Beli Blog Hosting mahal ke


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak dapat maklumbalas melalui twitter, FB dan email mengucapkan terima kasih dengan penjelasan DOMAIN dalam entri “Beli Domain dan Hosting” dan “Domain Blog mahal betul ke“. Alhamdulillah ramai juga Rakan Blogger yang menulis lebih lanjut tajuk DOMAIN dalam entri mereka antaranya “Cara Beli Domain di GoDaddy” dan ramai juga yang berbincang secara live di FB Group Denaihati Network.

Daripada perbincangan dan komen ada satu lagi tanggapan yang mungkin salah yang patut diperbetulkan. Ramai Rakan Blogger yang belum mempunyai Domain dan Hosting menganggap bukan sahaja harga Domain mahal tetapi harga Hosting juga mahal. Tanggapan yang salah menyebablan ada di antara Rakan Blogger yang bercadang untuk bertukar kepada Hosting sendiri menangguhkan niat mereka. Isu ini tidak timbul kepada Rakan Blogger yang memang tidak mahu berhijrah dari Hosting percuma kepada Hosting berbayar.

domain Beli Blog Hosting mahal ke

Jenamakan blog anda dengan Domain

Di Malaysia ada banyak syarikat yang menyediakan khidmat Blog Hosting dengan harga dan package yang berbeza. Contohnya package blog hosting Serverfreak – Denaihati dengan harga RM80 setahun untuk 2GB Space, 10GB bandwith sebulan, 1 Domain percuma dan Support 24/7. Ultimate Hosting pula menyediakan package 5GB Space, 50GB bandwith sebulan dan 5 domain dengan harga RM99 setahun. Ada juga syarikat hosting yang menyediakan harga package serendah RM35 setahun. Purata harga blog Hosting untuk package asas/basic package kurang daripada RM100 setahun. Harga berbeza kerana package hosting yang disediakan juga berbeza. Adakah harga blog hosting mahal?

Kepada Rakan Blogger yang ada terlintas niat nak buat duit online dengan blog jangan beratkan fikiran beli je domain dan hosting yang termampu kemudian upgrade mengikut kemajuan blog. Apa juga bisnis dalam dunia ni mesti ada modal walaupun sekecil mana jadi untuk mendapat keuntungan melalui blog keluar sedikit modal insyallah barulah rezeki masuk. Kalau ada pemikiran nak buat duit dulu baru nak beli domain dan hosting pasti keputusannya gagal kecuali kalau kita ni memang Blogger Handsome atau Blogger cantik rupawan yang boleh menarik trafik masuk beratus ribu.

Apa yang aku tulis hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman menguruskan blog Denaihati sejak Julai 2008. Mula-mula ambik package basic je kemudian upgrade mengikut keperluan. Dulu tak ada syarikat nak iklan di blog kerdil ini tapi alhamdulillah sekarang dah banyak sehingga ada yang terpaksa ditolak sebab tak sesuai untuk pembaca. Semuanya bermula dari langkah pertama jadi bila anda hendak mulakan langkah pertama itu?

Istimewa di denaihati.com
  • Kongsi pendapat anda

    CommentLuv badge
  • syu90 27 June 2012 at 2:18 pm

    dah ada domain sndiri skang..hosting tu blom ada..
    Entri terbaru syu90 – wowww 1001 giveawayMy Profile

  • nurmisnan 27 June 2012 at 2:12 pm

    Tgh otw nak tukar ni.. hik3..
    Entri terbaru nurmisnan – Wordless Wednesday #51My Profile

  • Anuar 27 June 2012 at 2:10 pm

    Salam..

    Saya setuju dengan tuan Denaihati.. supaya membeli sebuah domain dan hositing..

    Saya juga telah membeli domain dan hosting sendiri pada Disember 2012.. Tapi sampai sekarang saya tak berkesempatan menulis satu entri pun di blog saya.. walaupun ianya telah wujud dan boleh dilihat di alam maya..

    sebab apa? Sebab dah terbiasa guna platform blogspot, jadi rasa agak kekok untuk beralih kepada platform wordpress.. ;)
    Entri terbaru Anuar – Eyriqazz vs Denaihati : Blog siapa lebih popular?My Profile

  • onlajer 27 June 2012 at 2:09 pm

    Blogger Handsome atau Blogger cantik rupawan yang boleh menarik trafik masuk beratus ribu, ayat smash hit tu hehehe
    Entri terbaru onlajer – Wordless Wednesday : cemil-cemilanMy Profile

