Berniaga hangat-hangat tahi ayam

Spread the love

Salam 1Malaysia, kita lupakan sebentar JABULANI dan VUVUZELA kerana satu dunia dah tahu Netherlands (team yang aku sokong) dan Sepanyol akan bertemu diperlawanan akhir FIFA worldcup 2010 pada jam 2.30am waktu Malaysia atau 1.30am waktu Indonesia Barat pada 11/7/2010. Hari aku nak kongsi kisah benar dunia perniagaan yang berlaku depan mata kau sendiri.

Kisah pertama berlaku kepada aku sendiri pada akhir bulan lepas ketika aku membeli T-shirt Muslimah untuk isteri dan anak perempuan aku di bazar jualan, Ampang Park. Aku beli 2 helai T-shirt berharga RM75. Aku hulur wang RM100 kepada adik yang jual baju tu dan respondnya, maaf abang tak ada duit kecil lah. Apa lagi aku pun membebel lah tapi tak marah. “Adik lain kali kalau nak berniaga mesti sediakan duit kecil. Tak kan RM15 pun tak ada, ni meniaga apa ni?”.

Kisah kedua berlaku di depan mata aku di sebuah gerai makan, hentian RnR Seremban. Seorang jejaka berbangsa Cina mengambil sepinggan Nasi Campur dan menghulurkan wang RM50 untuk bayar. Kakak casher tu kata maaf encik tak ada duit kecil lah boleh beli barang lain dulu tak?

Pengalaman begini telah aku lalui banyak kali dan selalunya berlaku di kedai Melayu dan jarang sangat berlaku di kedai Cina. Kalau di kedai Cina sebesar mana pun kita guna duit untuk membayar pasti ada wang kecil untuk dipulangkan atau mereka akan pergi ke kedai sebelah untuk mendapatkan wang kecil. Lihat sahaja di KFC dan McDonald, seandainya bil kita berjumlah RM25.30 pasti casher akan bertanya samada kita ada atau tidak RM0.30 atau tidak. Casher ini dilatih untuk dapatkan duit kecil daripada pelanggan dengan cara berhemah tetapi tidak lah sampai menyuruh pelanggan tukar duit di kedai lain.

Tiada wang kecil nampak seperti masalah kecil dalam perniagaan tetapi ianya memberi kesan yang besar sebenarnya.  Daripada pengalaman aku, sudah pasti seorang perniaga akan tahu berapa keperluan wang kecil setiap hari berdasarkan prestasi perniagaan mereka. Masalah yang berlaku di kedai Melayu berlaku kerana perniaga Melayu tidak membuat persediaan dan tidak serious dalam perniagaan. Apa salahnya setiap kali sebelum berniaga siapkan wang kecil siling, RM1, RM5 dan RM10 dalam jumlah tertentu. Tu yang orang tua kata, berniaga hangat-hangat tahi ayam macam mana lah nak berjaya seperti AirAsia.

[ad#advertlets336]


Spread the love

142 Comments

  1. bagi peniaga yang rata2 hasil jualan tak sampai rm100 setiap hari, kalau seorang dua yang guna duit besar mmg tak jadi masalah. Tapi kalau tiba2 ramai customer yang guna duit besar, itu yg kdg2 dengar soalan “takde duit kecil ke”. Jadi kita as customer pun kena tgk jugak kadang2 kedai mana yang kita pergi.

    Tp kalau bayar rm100, baki rm15 pun xde, itu ssh la.. 😀
    Curahan rasa serol @ ..What you give- you get back edisi worldcup 2010My Profile

    1. @serol, memang jadi masalh la..biasanya kalau orang melayu meniaga modal kecil je..

    1. @fiezaradzi, huhhu dah jadi kebiasaan peniaga melayu kot..xnk bagi cari duit kecil, dan bagi alasan xde duit kecil plak..

