Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.
2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.
Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.
Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.
Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.
Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.
198 Comments
sangat bijak untuk berkerudung
Terciptanya lelaki itu untuk membimbing wanita-wanita. Lelaki itu khalifah, Lelaki itu ketua keluarga.
Realitinya, nampak macam banyak wanita yang rosak. (Wanita kan lebih ramai berbanding lelaki)…
Hakikatnya lebih banyak kini lelaki yang rosak lagi merosakkan.
Lebih banyak generasi wanita rosak, maka lebih jelas & lebih banyak lelaki yang sudah rosak, tetapi masih tak mengaku rosak.
Rosak – ‘Dah tak tau apa fungsi “khalifah” itu… – Samada untuk diri sendiri atau orang di sekelilingnya..’
Benarlah di akhir zaman, Perempuan akan menyerupai lelaki, Lelaki akan menyerupai perempuan…
Perempuan kini lebih banyak mendidik lelaki, berbanding lelaki mendidik perempuan…
– Muhasabah untuk diriku sendiri sebagai lelaki & bakal suami, bakal ayah..
Ikhlas,
Amin Johar (AJ)
Curahan rasa aminjohar @ ..Berperang dengan 404 Error, Demi SEO
dunia akhir zaman …kecelaruan berleluasa
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Indiana Jones di Malaysia
tgk skang ramai yg memakai tdg lebih kpd fesyen sbb tue terkeluar rambut sana sini..ada yg nmpk leher n telinga..xikut syariat yg sbnrnya..
Curahan rasa cik tom @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
haha..itulah yang dikatakan trend cik tom oii..hehe..dosa pahala langsung mereka tak hirau…malah buat selamber dan bangga jer dgn apa yg dibuat..
Curahan rasa Hafizul @ ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis Hati
perempuan zaman sekarang…..
Curahan rasa hairulafiz @ ..Lego pertamaku….
teringat lagi zaidi buluh perindu..haha..
Curahan rasa Hafizul @ ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis Hati
emm jarang sangat yang pakai tudung sebab nak tutup aurat…yang lebihnya bnyk bergaya jer la..ni pengalaman daripada penglihatan..huhu
Curahan rasa Hafizul @ ..Wordless Wednesday #32 – Bila Si Dia Mula Menunjukkan Perangai
Bergaya x dosa.. X menutup aurat tu yg dosa.. kalau bertudung x menutup aurat still dosa…
=)
Curahan rasa Webberita @ ..Isteri Disaman Suami Kerana Melahirkan Anak Hodoh
sama samalah kita untuk saling memperingati dalam suruhan Allah SWT
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?
Iya itu yang terbaik..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis Hati
Mr Jay: kena bezakan antara bertudung dan menutup aurat. islam menyuruh umatnya menutup aurat. sbab tu ramai yg bertudung tp blum tentu menutup auratnya
Curahan rasa Myra Jay @ ..Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?
Bertudung dan menutup aurat satu perkara yg sama tapi berbeza.. Bertudung untuk menutup aurat, tapi menutup aurat x semestinya dengan tudung sahaja da dikira tutup aurat..
Curahan rasa Webberita @ ..Isteri Disaman Suami Kerana Melahirkan Anak Hodoh
nampak seperti menjadi trend wanita sekarang..fesyen bertudung pun sudah bermacam-macam…niat memakai tudung sudah lari iaitu menunjuk-nunjuk fesyen yang dipakai…
setuju nih… sekarang hijab hanya dibuat mempercantik diri bukan untuk menutup aurat.
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..Whey Protein untuk Menurunkan Berat Badan
betul tu…mcm2 fesyen tudung skrg ni…
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Yang penting niat utama adalah tutup aurat.. and kalau ada niat kedua iaitu berfesyen, tiada masalah.. berfesyen kerana Allah tiada dosanya. Allah itu cantik dan sukakan menda2 yang cantik..
Curahan rasa Webberita @ ..Farid Kamil Dan Diana Danielle Sah Suami Isteri
Ketika jilbab dan pakaian wanita dikenakan agar aurat dan perhiasan mereka tidak nampak, maka tidak tepat ketika menjadikan pakaian atau jilbab itu sebagai perhiasan karena tujuan awal untuk menutupi perhiasan menjadi hilang.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..5 CM : 5 Sahabat 2 Cinta, Sebuah Mimpi Mengubah Segalanya
Banyak kesalahan yang timbul karena poin ini terlewatkan, sehingga seseorang merasa sah-sah saja menggunakan jilbab dan pakaian indah dengan warna-warni yang lembut dengan motif bunga yang cantik, dihiasi dengan benang-benang emas dan perak atau meletakkan berbagai pernak-pernik perhiasan pada jilbab mereka.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..5 CM : 5 Sahabat 2 Cinta, Sebuah Mimpi Mengubah Segalanya
Betapa banyak wanita muslimah yang seakan-akan menutupi badannya, namun pada hakekatnya telanjang. Maka dalam pemilihan bahan pakaian yang akan kita kenakan juga harus diperhatikan karena sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Abdil Barr, “Bahan yang tipis dapat menggambarkan bentuk tubuh dan tidak dapat menyembunyikannya.”
Curahan rasa Bang Iwan @ ..5 CM : 5 Sahabat 2 Cinta, Sebuah Mimpi Mengubah Segalanya
Suami perlu pantau apa yang isteri pakai, mahupun apa yang isteri beli untuk dijadikan pakaian … sekrang banyak kedai online .. jadi suami perlu lebih peka …
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Restoran Cheng Ho Milik Amy Search | Satu Ketika Dahulu
Selalunya alasan tak belum pergi haji sebab tak sampai seru.. kalau yang tak sembahyang tu sebab belum dapat hidayah???
kadang2 pelik juga tengok perempuan bertudung tapi baju seluar pakai yang ketat2 menampakkan bentuk tubuh seperti tak pakai baju..
Curahan rasa Suraya @ ..Kereta Pertama – Wordless Wednesday
hehehe..trend terkini ler tu…tapi tak sesuai lah mcm tu kan…?
Curahan rasa Nana @ ..Jemaah Haji Melontar Jamrah
Hidayah itu milik Allah SWT. Dunia hiburan kini sedang menyaksikan ramai artis telah buatpenghijrahan diri kearah yang lebih baik.
Jika sebelum ini kita sering dihidangkan dengan pelbagi kisah hangat dan kontrovesi artis tetapi kini sebealiknya yang berlaku.
satu penghijrahan yang sangat baik dan semoga ia menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.
Kita doakan semoga mereka terus istiqamah dalam melakukan perkara ini. Hal ini jelas membuktikan kegemilangan islam semakin hampir dan di terima oleh semua golongan tanpa megira latar belakang.
Hmm artis bukan satu contoh yang baik utk diteladani … lebih baik melihat sejarah dan sirah lampau terutama sri kandi Islam …. penghijrahan mereka lebih hebat dan lebih bermakna
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Restoran Cheng Ho Milik Amy Search | Satu Ketika Dahulu
Moga kita semua tidak termasuk didalamnya.
Maksudnya bertudung hanya sekedar untuk fesyen
Comments are closed.