Bersiap Untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger #JumpaDenaihati

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah persiapan Seminar WordPress dan Majlis Sepetang Bersama Blogger berjalan lancar. Hampir semua persiapan sudah hampir selesai. Peserta Seminar WordPress melebihi daripada yang dijangka dan jemputan untuk Majlis Sepetang Bersama Blogger juga melebihi daripada yang dianggarkan. Majlis juga mendapat banyak penajaan daripada Syarikat dan individu.

Terima kasih kepada semua penaja :

  1. P1 : Meyediakan broadband 4G.
  2. Rouge Communications : Package percutian Stawberry Part Resort dan voucher Universal Studio Singapore.
  3. Stawberry Park Resort : Package percutian.
  4. Little Scarf Collection : Hadiah Gadget Impian dan Hadiah tudung yang cantik.
  5. Emilayusof.com : Kalendar Ilustrasi.
  6. Serverfreak : Hosting Delux Package dan Starbucks Member Card.
  7. Al Ansar Properties Sdn Bhd : Hadiah Gadget Impian dan buku motivasi untuk semua jemputan.
  8. eQurban Resources Sdn Bhd : Hadiah Gadget Impian dan hadiah top affiliate eQurban.com.
  9. Eizil Network & IT Solution : Hadiah Gadget Impian.
  10. Abangensem.com : Hadiah untuk peserta.
  11. Mavellous Malaysia : Hadiah Cabutan Bertuah.
  12. Fazreen.com : Hadiah Cabutan Bertuah.

Kepada yang nak menaja untuk cabutan bertuah masih diterima sila email kepada akademi@denaihati.com lagi banyak hadiah lagi bagus kalau boleh biar semua jemputan dapat hadiah.

Kepada Blogger Outstation atau pun yang berada disekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang kebetulan berkelapangan pada petang 15/4/2012 dan teringin nak singgah adalah sangat dialu-alukan. Konsep majlis ini santai jadi kalau tak cukup kerusi kita berdiri bersama-sama dan makanlah apa yang ada yang penting kita Blogger dapat bertemu. Jangan lupa tweet dengan hashtag #JumpaDenaihati kerana satu skrin khas akan disediakan untuk memaparkan semua tweet yang menggunakan hashtag #JumpaDenaihati ketika majlis berlansung.

Doakan semuga semua program berjalan lancar, dipermudahkan Allah SWT dan menjadi asbab supaya kita dapat merapatkan ukhuwah sesama Blogger.

Comments

  1. says

    Sebuah petang yang menggembirakan bersama team Denaihati.com. Ni baru balik dari menghadiri majlis yang meriah sekali tadi. Memang sangat bermanfaat sekali dan dapat mengeratkan silaturrahim.Terima kasih kepada Denaihati.com kerana sudi mengundang saya ke majlis Sepetang Bersama Bloggers itu tadi.

Trackbacks