    1. @Paksu-IT, 2 la pasal..nak meniaga tapi mcm main2 meniaga masa zaman kecik2 dulu..mcm mana nak maju kalau mcm ni kan

      1. @Steward John, cuba lah fikir dl sebelum buat,sekira nya kalau berlaku pada kita sendiri @ kita d permalu kan begini,memg kita benci kan.manusia tak ade yang sempurna dan cuba lah berniaga sendiri dl dan rasa mcm mana rasa org berniaga.

        1. Saya memang tidak pernah berniaga, tapi kalau melalui online tu ada la sikit. Tapi saya selalu juga melepak dekat kedai kawan saya dalam kampus universiti tu. Pelajar selalu keluar masuk dekat kedai untuk membeli barang keperluan, jadi memang masalah macam ni sering melanda, duit syiling kurang la, duit pelajar besar la.. terutamanya kalau elaun PTPTN dan MARA dah keluar. Memang payah sangat. Tu la, sebelum dia berniaga, dia akan pastikan semua duit tu ada, syiling tu ada.. setiap minggu kadang2 saya tolong dia juga tukar duit syiling dekat bandar, bukan main alang2 syiling yang ditukar, itu untuk seminggu tu.. kadang2 kalau saya turun ke Bank, dia akan kirimkan duit besar untuk dikecikkan. Kalau la orang lain boleh ikut macam ni kan bagus. Masalah macam tu boleh diselesaikan.
          Curahan rasa Steward John @ ..Sweet child o’ mine piano versionMy Profile

  2. Salam Jummat Bro,

    Isu lama tapi sampai sekarang pun masih jadi. Pergi pasar, bagi duit RM10 pun terkial-kial pusing satu pasar tanya duit kecik.

    Isu tak dak duit kecik satu hal, lepas tuu isu bila nak tukar duit kecil, suka lambat-lambatkan sambil tukar kadang2 boleh berbual dengan peniaga lain… Haissshhhhhh…

    Bukan nak kutuk tapi nilah satu kelemahan yang nyata peniaga melayu. Dah jadi sinonim. Banyak kali juga tak jadi beli di gerai penjual bila fikirkan hal ni.

    Nampak macam isu remeh, tapi bila fikirkan balik, wahai peniaga melayu, isu remeh ni dari dulu sampai sekarang pun tak boleh selesaikan?

    Kita lihat sampai bila.. :mrgreen:
    Curahan rasa Incik RestNrilekS @ ..Simplify My LifeMy Profile

    1. @Incik RestNrilekS, Lebih bagus kalau semua kedai termasuk kedai kecik2 implementasi penggunaan kredit kad dan debit kad.. bila lagi nak berubah, takkan la nak dorang nak begitu jer sampai bila2.
      Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    2. @Incik RestNrilekS, hahaha..sebab isu lama ni la jadi masalah bg kita para pembeli..huhu

  3. Pingback: IMCurtain.com
  4. kalau nak kutuk, nak caci nak cerca pon orang kita gak bang. taktau nak kata apa.kesedaran dalam berniaga tu tak seperti bangsa lain. sedih memang sedih tapi itu raliti. dr.m dah kata 22tahun memerintah malaysia dia tak dapat nak ubah mentaliti dan gaya orang kita.

    hmmm.. pastu berniaga hidup segan mati takmau then tutup la 😐
    Curahan rasa luth textile @ ..Gajet oh gajet-My Profile

      1. @denaihati, Itu lagi yang tak best tu.. asal cakap jer, gerenti balas balik macam ni “Kalau macam tu, pegi beli dekat kedai sebelah”… Orang yang tidak mahu menerima kenyataan memang macam tu.
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @luth textile, bukan nak mengutuk tp realitinya macam 2 la bro..kalau kita x ubah sikap dan mentaliti macam mana peniaga2 melayu nak bersaing ngan peniaga bangsa lain?

