Berkongsi Backlinks Penting

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Blogger mana yang tidak mahu berjaya kalau pun tidak mendapat pendapatan yang hebat seperti Eyriqazz atau mendapat gadget percuma seperti Teratakarmo sekurang-kurangnya mempunyai pembaca setia seperti Kujie2.com yang menunggu-nunggu entri baru kita. Kejayaan sesebuah blog tidak datang begitu sahaja kalau tak percaya tanyalah Abang Nara perlu ada usaha, strategi yang betul dan selebihnya serahkan pada Allah SWT.

Hidupkan untuk memberi. Memberi itu bukan sahaja memberi hadiah duit atau gadget tetapi sebenarnya yang jauh lebih bermakna untuk sebuah blog adalah memberi backlinks. Antara kebaikan memberi backlinks adalah dapat berkongsi pagerank dan membantu meningkatkan trafik blog.

Blog ranking akan meningkat dengan backlinks

Setiap kali aku menulis entri baru pasti akan menyelitkan beberapa backlinks, kalau banyak sangat pun tak boleh nanti kena marah dengan Pak Google. Beberapa jenis backlinks yang biasa aku akan diselit dalam entri adalah :

1. Backlinks ke blog atau website yang mempunyai Pagerank yang lebih tinggi daripada Pagerank blog Denaihati untuk memastikan Pagerank blog Denaihati kekal atau meningkat.

2. Backlinks ke blog Rakan Blogger yang sering singgah sebagai motivasi untuk mereka terus singgah lagi ke blog kita.

3. Backlinks ke blog Rakan Blogger yang memberi backlinks kepada blog Denaihati.

Apa perasaan apabila Rakan Blogger mendapat backlinks pastilah suka sangat tak percaya baca perasaan Abang Ensem, Zarulumbrella dan Azman Ishak. Biasanya Rakan Blogger akan menyelitkan kegembiraan mereka mendapat backlinks dalam entri yang mereka tulis. Backlinks antara blog akan lebih bermakna kalau entri yang ditulis ada kaitannya. Jangan pulak kalau entri kita cerita bola sepak kita backlinks kan dengan entri cerita gossip artis. Secara tidak lansung backlinks boleh membina network di kalangan Blogger seperti Geng Tali Barut.

Apabila kita memberi backlinks kepada blog yang popular dan pagerank yang lebih tinggi jangan pulak kecewa kalau mereka tidak bagi backlinks semula atau datang meninggalkan komen di blog kita. Aku sering memberi backlinks kepada blog yang tinggi Pagerank seperti Paultan.org dan Problogger.net dan tidak pernah mengharapkan balasan kerana kita kena faham tujuan backlinks tersebut.

Kesimpulannya setiap kali menulis entri baru mesti kena buat sedikit kajian dengan memikirkan apa backlinks yang hendak diselitkan dalam entri tersebut. Jangan biarkan setiap entri baru hanya sekadar entri tanpa mempunyai faedah lain yang boleh meningkatkan network dan kualiti blog.


Spread the love

504 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!