Black 505

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti yang dirancang oleh Anwar Ibrahim pengerak Black 505 setelah ditunda perhimpunan Black 505 akan berlansung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada jam 2 pm walaupun tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis. Suasa jerbu teruk yang sedang melanda Malaysia tidak akan menghalang perhimpunan Black 505 yang dijangka akan dihadiri oleh ratusan ribu penyokong Pakatan Pembangkang.

Pakatan Pembangkang mengunakan Black 505 untuk menyuarakan ketidak puasan hati mereka dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 walaupun telah menang lebih banyak kerusi parlimen. Pakatan menjangka mereka akan menang PRU13 dan akan mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada Barisan Nasional yang telah memerintah lebih daripada 50 tahun.

Anwar Ibrahim Black 505

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang telah berjanji untuk meletak jawatan seandainya Pakatan Rakyat gagal menang PRU13 tetapi keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada PR telah membuatkan Anwar Ibrahim dalam dilemma. Anwar Ibrahim pasti ada matlamat peribadi yang dikejar sejak disingkir daripada Kerajaan oleh Tun Mahathir.

Penyokong Pakatan Rakyat pasti menyokong perhimpunan Black 505 tanpa berbelah bahagi kerana bagi mereka inilah peluang terbaik untuk mengulingkan kerajaan ala Arab Spring. Berjayakah mereka? Mungkin senario tidak sama kerana keadaan ekonomi Malaysia tidak sama dengan Mesir, Algeria, Maghribi dan lain-lain.

Black 505 di Pandang Merbok

Penyokong Barisan Nasional parti yang memerintah Malaysia pula menentang perhimpunan Black 505 kerana bagi mereka kalau Suruhanjaya Pilihan Raya berlaku curang pasti BN akan menang lebih banyak kerusi parlimen dan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan boleh diambil semula daripada Pembangkang. Di Pulau Pinang dan Selangor Pembangkang bukan sekadar menang tetapi menang besar.

Bagaimana pula Rakyat Malaysia yang tidak terlibat aktif dengan politik? Adakah mereka menyokong Black 505.

Bagaimana pula Perniaga di Sekitar Perhimpunan Black 505? Adakah mereka menyokong Black 505.

Secara peribadi aku tidak menyokong BLACK 505 terutama di kawasan terbuka seperti Padang Merbok kerana hasilnya perhimpunan beramai-ramai lebih banyak buruk daripada baiknya. Apabila telah berhimpunan beramai-ramai pasti ada tangan ke tiga yang boleh buat berbagai tindakan untuk menjadikan perhimpunan ganas. Ramai di luar sana menunggu sahaja Malaysia jadi tidak aman untuk mencapai matlamat mereka.

Black 505

Aku tetap yakin dengan ketentuan ALLAH seperti dalam surah Al- Baqarah dan Al-Imran bahawa pemimpin sesebuah negara adalah pilihan ALLAH SWT, pemilihan hanya cara ALLAH SWT menyalurkan cara fikir manusia untuk memilih pemimpin yang ALLAH pilih. Berapa juta manusia yang akan datang ke perhimpunan tidak akan dapat mengubah apa-apa melainkan atas kehendak ALLAH SWT.

Pernah terbaca dalam sebuah buku bahawa tidak berlaku sesuatu di atas muka bumi ini walaupun gugurnya sehelai daun kering kalau bukan atas kehendak ALLAH SWT inikan pula pemilihan pemimpin yang sudah jelas difirmankan oleh ALLAH dalam Al Quran seperti firman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Malaysia negara Demokrasi kerana itu blog ini menerima pendapat yang menyokong dan menentang selagi tidak melampaui batas Islam.

BLACK 505 apa yang berlaku sekarang .. joom klik SINI dan SINI.


Spread the love

69 Comments

  1. politik matang, tidak seharusnya mengecilkan apa yang pihak lain buat. perhati, dan buatlah yang lebih baik. rakyat akan melihat, menilai dan menghakimi @ PRU14

  2. Rakyat boleh bersuara tp bukan dengan menyuarakan di perhimpunan2 mcm ni..buat macam ni x bagi jalan penyelesaian…moga keadaan menjadi lebih aman..

  3. Hmmm orang2 Sabah sure lebih faham pasal election ni. Kalau rakyat betul2 dah mahu tukar, tak der cara utk kerajaan yg sedia ada utk bertahan. Tak perlu nak demo-demo sebab mmg belum masa BN nak jatuh lagi. Masa, PBS menang dulu di Sabah tak der siapa sangka pun yg Dato Harris dan berjaya akan kalah. Bila dah tiba masa, rakyat akan menentukan. For the moment, harap org2 Malaysia tak buat perkara2 yg menyusahkan negara sendiri sahaja… My 5 cents..
    Curahan rasa Ismail N @ ..DIY – Check Your Feelings Before You Post Anything on FB, And Think Hard Before Sharing an FB PostMy Profile

  4. Betul ke Malaysia negara demokrasi? Apa yang kerajaan buat tak mencerminkan demokrasi pun? Ya mesti awak akan cakap kalau tak demokrasi, takkan selangor dan penang boleh menang. Tapi adakah awak tahu kawalan yang sangat ketat semasa pilihanraya di selangor dan penang. Kalau ditanya orang yang berkawal, mesti akan dapat macam-macam pengalaman. Tapi walaupun kawalan ketat, masih ada loophole juga. Tak tidur beb berkawal, orang asing di selangor paling banyak. Ingat senang nak kawal hehe… Tapi dekat perak dan kedah, kawalan agak kurang tak seperti selangor, jadi terlalu banyak sangat loophole.. Peniaga mana yang himpun ramai-ramai ni tak suka? Kat 505 ni la jual barang laku ribuan ringgit. Cuma otak kurang bijak je tak pandai ambil kesempatan. Mat rempit pun boleh buat ribuan ringgit sehari. Apa jadah peniaga yang dah lama niaga tak reti ambil peluang, patut tak maju2..

    Malaysia negara dunia ke 3. Tidak akan bertukar kerajaan di negara dunia ketiga secara umum. Teramat susah. Tengok PRU lepas, adakah ‘bersih’ . Kalau bersih kenapa BN hantar petisyen?
    Curahan rasa Terbakor @ ..Galaxy S4 Dan Galaxy Note 2 Menerima Potongan Harga Jualan – TerbakorMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!