Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramai yang berminat dengan tajuk bitcoin, Sebelum ini Abang ada menulis tajuk “mengenali bitcoin dan potensi masa depan“ dan sebelum itu tajuk “hukum duit digital bitcoin“. Kali ini Abang nak berkongi cara meningkatkan nilai bitcoin sebagai aset digital masa depan. Semuga ianya memberi manafaat dan tidak terperangkap dalam skim penipuan bitcoin.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Sejak Abang banyak menulis cerita bitcoin ramai yang PM tepi minta penjelasan dan tak kurang juga yang ajak mengopi untuk penerangan yang lebih lanjut. Abang bukan membawa apa-apa platform pelaburan bitcoin tetapi sekadar ingin berkongsi ilmu duit digital yang sudah menjadi trend teknologi kewangan dunia tetapi masih dipandang sepi majoriti rakyat Malaysia. Salah satu sebabnya ramai yang tiada ilmu bitcoin tertipu kerana terikut-ikut dengan berbagai skim bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Mengopi cerita kejayaan bitcoin
Baru-baru ini Abang di ajak mengopi, antara perbualan kami adalah kisah sahabat kepada sahabat kami yang membeli bitcoin sebanyak seribu keping pada harga USD0.20. Pertama kali Abang tahu cerita bitcoin pada tahun 2009, masa itu harga USD0.30. Bezanya Abang tidak membeli bitcoin ketika itu kerana fokus pada peluang bisnis yang lain. Selain itu keyakinan Abang kepada bitcoin ketika itu sangat rendah kerana masih belum ramai ambil kisah dengan potensi bitcoin.
Ketika Abang menulis entri ini, harga bitcoin terkini adalah USD4200 (klik harga bitcoin terkini untuk mengatahui harga semasa), jadi kawan-kawan pun boleh kira berapa jumlah aset bitcoin yang sahabat itu ada sekarang.
Pada waktu yang lain sahabat bangsa Cina juga ajak ngopi sebab nak tahu sangat apa ke bendanya bitcoin walaupun dia sudah membeli 0.3 btc dari agen rasmi Malaysia, Luno. Abang tanya dia kenapa beli bitcoin kalau tak tahu untuk apa. Dia kata sebab ramai orang beli dia pun beli. Tujuan nak simpan sehingga harga naik nanti baru nak jual.
Kegunaan Bitcoin dalam kehidupan
Bitcoin adalah duit digital yang tiada beza dengan duit kertas seperti ringgit Malaysia dan USD. Memang tidak dinafikan ramai yang masih sangsi dengan keaslian duit digital bitcoin walaupun ianya sudah diterima pakai dibanyak negara maju juga telah di senaraikan dibanyak website kewangan dunia antaranya investing.com. Pembaca di blog ini pun masih ramai yang pandang sipi kehebatan bitcoin mungkin kerana kisah penipuan yang selalu diviralkan di sosial media telah menyerap ke dalam hati.
Kita boleh beli bitcoin seperti beli duit USD untuk digunakan membeli barangan di outlet-outlet yang menerima bitcoin untuk jual beli. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menyimpan bitcoin didalam akaun blockchain yang kita uploadkan di smartphone. Pembayaran boleh dibuat di kaunter dengan hanya scan bar code bitcoin yang dipaparkan di kaunter outlet-outlet tersebut. Setiap kali pembayaran dibuat kita akan mendapat email pengesahan jumlah pembayaran yang sudah dibuat. Bitcoin boleh dibeli dari agen seperti Luno atau dari sahabat-sahabat yang menyimpah bitcoin.
Selain menggunakan aplikasi blockchain untuk berbelanja, bitcoin boleh juga dimasukkan kedalam kad debit Visa atau Master. Bila dah masuk dalam kad debit bolehlah kita berbelanja dimana-mana kedai yang menerima kad Visa dan Master. Cuma biasanya kawan-kawan hanya masukkan jumlah yang diperlukan sahaja ke dalam kad debit. Contoh kalau kita ada empat bitcoin, jangan masuk semua kedalam kad debit, masukkan jumlah yang kita perlu guna sahaja. Jika kita masukkan satu bitcoin ke dalam kad debit maka yang masuk ada nilai USD semasa bukan nilai bitcoin. Kita masuk satu bitcoin maka yang masuk USD4200 (harga ketika entri ini ditulis). Bila sudah masuk maka nilainya akan tetap sama walaupun nilai bitcoin sudah melambong tinggi.
Ramai kawan-kawan yang membeli US dollar untuk disimpan, ketika harganya jatuh contohnya dahulu nilai US dollar hanya RM3.25 dan kini harga US dollar sudah meningkat kepada RM4.35. Dengan satu US dollar kini kita sudah boleh membeli lebih banyak barang kerana harga sudah meningkat. Sama juga dengan bitcoin, beberapa bulan lepas satu bitcoin harga hanya USD2500 tetapi kini sudah meningkat kepada USD4200, maknanya kita sudah boleh membeli lebih banyak barang dengan setiap satu bitcoin. Ramai para analisa bitcoin meramalkan harga bitcoin akan naik melebih angka USD5K dalam masa terdekat.
