BERSIH 2.0 angkara pihak ketiga

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, BERSIH 2.0 semakin hangat semakin panas disebut dimana sahaja di dunia nyata juga alam maya. Malaysia adalah negara demokrasi jadi setiap rakyat ada hak untuk menentang dan juga menyokong BERSIH 2.0.

Bagi aku BERSIH 2.0 adalah melampaui batas pemikiran politik. BERSIH 2.0 adalah rancangan pihak ketiga yang menggunakan demokrasi sebagai platform untuk memporak perandakan Islam dan Melayu. Mereka ini mungkin dari dalam negara atau luar negara yang sudah melihat perpecahan teruk di kalangan Islam dan Melayu dan berusaha dan terus berusaha dengan berbagai agenda untuk memastikan Islam dan Melayu tidak akan bertaut lagi dan menimbulkan rasa kebencian yang amat sangat di antara Melayu yang berbeza fahaman politik.

Lihat nanti pada 9 Julai 2011 dengan baju kuning bangsa apa yang paling ramai akan datang menyertai perarakan BERSIH 2.0, bangsa apa pemimpin politik yang paling ramai berdiri di depan memegang mikrofon, bangsa apa yang akan cuba menyuraikan perarakan dan bangsa apa yang kan melontar bom gas dan kemudian dibalas dengan kayu dan batu.

Ketika itu pihak ketiga akan terus merancang agenda lain dengan berbagai slogan atas perjuangan demokrasi yang akan terus memecahkan Islam dan Melayu Malaysia. Apakah yang akan jadi kepada Islam dan Melayu Malaysia di masa akan datang?

Nota : Buat study sikit siapa Ambiga Sree ni dan kes apa yang pernah beliau perjuangkan?


Spread the love

95 Comments

  1. bagi aku, ada pro dan con isu ni. Aku pakai baju kuning kat banting tadi..polis pun siap jeling-jeling aku. kalau ada perkataan bersih..mesti diorang tahan aku tadi. haha..
    Curahan rasa titan @ ..Komisen ke 78 dari TNXMy Profile

  2. Salam Jumaat Bro,

    Budaya terjerit2 berarak niat nak tunjuk bersih itu ini, tak menjadi jugak nantinya. Yang susahnya, majoriti kami yang nak aman, yang selalunya dituduh tak mengikuti dan feel akan kepentingan negara. (hehe)

    Harap2 jangan la ada isu nanti anak kecik pun tercedera. Kalau ada, itu buktinya anda bukan ayah atau ibu yang bertanggungjawab dengan mengheret budak kecil ke kawasan begini. Tanggungjawab utama anda menjamin keselamatan anak2 kecil.

    satu pihak asalnya nak aman, tak jadi jugak, sebab musti ada yang fanatik

    Satu pihak nak kawal kata perarakan semakin liar
    satu pihak nak berarak aman katanya satu pihak yang mula dulu. Sama jugak, pusing pusing tang tu jugak. Jerit, gaduh, darah, cedera, lebam mata. Penyelesaian tak sampai.

    Demonstrasi? Huh!!

    Pada skala yang nak adakan besar ni, memang tak boleh aman, sebab tak dak siapa boleh kawal semua orang. tu yang pasti. Organiser takkan boleh nak kawal bagi aman dan tenteram. Kalau boleh kawal, tu namanya ilusi. Kalau boleh pun, rakyat malaysia belum lagi boleh kawal perasaan dibandingkan dengan negara lain luar sana, tapi statistiknya kecil.

    Setuju dengan pandangan bro, tengok la nanti bangsa mana yang sibuk berarak, bangsa mana sibuk bergaduh, bangsa mana yang sibuk berhiruk pikuk, sedangkan nanti yang lain senyap senyum.

    No wonder la Melaka Jatuh ke Tangan Portugis

    p/s : Dah berapa tahun tak jalan pun demonstrasi ni (akhirnya dua dua pihak dapat rugi dari kebaikan, cuma dua dua pihak jer perasan yang mereka ni beruntung).

    Kalau mengajar selalunya kita cakap ngan anak murid, kalau kaedah tuu dibuat berkali-kali tak berjaya, guna la kaedah lain. Hehe. Jadi, demonstrasi bukanlah kaedah yang berjaya, jadi gunala kaedah lain yerr yang efektif, efisen, sistematik dan menjaga kemaslahatan orang ramai… hehehe

    Sekian terima kasih dan sekadar pandangan peribadi.

  3. Salam,

    Bersih 2.0 tu 9 julai bukan 7 julai.
    banyak lagi cara lain tapi bukan buat macam bersih nie, takut bnyk pihak yg ambil kesempatan dan mungkin ketegangan akan berlaku, kita taknaklah benda sebegini terjadi di negara kitakan, cukup2 lah benda yang dah lepas2 dulu.
    Curahan rasa yanmie @ ..(Gambar) Perkahwinan Noh Hujan Dan Mizz NinaMy Profile

  4. Salam bro.
    Semoga Malaysia bersih daripada perarakan macam ni.
    saya pernah kena/terikut dalam jemmed sewaktu bersih pertama dulu. Memang menyeksakan buat orang yang tak terlibat.

    jangan fikirkan politik, sila fikirkan orang lain juga.
    Curahan rasa Sabahan Bloggers Club @ ..Bersih 2.0-a blogger viewMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!