  • are_rull 27 June 2012 at 2:04 pm

    huhuhu btul3… lau mmpu .. jenamakan je ..
    Entri terbaru are_rull – samsung galaxy s3 dihatiMy Profile

  • yas 27 June 2012 at 2:02 pm

    Hehehe….adessss rase cam terkena je lagi nih….:)
    Entri terbaru yas – SAMSUNG Galaxy S III Dapat SambutanMy Profile

  • Blog Keperawatan 27 June 2012 at 1:59 pm

    Terima kasih atas berbagu perkongsiannya sahabat DH
    Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

    • Blog Keperawatan 27 June 2012 at 2:00 pm

      Menambah semangat untuk mempunyai hosting dan domain sendiri
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

  • Faizal Fredley 27 June 2012 at 1:53 pm

    hosting dr serverfreak memang terbaik..kalau kena gaya dpt sponsor lgi….
    Entri terbaru Faizal Fredley – Holiday Di Pulau Pinang Dan Batu Ferringhi Yang MenyiksakanMy Profile

  • Queen Teratai 27 June 2012 at 1:36 pm

    masih teragak-agak ni… hehehehe… bila agaknya nak memulakannya kan… selagi tak mula selagi itulah tak berubah..
    Entri terbaru Queen Teratai – Wordless Wednesday – Pemakaian TudungMy Profile

  • dennis 27 June 2012 at 1:25 pm

    Hampir 4 bulan dah kot saya guna hosting n domain sndri. Buat saya lbh rajin update blog. Byk knowledge baru yg diperolehi.

    • Blog Keperawatan 27 June 2012 at 2:07 pm

      Berarti belum lama punya doamin dan hosting sendiri yah sahabat
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

  • auc dot com 27 June 2012 at 1:16 pm

    tak mahal mana, pilih mana berpadanan dgn blog kita, kalau x cukup boleh tambah mengikut keperluan… cam topup gitu2 :)
    Entri terbaru auc dot com – Portugal vs Spain | Semi Final EURO 2012 | Live StreamingMy Profile

  • syahrilhafiz 27 June 2012 at 1:13 pm

    untuk beli blog hosting sebenarnya
    ala rakan blogger ramai sekarang, semua boleh tolong
    kalau yang malas sangat tu, meh saya sevicekan untuk anda dengan caj berpatutan haha
    Entri terbaru syahrilhafiz – Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012My Profile

    • syahrilhafiz 27 June 2012 at 1:13 pm

      *untung beli, typo membawa padah :D
      Entri terbaru syahrilhafiz – Wordless Wednesday #15 : Tarikh Bulan Puasa Ramadhan 2012My Profile

    • denaihati 27 June 2012 at 1:19 pm

      Ini pun salah satu cara perkongsian bijak yg pandai membantu yg kurang pandai n bayarlah service dgn harga berpatutan

    • namia 27 June 2012 at 1:23 pm

      tawaran yang menarik .. bukan malas cuma tak reti tuh yg biarkan dulu nak tukar ke hosting sendiri

  • pipoq 27 June 2012 at 1:02 pm

    tengah study lagi pasal nak beli hosting + domain ni..
    Entri terbaru pipoq – Wordless Wednesday – Kapal apiMy Profile

    • Blog Keperawatan 27 June 2012 at 2:03 pm

      Semoga nanti akan membeli hosting dan domain sendiri sahabat
      Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

      • Blog Keperawatan 27 June 2012 at 2:04 pm

        Saya juga sedang memikirkannya sahabat
        Entri terbaru Blog Keperawatan – Penyebab Orang MengantukMy Profile

  • Bang Iwan 27 June 2012 at 12:59 pm

    Seperti yang saya bahas sebelumnya bahwa bila kita sanggup untuk beli, tak ada kata mahal.
    Entri terbaru Bang Iwan – Semifinal Euro 2012 di dominasi Oleh Bintang Real MadridMy Profile

  • zie fauzi 27 June 2012 at 12:56 pm

    pakej hosting paling murah yg sy ada RM60 untuk setahun… berbaloi la.. sbb blog tu pun baru lg..
    Entri terbaru zie fauzi – Panduan Memilih Nama BayiMy Profile

1 2 3 6


© 2008 - 2012 Denaihati Network · Sebahagian hak milik terpelihara
Diselenggara oleh Eizil Network