Bertudung untuk fesyen atau ikut syariat

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, atas kejadian yang terbaru maka aku publish semula entri lama ini untuk peringatan kepada diri aku yang lemah ini. Kejadian sekeliling merunsingkan hati aku sebagai seorang ayah. Bukan mudah nak jaga anak perempuan dalam dunia serba teknologi sekarang ni yang terdedah dengan gelagat kehidupan yang sangat mencabar.

Gadis Bertudung

2 bulan yang lepas ketika aku sedang menunggu pesanan makanan masuk seorang wanita bertudung bawal memakai T-Shirt pink nipis berlengan pendek paras ketiak. 3 hari lepas ketika aku mengisi minyak kereta keluar seorang wanita bertudung dengan baju blouse paras lutut nampak jelas betis putih melepak.

Pemandangan wanita bertudung dengan seluar ketat, baju ketat, baju nipis dan singkat sudah menjadi halua mata setiap hari apabila kita bersiar di Pasaraya atau di Pusat Pengajian Tinggi. Tak kurang juga pakaian wanita yang bertudung lebih seksi daripada wanita tidak bertudung. Tidak kurang juga wanita bertudung lebih teruk perangainya daripada wanita tidak bertudung.

Melihat cara wanita sekarang bertudung menjadikan aku bingung memikirkan apakah tujuan mereka bertudung. Perkara negatif yang ditujukkan oleh wanita bertudung menjadi satu alasan kepada sebahagian wanita tidak bertudung untuk tidak bertudung. Ini bukanlah alasan yang baik untuk tidak bertudung tetapi itulah hakikat yang berlaku.

Firman Allah Surah An-Nur ayat 31 : “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang biasa dilihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara lelaki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung“.

Prinsip hanya ingin pakai tudung setelah mendapat hidayah adalah prinsip yang salah kerana menutup rambut adalah hukum ALLAH seperti yang telah tercatat di ayat di atas. …. Kenapa orang tak cakap aku tak sembahyang sebab belum dapat hidayah.


Spread the love

198 Comments

  1. aku rasa la kan..diorang ni bertudung sebab nak nampak baik jer..menutup aurat tu baik tapi bahagian lain masih terdedah mcm mner tu..huhu

    mungkin diorang nak seksi tapi still nak pkai tudung..ape nak cakapek..aku pun bingung..huhu
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Happy Birthday Mr. Cuz =-.

  2. Bertudung merupakan tuntutan agama.jika bertudung tapi berpakaian seksi,tak ada maknanyalah.
    Tak kiralah lelaki/perempuan,kita perlu faham apa tujuan bertudung,hikmahnya,dan bagimana cara menutup aurat yang sebenar..
    .-= Md Nasir´s last blog ..Tiada Jalan Mudah Untuk Kaya!! =-.

  3. lebih banyak entry sebegini..lebih bagus.semoga perempuan diluiar sana akan lebih sedar…bukan semua laki suka dengan penampilan sebegitu.

    thanks.
    .-= adila´s last blog ..I hate when…. =-.

  4. frasa ‘x semestinya bertudung itu baek’ adalah mmbuatkan trend x pakai tdung adalah lagi baek.padahal 3 sbb kenapa prempuan dituntut bertudung:-

    1.kerana wajib ia adalah perintah Allah[rujuk surah an nisa]
    2.kerana aurat
    3. ia adalah kecantikan dan solekan semulajadi wanita yg Allah kurniakan.

    tapi ppuan itu sentiasa mencari peluang untuk mengeksploitasi diri sendiri..malu sungguh!
    .-= ratusalju´s last blog ..Manusia semakin angkuh dan selfish! =-.

  5. Rasanya ikut hati dan mood .Nak nampak cantik dan bergaya…
    .-= eyriqazz´s last blog ..7 Tips untuk Tingkatkan Trafik ke Blog Anda =-.

  6. Pingback: negaraku.net
    1. @blogresipi, maaflah aku lansung tak setuju kalau soal begini pun kita nak salahkan pemimpin. Mana tanggungjawab kita sendiri kepada diri sendiri untuk Allah.

  7. nak kata ikut syarak pun bukan
    nak kata berfesyen pun bukan – sebab bertshirt lengan pendek sendat dgn jeans tu berfesyenkah?

    mak bapa – tunaikan tanggungjawap anda , tegur anak gadis anda, abang2 tegur adik2, bapa saudara tegur anak saudara

    tapi ramai juga mak2 yang sama naik
    .-= Kujie´s last blog ..Semak Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik 2010 =-.

  8. salam…
    alangkah sedihnya apabila tudung dijadikan fesyen semata-mata. berfesyen tidaklah salah namun sewajibnya fesyen itu biarlah yang menutup aurat… hatta yang minima sekalipun…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!