Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

BERSIH 2.0 angkara pihak ketiga

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, BERSIH 2.0 semakin hangat semakin panas disebut dimana sahaja di dunia nyata juga alam maya. Malaysia adalah negara demokrasi jadi setiap rakyat ada hak untuk menentang dan juga menyokong BERSIH 2.0.

Bagi aku BERSIH 2.0 adalah melampaui batas pemikiran politik. BERSIH 2.0 adalah rancangan pihak ketiga yang menggunakan demokrasi sebagai platform untuk memporak perandakan Islam dan Melayu. Mereka ini mungkin dari dalam negara atau luar negara yang sudah melihat perpecahan teruk di kalangan Islam dan Melayu dan berusaha dan terus berusaha dengan berbagai agenda untuk memastikan Islam dan Melayu tidak akan bertaut lagi dan menimbulkan rasa kebencian yang amat sangat di antara Melayu yang berbeza fahaman politik.

Lihat nanti pada 9 Julai 2011 dengan baju kuning bangsa apa yang paling ramai akan datang menyertai perarakan BERSIH 2.0, bangsa apa pemimpin politik yang paling ramai berdiri di depan memegang mikrofon, bangsa apa yang akan cuba menyuraikan perarakan dan bangsa apa yang kan melontar bom gas dan kemudian dibalas dengan kayu dan batu.

Ketika itu pihak ketiga akan terus merancang agenda lain dengan berbagai slogan atas perjuangan demokrasi yang akan terus memecahkan Islam dan Melayu Malaysia. Apakah yang akan jadi kepada Islam dan Melayu Malaysia di masa akan datang?

Nota : Buat study sikit siapa Ambiga Sree ni dan kes apa yang pernah beliau perjuangkan?

---

  1. Kalau nak buat demo pun jangan sampai jadi macam kat Mesir ni, bakar sana sini, tembak sana sini, pancut itu, baling ini, dah jadi budaya kot, kat Mesir ni setiap hari Jumaat je mesti akan ada demo kat Tahrir (tempat rusuhan haritu) sebab bagi dorang selagi pak Hosni tak kena hukum, tak pulangkan balik duit dorang, diorang akan terus memberontak.

    Dan adakah Malaysia akan jadi begini?

    Bagi Zida, terpulang pada diri sendiri, kalau nak pemimpin yang terbaik, haaa sila sokong dan undi, kalau nak buat jugak, aman2 sudahlaaaa. Huhuhu

    Semoga Zida balik Malaysia nanti, negara TAK KACAU BILAU ==’
    Entri terbaru Zida – [CONTEST] Saya Sayang Mesir CLOSED!My Profile

    • amalina says:

      awat perhimpunan bersih nie nk tembak orng awm ke…bwk senjata pon x bley…apela….

  2. Bila Malaysia ini hanya tinggal nama sahaja, dan orang berapi2 memperjuangkan hak asasi juga telah menghilangkan diri dari tanah Malaysia,
    baru semua sedar yang kita tiada tempat lagi selain Bumi Bertuah ini untuk dipertahankan walaupun telah terlambat…

    • amalina says:

      Malaysia ini hanya akan tinggal nma jika pemimpin Umno terus memerintah negara ini..

      • Tak salah menukar kerajaan kepada Pakatan tetapi gunakan cara yang ilmiah bukan mengutuk mengeji. Kalau Umno mengutuk mengeji tak kan pakatan nak tiru. Kalau tiru apa beza kan sama je akhlaknya. Kalau akhlak sama tindakan ketika memerintah pasti sama.

        Suka cara Ustaz Azizan Kedah yg tak guna politik balas dendam tu baru nampak akhlak yg tinggi dan pasti rakyat kumpulan ke tiga nampak dan menyokong.

  3. tak payah la nak BERSIH sangat..negara ni dah aman dah..
    Entri terbaru blackrosehunter – Stesen Keretapi Tanjong PagarMy Profile

  4. Kekalkan keamanan dan kemakmuran Malaysia yang tercinta. jangan ada agenda tersembunyi
    Entri terbaru danish – Kelebihan Bulan SyaabanMy Profile

  5. apa la yang diorang nak perjuangkan?kalau nak perjuangkan bil astro naik ada jugak bagusnya.balik2 politik.tu jelah…
    Entri terbaru Pacifista – X – Selamat Balik Kampung,Imam Muda Nasrul!My Profile

  6. ni dah baca belum belum tuntutan bersih 2.0?

