Battambang Perasmian Sekolah Dhia Uddin

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur perjalanan dari Kuala Lumpur ke Siem Reap dan ke Battambang bersama teman-teman pada hari pertama berjalan lancar. Kepada yang belum membaca entri hari pertama bolehlah membaca dan menatap gambar yang menarik di SINI. Kembara Musafir Kemboja kami memang penuh dengan berbagai aktiviti yang telah dirancang oleh rakan niaga, Koperasi Muslim Kemboja.

Hari ke dua kami masih lagi di Battambang dan ini adalah kali pertama kami bermalam di Battambang di Hotel Khemara yang dilengakpi WiFi percuma dari lobi sehingga ke bilik. Paling menarik bertemu dengan Abang Dollah asal Raub, Pahang tetapi sudah menetap di Kemboja setelah berkahwin dengan isteri ke duanya seorang mualaf. Khabarnya isteri pertamanya juga ikut tinggal di Kemboja membantu mengurus menternak lembu.

Di hari kedua, seawal jam 7.30 am kami telah dijemput untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Integrasi Dhia Uddin cawangan ke tiga rangkaian Sekolah Nurul Iman yang diuruskan oleh Koperasi Muslim Kemboja. Sebahagian dana pembinaan sekolah ini adalah hasil sumbangan Rakan Denaihati .. jutaan terima kasih daripada pihak pentadbiran sekolah kepada semua yang telah menyumbang semuga Allah mengurniakan rezeki yang luas kepada mereka.

Masjid Dhia Uddin Battambang

Masjid Dhia Uddin Battambang

Masjid Dhia Uddin Battambang

Masjid Dhia Uddin Battambang

Masjid Dhia Uddin Battambang

CEO dan COO eQurban wakil semua Rakyat Malaysia yang telah sudi infaq untuk untuk pembinaan Sekolah Dhia Uddin menerima Cenderahati daripada YB Zakaria Adam.

Tuan Masruken eQurban

Tn Hj Khanafi eQurban

Majlis perasmian Sekolah Dhia Uddin oleh YB Zakaria Adam, MUfti Datuk Kamaruddin dan wakil eQurban.

Sekolah-Dhia Uddin

YB Zakaria Adam

Sekolah Dhia Uddin

Setelah Solat Jamak Zuhur dan Asar kami bergerak menuju ke Phnom Penh menaiki van Koperasi Muslim Kemboja mengharung perjalanan lebih kurang lima jam. Di pertengahan perjalanan kami singgah di Asrama Anak-anak Zahiddin iaitu anak-anak yang bapanya hanya solat sekali seminggu dan ibunya tidak pernah solat Semuga usaha Koperasi akan menghasilkan generasi baru yang akan dapat mendakwah ibubapa mereka mengikut ajaran Islam sebenar. Khabarnya beberapa Jutawan dari Arab Saudi sudah mengumpulkan dana berjumlah USD1juta untuk membina kompleks baru yang boleh memuatkan 400 anak-anak Zahiddin. Semuga ALLAH SWT permudahkan.

Asrama Zahiddin

Sebelum sampai Phonm Penh sempat singgah tepi jalan makan jagung rebus. Kami sampai lokasi tujuan Hotel Holiday Villa agak lewat kerana kesesakan jalanraya yang hebat.

Jagung Phnom Penh


Spread the love

62 Comments

  1. Alhamdulillah… Semoga dimurahkan lagi rezki mereka yg terlibat dan semoga sekolah tu menjadi nadi perkembangan ilmu disana..:D

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!