Bersara Awal Untuk Jadi Kaya


Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik membaca entri di blog Abangensem.com bertajuk “Bersara Awal Tidak Bererti Kaya“, kalau belum baca bagus klik link tu dan hayati isi HATI menulis yang selalu fikir dia ensem.

Setelah membaca entri yang menarik tersebut aku lontarkan komen untuk menguji tahap pemikiran penulis dan pembaca entri tersebut.

Komen aku : “Bersara awal sebab nak jadi kaya … mana ada orang makan gaji kaya raya melainkan makan rasuah juta-juta.”

Perangkap mengena ….

Abangensem menjawab : “Alamak Tuan DH dah pecah lobang. Memang saya berenti sebab nak jadi kaya..tapi bukan kaya harta, sebaliknya kaya MASA.”

Komen Anuar :  ”Saya setuju dengan pendapat Tuan Denai Hati.. Biasanya ornag bersara awal disebabkan untuk menjadi lebih kaya daripada sekarang.. Sebab duit makan gaji memang tak mampu menjadikan kita kaya.. Duit makan gaji hanya mampu memberikan kita kehidupan yang selesa.. Jadi, berenti kerja makan gaji adalah salah satu tindakan untuk mengejar kekayaan.”

Pengumuman Abangensem untuk bersara awal setelah berkhidmat lebih 15 tahun dengan sebuah Bank terbesar di Malaysia memang mengemparkan dunia Blogger Malaysia.

Setelah entri “Penggangur Ensem is in Town” keluar aku yang tak ada kena mengena dengan keputusan Abangensem juga terpalit apabila ada beberapa Rakan Blogger yang menghubungi untuk mengikut jejak Abangensem. Tak salah nak bersara awal cuma bukan ikut emosi kerana tidak ngam dengan suasana kerjaya sekarang atau stress dengan boss yang entah apa-apa. Bersara awal perlu dirancang dengan baik supaya keluarga tidak tergadai dengan angan-angan besar kita yang tidak terancang.

Screen Shot 2012 09 11 at 4.22.36 AM Bersara Awal Untuk Jadi Kaya

Semasa aku membuat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam pada akhir tahun 1997 aku telah mendapat offer bekerja dengan sebuah syarikat swasta dengan gaji double. Susah juga nak buat keputusan bersara dari Perkhidmatan Awam yang banyak kemudahannya. Setelah aku fikirkan daripada 28 juta Rakyat Malaysia hanya lebih kurang 4 juta keluarga yang bergantung rezeki dari Perkhidmatan Awam selebih bekerja dengan swasta dan bekerja sendiri. Jadi kenapa aku tak boleh jadi sebahagian daripada 24 juta tersebut.

Tujuan utama aku bekerja di Swasta adalah untuk belajar cara menguruskan perniagaan yang betul. Bekerja di swasta bukan mudah kalau gaji RM10k syarikat akan perah tenaga kita sehingga titis peluh yang terakhir. Kena maki F**k, B*B*, An**ng dan macam-macam perkataan hina itu menjadi halua telinga. Aku tak pernah ambil hati sebab aku tahu tujuan utama aku bekerja. Aku tak mahu emosi mengadai kehidupan keluarga seperti beberapa kawan yang bersara awal kerana tak tahan dengan tekanan akhirnya sengsara tidak dapat mencari kerja yang sesuai untuk menyara keluarga. Nak dapat ilmu dan pengalaman kena SABAR tak macam sekarang ramai yang nak berjaya sekelip mata tak sanggup nak bersusah bekerja dengan mereka yang telah berjaya. Setelah melalui berbagai kesusahan akhirnya bila sampai waktu yang sesuai aku meninggalkan jawatan besar dengan gaji dan fasiliti yang peeh memang best di KFC.

Aku meninggalkan KFC untuk menguruskan syarikat sendiri yang hasilnya berlipat kali ganda daripada gaji bulanan yang aku perolehi sebelum ini.

Tapi …

Setelah bekerja sendiri rupanya lagi sibuk daripada bekerja makan gaji. KURANG BENAR seperti jawaban komen Abangensem bersara awal sebab nak kaya MASA. Kaya MASA tak juga tetapi kita boleh menguruskan masa mengikut keperluan perniagaan, keluarga dan peribadi bukan keperluan bos. Sekarang ni walaupun aku selalu berada di rumah kekadang wife komplen juga sebab macam tak de sebab aku sibuk dengan kerja dari pagi sampai ke malam.

Bila bekerja sendiri tak kerja makna tak ada gaji itu bezanya dengan bekerja makan gaji yang pasti setiap bulan ada gaji dan kalau ada rezeki setahun sekali dapat bonus. Bestnya kerja sendiri ini semakin banyak kita kerja semakin lebih pendapatan untuk diri kita sendiri. Kepada yang malas dan suka berfoya-foya akhirnya gigit jari.