    baca dulu baru komen.. setakat nak komen pasal bersatu ke, melayu ke.. pepecahan la, agenda asing la..

    tak payah la.. dah basi.. orang dah muak..

    orang muda sekarang mahu perubahan.. ada mengerti? lambat laun yang batil akan hancur juga… rancang la macam mana pun, Allah Maha Merancang

    p/s jadilah orang yang bijak, kaji sedalam2nya setiap sesuatu.. jangan terlalu mengikut blogger, tak kira la dia blogger terkenal ke, berpengaruh ke, yang penting kita ada prinsip sendiri.. sekadar pendapat dari saya

  7. gunakan kuasa undi untuk mengubah kepimpinan.buka minda warga desa yg masih selesa dgn segala bantuan yg jika dilihat,sebahagiannya diberi ketika pilihanraya…mereka selesa dan memilih siapa saja yg memberi…sedang yg mereka pilih itu menindas sebahagian rakyat yg lain…
    Entri terbaru izwan – PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN PPZ-MAIWPMy Profile

  8. Rakyat Malaysia says:

    Bila susah sikit, “baik korang dok rumah tgk tv, layan transformer… layan game…”
    Bila laa nak maju.

  9. KA nak tanya.. mereka ni berarak secara suka rela @ di bayar?….
    persoalan tu
    Entri terbaru Kamarul Azri™ – Tahniah kepada komen tertinggi bulan June 2011My Profile

  10. bagi KA ini satu perkara yang kurang sihat la…
    nanti di penang pun akan buat jua, rasanya nanti ada timbul isu perkauman jua la nanti
    Entri terbaru Kamarul Azri™ – Tahniah kepada komen tertinggi bulan June 2011My Profile

  11. Wahai bangsa melayu dan orang2 islam, bersatulah…janganlah kita bergaduh sesama sendiri, Tidak malukah kita kepada bangsa lain yang sedang menunggu untuk bertepuk dan bersorak gembira melihat perpecahan orang2 melayu…Negara lain tidak aman di bumi sendiri, tetapi kita yg hidup dlm keadaan aman dan damai ini tidak tahu bersyukur.

  12. pe kejadahnya nak bersih2. jangab jadi kambing hitam, ingat pegi melalak kat kl tuh boleh membangunkan bangsa ke? merugikan adalah, org melayu rugi, org lain yg untung, dok bergaduh sesama sendiri buat apa? cuba fikir, sapa yang untung kalau perarakkan ni ada? cuba cuba fikir…

    1. sapa penganjur bersih
    cuba selidik le ye, korang ingat depa nak tolong korang ke, ampeh, jadi kambing hitam le sapa2 yg turun bersih ni.

    2.tgk lambang parti mana yg ada kat banner bersih?
    korang ingat depa nak tolong korang ke? jgn harap le..cuba tgk kat penang pe dah jadi?

    3.kenapa nak turun di jalanan?
    buat kat stadium melawati kan ada, kenapa mesti turun kat jln2 di kl, rugi le peniaga, org dalam keta pun jem, jadi apa yg untung nya bersih nih? bersin ada le

    4.objektif
    korang tahu ke objektif tu apa? ha hah..cuba citer skit.. pe objektifnya selain dr masa ngundi nak guna cat tak boleh tanggal? haa.. tak tahu kan.. jadi buat pe nak sokong2..

    5. pengundi hantu
    ada ke? cuba bg aku buktinya.. mungkin ada yg tersilap tempat mengundi atau terpindah pusat mengundi..tapi berapa % kes2 cam tu? aku dah 4 kali ngundi, takde pun ditukar ke sana ke mari, ok je..

    6. undi tipu
    ada ke main tipu2? nik aziz memerintah kelantan 21 tahun.. kalau nak tipu, kenapa tak tipu undi kat kelantan supaya bn boleh pegang kelantan? kenapa tak buat tipu kat selangor kalau betul ada undi tipu/hantu? kenapa kenapa? kenapa pembangkang boleh menang 5 negeri? kenapa bn tak tipu je masa undi utk menang di lima2 negeri ni?

    7. menang sorak kg tergadai
    jgn le nanti anak pinak takde tempat nak berteduh nanti, dah le duit tak berapa byk, ingat skit tuh.

    8.kenapa bebas tak sokong bersih?
    kenapa geng2 parti bebas pun tak suka bersih? kenapa? cuba jawab…cuba jawab…

    9. buruk utk ekonomi
    masa bersih nanti, sudah tentu byk gambar di ambil dan di hantar ke luar negara. nmpk malaysia tak aman tak pelabur tak nak melabur kat sini lagi, ekonomi jatuh. korang nak makan ubi kayu ka?

