Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.

Gadis Bertudung

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.


Spread the love

198 Comments

  1. marilah kita mulakan dengan penuh istiqomah….dengan memastikan anakanda puteri kita bertudung mengikut syariat, dari kecil lagi, bertatih lagi, sudah dibiasakan dengan litupan manis dikepala dan kemudian bisikkan kepada anakanda puteri kita itu, ini adalah perintah Allah swt, bersesuaian fitrah. Berdoa juga semuga saudara kita, jiran kita, tetangga sekariah dan sejemaah juga istiqomah….Insyaallah, bertudung akan dianggap sebahagian kulit kita, dan bukan kerana fesyen atau ikutan semata-mata. berdoalah semoga golongan yang masih bertudung kerana kejahiland an menganggapnya cuma satu fesyen akan diberikan taufik dan hidayah, kerana hidayah itu hak mutlak Allah swt jua. Jika seluruh muslimin/muslimat memahami makna Agama…mereka akan memastikan tiada kekeliruan dan kecelaruan dalam menikmati kehidupan beragama. Itulah pendapat saya yang jahil ini. Wasalam.
    Curahan rasa zurilawati @ ..Gerhana Sang PurnamaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!