Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.
Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.
Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”
Perangkap mengena ….
Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”
Komen Anuar : “Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”
Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.
Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.
Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.
Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.
Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.
Tapi …
Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.
Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.
Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.
Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …
Paling penting be creative ..
236 Comments
Bagaimana caranya untuk bisa kaya muda ya ?? haruskah secerdas mark zuckerberg ?!! 🙁
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat / Memasang Daftar Isi / Sitemap Blog Otomatis
yeah…saya nk jadi usahawan muda y berjaya…
Curahan rasa W.HabibuRahman @ ..Edit Gambar Menggunakan Pixlr
Sementara ini masih mengabdi di Instansi Pemerintahan sebagai abdi negara
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Keutamaan Hikmah Qurban
nice info.hihi btl a,xlarat keje
Curahan rasa ash @ ..Death of a roommate
entri yg sangat bermakna…very inspire…and make me think ..
Paling penting be creative .. penutup yang sangat bermakna.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Apa yang akan kita dapat semua tergantung dari kreatifitas kita.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil Pertandingan Liga Inggris : Arsenal Vs Chelsea
Kalau disini umumnya yang pensiun dini adalah memang sudah kaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Birthday Google
Orang kaya yang tidak mau terikat denagn segala aturan pekerjaan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Birthday Google
saya sangat setuju dengan pendapat di atas. segala tindakan mesti ada ilmu secukupnya..jangan main redah je..
teringin gak nak kerja sendiri, buat bisnes sendiri.. hmm I will be there soon..
Curahan rasa fandyzblog @ ..Bantahan kepada Kartun Nabi Muhammad
ya.kita mesti ada perancangan awal sebelum membuat keputusan.
Curahan rasa jeffry @ ..Manchester United vs Wigan Athletic 4-0 15/09/2012 All Goals & Highlights
btol tu, bro.
kerja sendiri sbnrnya memerlukan pengorbanan MASA.
apatah lg kalau kerja yg dilakukan bermusim, mcm saya yg skg musim menuai padi, jd mmg spjg 2 3 bln musim menuai ni, kena korbankan masa mlm. kdg2 kol2 3 pg kena pergi inspect pekerja shif mlm sbb once start musim menuai, operasi berjalan 24jam
Curahan rasa Ekspresi Ruang @ ..25hours Hotel Vienna: Hotel Butik Ala Sarkis Ilham Armin Fischer
ada yg boleh bersara awal kaya dengan masa tp walaupun biz sndri mst la kna korbankan masa kalu tak mcm mn nk maju kan…tp masa flesible…bila2 kita suka leh kja…
Curahan rasa Efah Mustaffa @ ..Hanis Haizi in Hajabista Magazine..
Saya juga bercadang nak bersara awal kerana kerja setiap thn bertambah streesnya. target setiap thn bertambah. Tapi simpanan blum mencukupi. apa nasihat tuan.
boleh bersara tapi pastikan simpanan mcukupi…
Curahan rasa Nana @ ..Bomoh Gila Seks Ditangkap
memang dalam betul nasihat dalam entri ni. tq
Curahan rasa samdaddycool @ ..Cash Out dek kerana kawan
Hendak berhenti bekerja untuk berdikari buat masa ini belum sesuai lagi. Silap haribulan boleh ‘miss soru’.
Kalau hendak perlu ada networking dan teknik pemasaran perlu berkesan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Entri pemanas badan blog AkuBiomed
Comments are closed.