Big Bad Wolf 2015

Spread the love

Assalamaulaikum dan Salam 1Dunia, betullah dunia sudah dipenghujungnya rasanya baru semalam berselfie dengan Datuk Roslan Hamid sahabat seperjuangan ketika belajar di UKM di Big Bad Wolf 2013. Big Bad Wolf 2015 datang lagi dengan kapasiti yang lebih besar. Kepada yang tak tahu apa itu Big Bad Wolf jangan risau ini bukan kisah manusia bertukar menjadi serigala jadian apabila bulan mengambang atau drakula mencari mangsa tetapi pameran buku terbesar di Malaysia.

KLIK BUKU BLOGGING TIPS PANDUAN UNTUK BLOGGER BARU

Datuk Roslan Hamid
Selfie bersama Datuk Roslan Hamid di Big Bad Wolf 2013

Big Bad Wolf 2015 adalah pameran buku yang menghidangkan sebanyak 3.5 juta buku berbagai judul dengan diskaun  sehingga 85 – 95% bermula pada 2/2/2015 – 9/2/2015 dari jam 10.00 am hingga 11.59 pm setiap hari. Lokasi Big Bad Wolf 2015 hanya beberapa minit sahaja dari rumah aku iaitu di MIECC The Mines. Kepada yang tak pernah sampai MIECC The Mines hanya 20 minit dari Bandaraya Kuala Lumpur dan 30 minit dari KLIA (kalau tak jem lah). Kepada yang menaiki kendaraan umum boleh menaiki Komuter berhenti di Stesen Serdang atau naik bus Metrobus no 8, 22 atau 68  atau bus RapidKL U41. Kepada yang menaiki kenderaan kali ini lebih banyak tempat parkir di luar bagunan hanya perlu ikut arahan.

peta Big Bad Wolf 2014

Membaca adalah gerbang ilmu untuk memacu perubahan kita ketahap yang lebih baik. Jangan lepaskan peluang untuk menjengah Big Bad Wolf 2015 dan sebaiknya jangan datang hujung minggu kerasa kesesakannya tersangat hebat. Tahun lepas aku datang selepas jam 12 am itu pun masih ramai lagi peminat buku. Tips paling penting nak shopping di Big Bad Wolf 2015 adalah membawa beg beroda supaya tidak rebeh lengan membawa berpuluh buku yang dibeli. Diskaun buku terhebat ini menerima bayaran secara tunai atau kad debit atau kad kredit.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Seni menulis 101 impian hidup menuju kejayaan! Klik Sini

Buku panduan lulus temuduga yang telah membantu ramai calon! Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Big Bad Wolf 2014
Big Bad Wolf 2014 dari Instagram @Eizil786

Semuga kali ini bertemu lagi kawan-kawan kaki baca di Big Bad Wolf 2014. Kepada yang nak singgah Big Bad Wolf 2014 jangan lupa PM aku mana tahu ada peluang kita mengopi.


Spread the love

143 Comments

  1. wau, event ini sangat bagus dan menarik. ia dapat menarik masyarakat untuk membaca. event ini patut sering diadakan kerana ia memberi banyak faedah kepada masyarakat.. buku buku kat event ni pun amat murah dan berkualiti. saya amat berpuas hati dengan event ini. so, keep going
    Curahan rasa Farina Al-Khareid @ ..Ovari kena buang sebab Shaklee??My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!