    10.motif
    bukannya nak pilihanraya adil, tapi bersih nak dunia tahu kerajaan malaysia tak baik, nak jatuhkan kerajaan, nak burukkan nama malaysia. korang ingat kalau pembangkang pegang malaysia, boleh jadi baik ke? lagi buruk ada le, confirm potong tangan sblh.

    11. jgn gadaikan maruah bangsa.
    cuba fikir pjg, korang tak boleh makan ke skrg ni kalau banding dgn negara lain? kat malaysia ni ada perang2 ke? ekonomi malaysia ni teruk ke?

    12. harga minyak naik
    kerajaan pun perlukan duit nak tadbir negara, kat mana nak ambik duit ni?cukupkah cukai? minyak petronas cukup kah..ingat guru tu nak bayo singgit dua je ke? minyak tu ikut harga pasaran dunia, naik harga kena le naik minyak, turun harga, turun le ia. harga minyak dunia naik, kat malaysia pun naik le..

    13. harga brg naik
    sapa yg konker brg2 ni ? ada korang pikir? masa raya harga ayam naik, masa perayaan lain naik tak harga ayam? ada korang peratikan…sudah-sudahkan la..

    14. cukai pendapatan
    11% kat malaysia. ada korang cek kat singapura berapa rakyat dia kena cukai? hehe..sbb tu dia boleh bg ni dan itu…cuba cek cukai berapa %? belalak nanti mata korang….

    15. sudah sudah
    redakan lah… takde pekdahnya korang join bersih ni. baik korang dok rumah tgk tv, layan transformer… layan game…siram pokok..main dgn kucing.. lagi baik..


    wikileaksmalaysia
    Entri terbaru wikileaksmalaysia – ijok.net | Inilah rumah Tan Sri Khalid IbrahimMy Profile

  13. yg terhegeh2 ngn bersih ni orang melayu je. saling menuduh antara 1sama lain. bngsa lain duk perhatikan je. parti komponen pemerinth yg laen diam diri. yg bising2 U**O je. so something wrong here. please wake up Melayu Islam. xkan nak jadi balik macam zaman nenek moyang kena diperkudakan je. Bersatulah.
    Entri terbaru fiuzzhafiz – Workshop Kukubesi KelantanMy Profile

  14. Sesuatu yang cukup menyedihkan. Yang pasti rugi Melayu yang turut serta nanti..entahlah bro..sedih dengan politik Malaysia

  15. sejenjang says:

    Tak payah nak bersih bersih apa pulak.kita tak boleh tuduh mana-mana pihak.selagi tidak bersatu apa slogan pun tak berkesan.pentingnya sekarang, supaya Melayu bersatu.sekarang apa dah jadi Melayu berpecah belah sedangkan yang lain tetap bersatu.ini terbukti dalam pilihanraya baru lalu,walaupun dipisahkan laut besar,di sarawak dan sabah pun boleh menyatukan mereka.apa hal pulak Melayu Semenanjung atau di Sarawak dan Sabah, tidor batal sama saiz,tapi mimpi lain lain.hah Islam yang menjadi pegangan teguh tak diambil kira dalam hal bersatu padu.orang Melayu kena ubah minda sekarang demi masa depan anak diri sendiri dan bangsa Melayu yang majoriti berada di bumi Malaysia.nak ke bumi mana lagi pergi orang Melayu?Pasti dan dijamin bila Melayu Semenanjung bersatu,Sarawak dan Sabah seiringan dan agama tetap kukuh dan tegak,barulah Melayu kekal dan tak hilang di bumi sendiri.Buangkanlah yang keruh di jiwa,banyak beristifa, InsyaALLAH dengan izinNYA juga, kita akan terus maju di samping bangsa lain,tapi tetap kukuh bila berada di landasan sama untuk masa depan.Jika ini segera dipulihkan,Malaysia negara berdaulat akan terus berada di hadapan.Kalau kita terus berkocak sedemikian rupa,mana mana pemimpin yang diturun dari langitpun,tidak boleh memimpin jiwa rakyat yang goyah.Mari kita berjabat tangan senada sejiwa demi negara Malaysia tercinta.Bulat air kerana bulatnya pembentung,bulat suara kerana bersatu.

Trackbacks

    Artikel pilihan...close