Beramal Bersama Bintang di Kem Ramadhan Yeo’s 2015

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia.

Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsung aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Denaihati Network dengan kerjasama Yeos Malaysia di Taman Cabaran, Putrajaya. Aktiviti yang berjaya mengumpulkan lebih 200 orang blogger dan aktivis sosial media di SBBYeos2015 menunjukkan sokongan terhadap jenama Yeos Malaysia yang cukup terkenal.

Pelopor makanan dan minuman Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) akan mengakhiri kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” dengan acara Kem Ramadhan Yeo’s 2015 untuk Ramadan tahun ini. Bertujuan dalam menjadikan satu platform dan galakan kepada rakan-rakan Muslim untuk meneruskan amalan berbuat baik ketika Ramadan, ianya juga berhasrat mengeratkan silaturahim dalam komuniti apabila pelbagai bangsa, agama juga latar belakang dijemput menyertai Kem ini di Shah Alam Convention Centre pada 11 Julai nanti.

Heliza Helmi

Bermula dari kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” yang telah dilancarkan di bulan Mei, Yeo’s Malaysia bersama enam bintang terkenal tanahair seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi mengalakkan rakyat Malaysia mengumpul nilai derma untuk enam buah rumah kebajikan terpilih. Antara enam buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ; Teratak Nur Barakah, Shah Alam; Pertubuhan Nur Kasih, Klang; Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang; Rumah Aman, Sungai Buloh dan Rumah Opah Hasnah, Klang.

Poster Kem Ramadhan Yeos 2015

Berkonsepkan satu belian bersamaan dengan satu nilai derma dan disertai melalui Akaun Rasmi Wechat Yeo’s Malaysia akan melabuhkan programnya pada 5 Julai. Nilai derma yang terkumpul bakal disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih melalui Kem Ramadan Yeo’s 2015.

Melalui Kem ini, peserta-peserta diajak turut serta bersama bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan kerja amal bergotong royong dan pembersihan di rumah kebajikan yang diwakili mereka masing-masing. Selain kerja amal di rumah kebajikan, kem sehari ini juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti senamrobik, cabutan bertuah, persembahan dari bintang-bintang juga peluang berbuka puasa bersama-sama. Pemenang “Menang Duit Raya” juga bakal diumumkan pada hari tersebut di mana hadiah utama wang tunai sebanyak RM30,000, hadiah kedua wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak RM 10,000.

Untuk menyertai Kem Ramadhan Yeo’s 2015 layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my/beramalbersamabintang dan menghubungi talian di 1300-80-2828 atau email ke beramalbersamabintang@yeos.com. Juga layari Instagram #yeosramadhan untuk aktiviti Kem Ramadan tahun 2014.


Spread the love

50 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!