Cara menggandakan bitcoin
Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengandakan bitcoin :
Penyimpan bitcoin
Kita beli bitcoin masa harga rendah dan simpan. Apabila harga melambong tinggi bolehlah kita jual kepada agen, keluarkan di mesin ATM bitcoin atau masukkan ke dalam kad debit. Kalau masa kita beli harga sekeping adalah USD4200 dan semasa kita jual semula harga sudah meningkat kepada USD10K maka keuntungan kita adalah USD5800. Bayangkan kalau kita beli pada harga USD0.20 dan sekarang sudah meningkat kepada USD4200, berapa banyak keuntungan yang diperolehi.
Trade bitcoin
Bitcoin boleh juga jadi modal untuk trade bitcoin sama seperti trade saham atau trade forex. Risikonya boleh tahan tinggi juga tapi kalau pandai trade hasilnya sangat hebat seperti kawan Abang yang bermula dengan modal 3 bitcoin sekarang dah dapat 46 bitcoin. Yang penting mesti pilih platform trade yang asli jangan sampai tertipu dengan platform yang palsu. Abang masih belum bersedia untuk trade bitcoin kerana lebih fokus kepada trade saham. Bukan mudah nak fokus trade pada dua bidang berbeza sebab banyak kajian perlu dibuat bukan macam main tikam-tikam je.
Melombong bitcoin
Bitcoin boleh juga buat modal membeli mesin melombong bitcoin. Contohnya kalau modal satu bitcoin boleh beli tiga mesin yang boleh lombong bitcoin hari-hari. Anggaran hasil melombong dalam tempoh 3 – 4 tahun dari modal satu bitcoin bolehlah beranak jadi 3 – 4 bitcoin.
Kawan Abang tanya, Abang buat yang mana, simpan atau trade atau melombong. Abang lebih suka yang melombong jadi aset bitcoin akan bertambah sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Melombong bitcoin memang perlukan kesabaran kerana ini lebih kepada pelaburan jangka masa panjang. Abang telah melombong Bitcoin sejak beberapa tahun lepas dan untuk mengetahui cara mudah melombong bitcoin boleh baca penjelasan di Lombong Bitcoin. Kalau tak faham sila PM tepi. Kenapa Abang pilih melombong bersama BitClub Network kerana syarikat ini tersenarai top 20 melombong terhebat bitcoin. Jangan tersalah pilih melombong sebab banyak juga penipu yang mencari peluang terutama mangsa yang tidak ada ilmu tentang bitcoin.
Kawan Abang kata menarik juga melombong sebab kurang risiko, kalau sekarang modal melombong satu bitcoin lebih kurang USD4200, selepas empat tahun katalah dapat tiga bitcoin sudah berganda tiga. Nilai juga berganda tiga, 3 x USD4200 (harga sekarang) tapi pasti harga bitcoin akan meningkat dalam tempoh tiga tahun akan datang, jika ketika itu harga bitcoin naik ke USD20K maka jadi lah 3 x USD20K dengan modal hanya USD4200. Menurut para analisa bitcoin tidak mustahil ianya boleh meningkat kepada USD100K dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dulu masa harga bitcoin USD0.20 bila orang kata kalau nanti jadi USD4K, masa tu ramai tak percaya termasuk Abang. Begitu juga bila kata nilai bitcoin akan naik melebih USD20K masih ramai yang tidak percaya.
Dan nilai bitcoin terus meningkat. Jangan malu untuk belajar apa itu cypro currency supaya kita selamat daripada penipuan. Airasia dan CIMB bank antara syarikat besar Malaysia yang bakal terlibat dalam teknologi kewangan crypto currency, kita bila lagi?
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
58 Comments
saya nak belajar melombong Bitcoin…
dapat 1 Bitcoin pun ok la untuk permulaan..
sekarang tengah memacu minat..
orang dah mula…saya baru berminat..hehehe
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jurus Sakti Dalam Penulisan Copywriting
tak berani nak melabur dalam bit coin takut kena apa2 scammer
Curahan rasa amirwaffi @ ..pam besarkan zakar murah nak beli promosi
bukan Bitcoin pun banyak scammer.
dari zaman surat berantai sampailah sekarang…
belajar dari Abang Amir Denaihati. untuk jalan yang lebih selamat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jurus Sakti Dalam Penulisan Copywriting
cari bisnis online yang real aja lah,,ada produk yang di jual,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat herbal untuk diabetes menahun
tak boleh main redah je.. kena belajar dulu. lebih lebih lagi perkara yg berkaitan duit ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Tukar Password Wifi TM Streamyx
Kalau redah tanpa ilmu, padah menanti. Orang beli bitcoinboleh buat duit, yang tak ada ilmu beli untuk rugi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan PTD M41
Tak berapa nak faham lagi bende alah ni..
tengah dok tengok juga…
Dalam semua urusan pasti akan ada yang suka menangguk di air keruh
Dan asyik terpakai
Peribahasa
Jerat tak akan lupakan pelanduk
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Pengedar Shaklee Shah Alam & COD Vitamin terus ke rumah Tanpa Pos!