Kepada Rakan Blogger yang nak bersara awal seperti mamat ini memang aku sokong cuma pastikan ada perancangan yang betul dan pasti ada simpanan untuk keluarga sekurang-kurangnya 1 tahun sebab bisnis tidak selalunya indah. Ramai yang berjaya setelah melalui banyak kegagalan dan ada yang lansung terkapai-kapai setelah gagal mencuba kali pertama. Jangan pulak sudah bersara awal baru nak rancang nak buat apa itu menempah mautlah namanya.

Paling baik bina network dari awal kerana bekerja dalam network lebih mudah untuk berjaya bersama dan boleh mengurangkan kemungkinan kegagalan. Cuma bukan senang nak cari network yang satu kepala …

Paling penting be creative ..

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • Obat Herbal Migren 11 September 2012 at 10:34 am

    ane setuju, lebih baik kaya hati dari pada kaya miskin hati.! hidup hanya sementara.
    Entri terbaru Obat Herbal Migren – Obat Herbal MigrenMy Profile

  • anif 11 September 2012 at 10:27 am

    Buat apa pun perancangan & matlamat perlu ada. Perlu sentiasa pantau rancangan dan kaji setiap pencapaian.
    Entri terbaru anif – Kerja Mudah Buatlah Secara D.I.Y.My Profile

  • auc dot com 11 September 2012 at 10:26 am

    siapa yg x nak kaya weh, tapi mencapai kaya tu pasti kena ada pengalaman yg mengajar kita utk lebih berjya walau di mana kita berada pasti akan berjaya
    Entri terbaru auc dot com – Keratan Akhbar Sejarah Perjuangan Pawang NongMy Profile

  • konfiusdotcom 11 September 2012 at 10:06 am

    1. Kepada yang berminat untuk bersara awal kena merancang dahulu paling kurang 5 tahun. Kita pun dah banyak dengar kisah pesara yang nak buka business itu ini, kerana takde pengalaman, habis semua simpanan.
    2. Sebab itu saya katakan, sekiranya nak bersara awal, paling kurang kita kena dah ada side business yang kita dah buat 2-3 tahun lebih awal. Bila rasanya business dah established, then bole bersara atau berhenti.
    3. Contohnya, encik nazif yang bekerja sebagai electrical engineer, tapi buat kecil-kecilan business aquascaping. Bila side income lebih banyak dari main job, dia berhenti kerja. Bole lihat facebook dia (http://www.facebook.com/sisaikoaqua). Dalam pertandingan peringkat dunia, dia dapat no. 6, peringkat malaysia no. 1 walaupun baru berkecimpung selama 4 tahun. PM dan TPM pun guna khidmat dia.

  • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:50 am

    Setiap orang tentu menginginkan memiliki kekayaan yang cukup, bahkan berlimpah. Namun, tidak semua orang bisa membangun kekayaan tersebut.
    Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

    • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:52 am

      Kebanyakan manusia mengira bahwa kekayaan hanyalah dengan mengumpulkan harta berupa uang, saham, property, perdagangan dan lainnya, menurut mereka orang yang tidak demikian bukan orang kaya, akan tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memalingkan pandangan kita kepada makna kekayaan yang hakiki
      Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

      • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:57 am

        kekayaan bukanlah banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kekayaan hati
        Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

        • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:59 am

          Membangun kekayaan bisa dimulai detik ini juga, tidak peduli seperti apa keadaan kita sekarang. Menjadi kaya atau miskin tidak ditentukan oleh banyaknya uang atau aset yang kita miliki hari ini.
          Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

          • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:59 am

            Menjadi kaya atau miskin ditentukan oleh cara kita hidup dan bermain. Menjadi kaya atau miskin adalah persoalan karakter.
            Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

            • Bang Iwan 11 September 2012 at 10:12 am

              Berapa banyak manusia yang memiliki bermacam harta yang banyak tetapi sebenarnya dia hidup dalam kefakiran, kita melihatnya selalu takut dan gundah, berusaha menambah hartanya karena takut jatuh miskin, dia bakhil untuk menafkahkan hartanya dalam hal kebaikan supaya hartanya tidak berkurang, bahkan terkadang memutuskan silaturahim gara-gara alasan yang sama, sebagaimana kita lihat dia selalu menoleh kepada harta orang lain, orang seperti ini selamanya hidup fakir, karena dia tidak ridho dengan pembagian Allah Ta’alaa untuknya, dan karena dunia telah menetap dalam hatinya.
              Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

