteraksi dengan kekawan yang masih menggunakan BB.

Cuma aku risau Blackberry Z30 menjadi antara produk terakhir Blackberry kerana ketidak stabilan syarikat Research in Motion. Berita terbaru Fairfax Financial Holdings Limited telah mengambil alih Research in Motion pada harga melebihi USD4billion dan menukar nama kepada Blackberry Limited. Ketidak stabilan Blackberry telah menyebabkan CEO Blackberry Malaysia, Annamalai Muthu meninggalkan syarikat tersebut dan digantikan oleh Ben Quirin.

Semuga perubahan ini akan membolehkan Blackberry terus bersaing dalam dunia gajet yang semakin dinamik terus berubah dengan berbagai aplikasi dan sistem terbaru terutamanya persaingan antara Apple dan Samsung. Kepada yang tak sangguh berubah pasti akan ketinggalan.


Spread the love

67 Comments

  1. blackberry ni macam apple, gunakan aplikasinya sendiri. bagus juga kerana mereka pandai berdikari. tapi wawa rasa mereka kena upkan sikit fungsi blackberry ni supaya tadi top balik sebaris dengan apple dan samsung
    Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAYMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!