Beli bitcoin biar ada matlamat yang jelas untuk menggunakannya. Boleh untung dalam masa yang singkat jika tahu bagaimana nak manipulasikannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Untung Pelaburan Hartanah
Teringin juga untuk melabur dengan bitcoin ni.. Cuma kena tambah pengetahuan dan kemahiran baru la berani nak cuba
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Bina Rutin Positif Baru Hanya Dengan 20 Saat
kena faham bebetul dan berilmu baru boleh berani nak cuba masuk arena bitcoin ni..kalau tidak..habesss
Curahan rasa isma @ ..Surah Yang Bagus Jadi Amalan Ibu Mengandung
Waahh, untung besar kawan tuan Denaihati tu. Memang dapat strike.
Betul, semua kene ada ilmu. Nak join pun kene rujuk yang mahir
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..Surah Amalan Semasa Hamil Saranan Ustazah Siti Nor Bahyah
Walaupun masih belum membeli Bitcoin tapi sentiasa mengikuti status pakar-pakar Bitcoin. Pertama kali dengar pasal Bitcoin ni masa di Vistana tempoh hari. Doakan agar dapat sertai dalam tempoh terdekat ni.
Kumpul dari sekarang, boleh beli sikit-sikit contohnya 0.01 btc. kalau tak silap ada agen yg bagus di Sg Petani. Tu boleh tanya Kak Yati Penang.
Curahan rasa denaihati @ ..Menjana idea untuk penulisan yang berkesan
Mula tahu pasal Bitcoin ni drp pak mertua yg beli sekeping, masa tu nilainya baru ratus2..skang senyum je dia bila jual balik..nyesal lak tak ikot dia masa tu hahah
Curahan rasa JMR @ ..Tips Simpan RM1000 Sebulan
masih belum terlambat untuk beli bitcoin, beli sikit-sikit contohnya 0.01 atau 0.2 macam emas boleh beli 1 gm atau 10 gm. Simpan untuk long term
Curahan rasa denaihati @ ..Denaihati kembara ke Durban Afrika Selatan
Dengan adanya kewujudan duit digital membolehkan negara-negara maju untuk mengeksploitasi ekonomi dunia..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Penguasaan di bawah mereka.. senanglah mereka nak tentukan atau nak naikkan nilai bitcoin berdasarkan keperluan ekonomi mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Cuma sekarang ni yang menjadi persoalan saya.. nilai bitcoin ni bersandarkan kepada nilai apa?
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Sebagai contoh.. dulu nilai wang kertas bersandarkan kepada nilai emas.. tapi disebabkan wang kertas dicetak berleluasa tanpa ada kawalan menyebabkan nilai wang kertas seakan2 sudah tidak dapat disandarkan kepada nilai emas..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Duit Digital tidak dikawal oleh mana-mana negara kalau kita nak kawal pun boleh beli je banyak-banyak. Sistem duit digital tak sama macam duit kertas yg dikuasai oleh negara tertentu.
Curahan rasa denaihati @ ..Kepentingan mengurus dan mengandakan duit untuk masa depan
Pasaran gelap dalam internet pun banyak pakai duit ni untuk transaksi haram
Hmm
Sisi baik dan buruk
Sebab duit ni pun tak ada orang yang kawal kan
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Harga Vivix Shaklee 2017 & Sebotol tahan berapa lama?
Kenapa masa harga satu bitcoin USD0.20 dulu kita tak tahu pun tentang kewujudannya?. Kalau tahu awal masih mampu lagi nak beli pada masa tu..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Sekarang ni kalau nak beli satu bitcoin pada harga USD4200 memang tak mampu dah… huhuhu..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
USD4200 x 4 = RM16,800 untuk harga satu bitcoin.. dah boleh beli sebuah kereta secondhand atau 3 buah motorsikal..
Curahan rasa anuar @ ..Kenapa tak nak guna Strategi Pemasaran Email walaupun dah tahu ianya terbukti berkesan?
Kalau USD4200 tak mampu bayangkan bila nilai bitcoin jadi USD10K. Bitcoin boleh dibeli sedikit-sedikit ikut kemampuan contohnya beli 0.01 atau 0.1 btc.
Curahan rasa denaihati @ ..10 orang pertama dalam hidup kita
Perlu urus sebaik mungkin untuk secure digital currency. Elakkan simpan pravate key dalam mana-mana apps. Sebaiknya backup dalam bentuk fizikal sebagai langkah berjaga-jaga.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Comments are closed.