Beli Blog Hosting mahal ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak dapat maklumbalas melalui twitter, FB dan email mengucapkan terima kasih dengan penjelasan DOMAIN dalam entri “Beli Domain dan Hosting” dan “Domain Blog mahal betul ke“. Alhamdulillah ramai juga Rakan Blogger yang menulis lebih lanjut tajuk DOMAIN dalam entri mereka antaranya “Cara Beli Domain di GoDaddy” dan ramai juga yang berbincang secara live di FB Group Denaihati Network.

Daripada perbincangan dan komen ada satu lagi tanggapan yang mungkin salah yang patut diperbetulkan. Ramai Rakan Blogger yang belum mempunyai Domain dan Hosting menganggap bukan sahaja harga Domain mahal tetapi harga Hosting juga mahal. Tanggapan yang salah menyebablan ada di antara Rakan Blogger yang bercadang untuk bertukar kepada Hosting sendiri menangguhkan niat mereka. Isu ini tidak timbul kepada Rakan Blogger yang memang tidak mahu berhijrah dari Hosting percuma kepada Hosting berbayar.

Jenamakan blog anda dengan Domain

Di Malaysia ada banyak syarikat yang menyediakan khidmat Blog Hosting dengan harga dan package yang berbeza. Contohnya package blog hosting Serverfreak – Denaihati dengan harga RM80 setahun untuk 2GB Space, 10GB bandwith sebulan, 1 Domain percuma dan Support 24/7. Ultimate Hosting pula menyediakan package 5GB Space, 50GB bandwith sebulan dan 5 domain dengan harga RM99 setahun. Ada juga syarikat hosting yang menyediakan harga package serendah RM35 setahun. Purata harga blog Hosting untuk package asas/basic package kurang daripada RM100 setahun. Harga berbeza kerana package hosting yang disediakan juga berbeza. Adakah harga blog hosting mahal?

Kepada Rakan Blogger yang ada terlintas niat nak buat duit online dengan blog jangan beratkan fikiran beli je domain dan hosting yang termampu kemudian upgrade mengikut kemajuan blog. Apa juga bisnis dalam dunia ni mesti ada modal walaupun sekecil mana jadi untuk mendapat keuntungan melalui blog keluar sedikit modal insyallah barulah rezeki masuk. Kalau ada pemikiran nak buat duit dulu baru nak beli domain dan hosting pasti keputusannya gagal kecuali kalau kita ni memang Blogger Handsome atau Blogger cantik rupawan yang boleh menarik trafik masuk beratus ribu.

Apa yang aku tulis hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman menguruskan blog Denaihati sejak Julai 2008. Mula-mula ambik package basic je kemudian upgrade mengikut keperluan. Dulu tak ada syarikat nak iklan di blog kerdil ini tapi alhamdulillah sekarang dah banyak sehingga ada yang terpaksa ditolak sebab tak sesuai untuk pembaca. Semuanya bermula dari langkah pertama jadi bila anda hendak mulakan langkah pertama itu?


Spread the love

179 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!