  • Bang Iwan 11 September 2012 at 9:47 am

    Sebelum memutuskan pensiun dini, kita sebaiknya menentukan arah hidup di masa depan. Sederhananya, apa yang harus dilakukan dalam menjalani hidup di masa depan setelah pensiun dini? Sebab, pensiun dini sangat mungkin mengubah aktivitas dan rutinitas seseorang.
    Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

  • Bro Yusri 11 September 2012 at 9:43 am

    selalunya isteri kat sebelah pun tak sempat nak jeling sebab sibuk bekerja …time makan pun isteri kena panggil …
    Entri terbaru Bro Yusri – Awas pengguna Apple: 12 juta ID terdedahMy Profile

  • matjoe 11 September 2012 at 9:42 am

    kaya masa bukan bermakna senang lenang, tapi kaya utk gunakan masa utk buat benda yg kita suka
    Entri terbaru matjoe – Aidifitri 2012 – Tanpa Abah Aidilfitri tetap TerusMy Profile

  • Nurul 11 September 2012 at 9:21 am

    Bagim Nurul org bekerja sendiri lagi tak cukup masa kan.. ada saja kerja yg nak buat.. Tapi yang paling Nurul suka dengan org bekerja sendiri ni adalah diaorang mempunyai byk masa bersama dengan family..

    All the best Denaihati & AE… :)
    Entri terbaru Nurul – Hot FM Pagi: X Cukup DuitMy Profile

  • abangkhai 11 September 2012 at 9:11 am

    Bersara awal bermakna telah mengira baik buruknya implikasi kepada diri, keluarga dan sahabat.. Tahniah kepada AE yang telah meloloskan diri dari cengkaman ‘punch card’ dan jelingan gadis setiap pagi dalam LRT! hahahaha
    Entri terbaru abangkhai – Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)My Profile

  • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:10 am

    Selepas kuliah mengabdi di Rumah Sakit Negeri sehingga belum pernah mempunyai pengalaman untuk bekerja sendiri, mencari usaha sendiri
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

  • hafizrahman 11 September 2012 at 9:08 am

    berkira2 nak kerja sendiri lepas degree nnt …
    Entri terbaru hafizrahman – Printing Banner, Bunting MurahMy Profile

  • Eizil 11 September 2012 at 9:00 am

    Ramai yang tersalah faham apabila bekerja sendiri di rumah boleh bersenang lenang goyang kaki dan sebagainya… Walhal realiti sebenar adalah seperti yang dh telah kongsikan…

  • Bang Iwan 11 September 2012 at 8:50 am

    Bersara awal itu apa yah Bro? apa sama artinya dengan pensiun dini?

    • Bang Iwan 11 September 2012 at 8:50 am

      jadi takut koment entar malah salah nantinya.
      Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

    • denaihati 11 September 2012 at 8:51 am

      Benar tu Bang Iwan Pensiun Dini
      Entri terbaru denaihati – iPhone 5 dilancarkanMy Profile

      • Bang Iwan 11 September 2012 at 8:55 am

        Alhamdulillah,… saya jadi tambah perbendaharaan kata nih. Makasih banyak.
        Entri terbaru Bang Iwan – Video ‘Gangnam Style’ Siti NurhalizaMy Profile

      • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:13 am

        Kalau pensiun dini sepertinya masih lama saya karena baru bekerja sampai 7 tahun di pemerintahan terutama dalam bidang kesehatan Sahabat DH
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

        • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:14 am

          Kebanyakan pada masa sekarang ini banyak orang tua yang menginginkan anaknya masuk sebagai Pegawai Negeri Sipil
          Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

          • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:14 am

            Itu terbukti kalau ada masa pendaftaran dan test CPNS Di Indonesia banyak sekali yang mengikuti sampai puluhan ribu
            Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

            • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:15 am

              Walaupun dalam formasi tenaga yang dibutuhkan hanya sampai ratusan saja
              Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

              • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:16 am

                Dari proses pendaftaran sampai dengan proses test pesertanya melimpah ruah.
                Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

                • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:16 am

                  Termasuk istri yang sedang hamil 4 bulan saja yang berjejal-jejal dengan ribuan orang untuk mengikuti test belum lama ini
                  Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

                  • Blog Keperawatan 11 September 2012 at 9:17 am

                    Semuanya itu dilakukan untuk sebuah keinginan lulus test CPNS
                    Entri terbaru Blog Keperawatan – Yang Harus Dihindari Ibu HamilMy Profile

  • abangkhai 11 September 2012 at 8:45 am

    Teringin juga bersara namun banyak perkara perlu difikirkan..
    Entri terbaru abangkhai – Video kisah hamba mendermakan hatiMy Profile

1 2 3 10


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network