        1. @Bang Iwan, Susah juga tu… tidak semestinya dorang akan takut. Tengok jer perbuatan maksiat, buang bayi semua tu.. rasanya dah banyak nilai moral diterapkan di sekolah, tapi dorang masih buat juga perkara macam tu.
          Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @kulanz, sangat betul. sokong. Tapi kalau dah kedai tu je yang ade sekitar kawasan rumah, terpakse la pegi jugak. Yang sakit hati kalau kene pakse tambah barang lain.
      Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

      1. @mj, Mesti cakap macam ni kan “Boleh tak ambil 2 lagi barang yang harga ……. untuk genapkan nilai sebab tiada duit kecik (sambil menunjukkan peti cash) la kak”. Saya pun tak suka sangat macam tu… Kita nak beli barang yang peting, last2 terbeli juga barang yang tak ada makna langsung.
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    2. @kulanz, sungguh aku bila tak ada duit kecil memang fikir 10x nak masuk kedai macam ni takut kena sergah dan mungkin ramai yg fikir macam aku tetapi tak pernah fikir gitu kalau nak masuk KFC atau McD.

  5. selalu terkena mcm nie… akibatnya… diri dah terbiasa klu pg kedai makan jgn bg duit besar2… dh satu lg masalah pulak bila kena pinjam duit kawan dulu pulak…

    1. @Aku, itu lah pasalnya bila nak ge kedai Melayu terpaksa fikir ada duit kecil ke tidak kalau tak ada boleh jadi tak masuk lansung takut kena sergah.

      1. @denaihati, hehe… kat kolej nk makan pun pikir dua tiga kali… x ke leceh dah siap ambilk nasi dgn lauk tuan punya kedai cakap…. adik xde duit kecik la… pecahkan dulu boleh….

    2. @Aku, selalu kitorang akan kumpul, sape yang ade duet kecik, bagi kat member yng ade duwet besar. 🙂 Tapi sgt selalu la, kalau sy bayar RM50, kawan RM50 gak, dier kater, pinjam duet kawan dulu boleh? Padahal kitorang memasing dah nak pisah.. sorang ke terengganu, sorang johor.. camtu lah. haih.
      Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

      1. @mj, Ha.. benda ni pun selalu jadi juga.. dekat hypermarket pun kadang2 jadi macam ni.. siap dia suruh guna duit kawan dulu.. Nasib kawan tu sporting dan tak kisah sangat.
        Curahan rasa Steward John @ ..Write and get paidMy Profile

    1. @Mummy Dasy, cakap pun susah tak cakap pun susah tapi bila agaknya perniaga sebegini nak berubah …ada beberapa lagi pendedahan budaya bisnis yg memang tak bagus akan dikongsikan di sisi.

  6. Setuju sangat ngan artikel kali ni, kita sepatutnya lebih bersedia apabila berniaga. Walaupun baru buka gerai/kedai sekalipun, bebenda seperti duit kecil ini perlu diperlengkapkan sebelum operasi dijalankan. Andaikata pelanggan tidak mahu menukar, maka kita akan kehilangan pelanggan tersebut, dan pelanggan itu akan membawa pengalaman yang tidak enak pulang ke rumah.
    Curahan rasa Eizil @ ..WordPress- Theme Arialist versi bahasa melayuMy Profile

    1. @Eizil, perniaga Melayu ni EGO sangguh hilang pelanggan tak seperti perniaga Cina sanggup buat apa aje janji dapat duit.

      1. @denaihati, ye ke ego? ke MALAS? Hehe.. bukan nak burukkan orang Melayu. Hakikat yang saya sendiri kena terima yang saya juga MALAS. 🙂 tapi kita boleh berubah kan?
        Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

    1. @apiih, 5 sen pun mintak. hehe.. biase dah tu kalau gi McD atau KFC. dier mesti tanye duwet kecil. Kalau Johnny ke dier tak kisah. bagi la besar mane pun duwet. Diorang dah prepare siap2 kot pecahkan kat bank.
      Curahan rasa mj @ ..Ibu Ratu HatikuMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!