Bilik Asmara

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku tertarik keywords bilik asmara yang digunakan oleh Harian Metro baru-baru ni. Pada satu kejadian beberapa pasangan wanita Islam telah ditangkap kerana bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam di dalam bilik asmara yang telah diubahsuai oleh tuan rumah. Mungkin wanita Islam ini fikir bila bersekedudukan dengan lelaki bukan Islam maka mereka terlepas. Di dunia pun dah kena tangkap dan pasti di akhirat pun akan dihukum kecuali mereka taubat nasuha.

Di Indonesia pakar psikologi telah mencadangkan bilik asmara kepada mangsa-mangsa letupan Gunung Merapi bagi mengurangkan tekanan psikologi akibat bencana yang membunuh ratusan nyawa.

Mengikut kajian Tabung Haji masalah jemaah ketika menunaikan haji berkurangan dengan mendadak apabila pihak pengurusan menyediakan bilik asmara atau lebih dikenali dengan bilik berkat.

Di rumah juga perlu ada bilik asmara yang teratur mengikut konsep yang disukai oleh pasangan, jangan dibiarkan bilik asmara bersepah tidak menentu bagaikan tidak diurus lansung kerana kekadang ini salah satu faktor pasangan beralih sayang kepada orang baru.

Naluri asmara ini adalah naluri semulajadi yang ada pada setiap manusia biasa dan manusia sanggup pelawan hukum Allah demi memuaskan hasrat hati. Nasihat kepada rakan blogger yang bujang jangan sesekali terpedaya dengan asmara sebelum berkahwin kerana ianya akan merosakkan kehidupan dan akibatnya akan berpanjangan turun temurun, no turning back. Almaklumlah bilik asmara ini boleh di sewa dengan mudah di kota besar dan kecil dengan harga yang murah.

[ad#nuffnang336]


Spread the love

90 Comments

  1. Apa pun kemudahan, ia akan jadi baik kalau digunakan dgn cara baik, hatta toilet pun gitulah jugakkan, denaihati. Saya ada juga terbaca, penjara2 di luarnegara pun ada menyediakan bilik asmara ni bagi pesalah2 tertentu yg mengikut syaratnya.

  2. ASMARA atau ASRAMA

    hehehe… kalau dah sah kawin kan.. tak perlu ke bilik atau ke hotel.. kat rumah dah memadai… satu rumah adalah taman asmara. janji jangan lupe kunci pintu dengan tutup tingkap langsir semua tu. kang tak pasal je spoil.

    kalau belum berkahwin.. sila tahan nafsu. zikir bebanyak dan elakkan duduk berduaan. ikat perut supaya lapar dapat menahan nafsu serakah. sebab bila dah lapar.. nafsu serakah pon menurun. lagi elok kalau berpuasa. ini dapat meyelamatkan keadaan sekiranya “mereka” masih bujang.

    ikat perut juga elok sebab save bajed. next boleh simpan duit untuk cukupkan beli barang hantaran. barang hantaran dan duit majlis dah cukup… baru cepat sikit langsungkan majlis akad nikah.

    kalau tadek calon… jangan blur. kalau tak pandai carik.. mintak mak atau ayah jer carikkan. insyaallah.. berkat pilihan mak ayah tu.. kekal.. amin..

    masalah duit banyak tapi calon tadak.. itu ketentuan dan dugaan Allah. Mungkin belum sampai masa anda berumah tangga. Dia lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui. lama kelamaan.. anda akan berasa sunyi.. rasa macam dipinggirkan keluarga… rasa kawan-kawan macam tak endah… itu semua naluri nak bekeluarga. bila dah sampai tahap ni. maka buatlah persiapan sewajarnya. sebab lepas tu tak lame dah seruan untuk bekeluarga akan sampai.

    erk… adakah saya menjawab tajuk? hehehe… Asrama? erk… “Dalam ASRAMA ada ASMARA” atau “Dalam ASMARA semasa di ASRAMA” – kekeke… pikirkan kembali ye~
    Curahan rasa Kreuger @ ..Terima Kasih @MaxisComms – AzmanIshakCom kini bersama keluarga MAXIS10 HTC HD7My Profile

    1. Ramai sgt yg bersekedudukan tu yg aku bawa topik ni secara santai … Seronok tapi suatu hari mereka pasti menyesal tapi dah terlambat fizikalnya tapi rohani nya kalau taubat nasuha pasti Allah terima.

  3. assalamualaikum. .biasalah. .benda yang halal org tk suka. .yang haram org suka sangat. .kalau ada suami/isteri yg curang tu bukan kerana bilik bro. .kerana tak tahan godaan dunia ni….

    1. Mungkin betul tu tapi kalau bilik berselerak dgn baju atas bawah katil, bantal pun macam2 warna nak kita macam tu…. Kan bilik suami isteri tempat istirehat yg sepatutnya yg terbaik.

  4. Salam Bro DH,

    Alamak bilik asmara?? ehehe…yelah bilik tu perlulah kelihatan bersih dan kemas secara tak langsung membangkitkan lagi mood yang harmoni 🙂

    eh baru tau tabung haji ada sediakan bilik asmara aka bilik berkat 😛

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!