Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tahniah kepada pasukan Harimau Malaya yang sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang menentang Barcelona. Pasti seluruh warga Malaysia tidak mengharapkan kemenangan menentang pasukan bola sepak no satu dunia Barcelona tetapi semua ingin melihat permainan yang cantik dan melawan. Pasukan bola sepak Malaysia tidak mengecewakan penyokong setianya dengan permainan melawan yang racak.
Berbekalkan kemenangan 7 – 1 kepada pasukan Thailand XI pasti memberi rasa gerun kepada Harimau Malaya apabila turun padang menentang Barcelona. Aku memang menyokong Malaysia XI kerana bukan penyokong Barcelona. Kalau bukan Messi dan Febregas pasti aku tak berapa hafal nama pemain Barcelona. Keputusan Malaysia XI vs Barcelona berakhir dengan jaringan 1 – 3 adalah satu keputusan yang memuaskan hati dan pasti memberi pengalaman yang sangat berharga kepada pasukan bola sepak Malaysia.
Masalah permukaan padang Stadium Bukit Jalil sangat mengecewakan dan memalukan sehingga Barcelona meminta tukar lokasi ke Stadium Shah Alam. Nasib baiklah ada Stadium Shah Alam kalau tak ada silap-silap perlawanan persahabatan Malaysia XI vs Barcelona boleh dibatalkan kerana pasti mereka takut pemain superstar mereka tercedera.
Video jaringan Malaysia XI oleh Amri Yahya
Gol Malaysia XI di jaringkan oleh Amri Yahya manakal gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Febregas, Neymar dan Pique. Pasti peminat Barcelona Malaysia sangat kecewa apabila tidak dapat menyaksikan kelibat Messi di atas pandang.
Melihat permainan team Malaysia sepertinya ada sinar untuk menjadi pasukan yang berjaya bukan sahaja di Asia malah di dunia dengan syarat lebih banyak perlawanan persahabatan bertaraf A dirancang. Malaysia mesti naikan ranking pasukan bola sepak untuk melayakan pemain Malaysia beraksi di kelab-kelab termuka di Europe seperti pemain Jepun dan Korea.
PERLAWANAN PERSAHABATAN ARSENAL
Arsenal mengakhiri persedian awal musim 2013/14 dengan menewaskan Machester City 3 – 1 hasil jaringan Walcott, Ramsey dan Giroud. Gol saguhati Machester City hasil jaringan pemain baru Negredo. Arsenal dalam kedudukan terbaik untuk mengetuai BPL musim 2013/14 dan tidak mustahil untuk menjulang Piala. Kemasukan beberapa superstar baru yang dijangkakan akan dibeli sebelum tarikh terakhir perpindahan musim panas pasti akan mengukuhkan kedudukan Arsenal.
Penyokong pasukan lain memang selalu memandang rendah pada Arsenal tetapi bagi aku Arsenal adalah juara yang tertangguh setelah ramai superstar berpindah ke kelab lain pada 2-3 musim lepas. Aku sokong dengan tindakan Arsenal yang menjual pemain apabila mereka sudah tidak ada minat untuk bermain dengan Arsenal. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Manchester United dan Liverpool sekarang yang cuba menahan superstar mereka Wayne Rooney dan Luis Suarez untuk berpindah .. pasti ini akan menyebabkan keharmonian kelab tersebut terganggu dan pasti akan memberi kesan kepada prestasi pasukan.
30 Comments
Asyik2 kalah asyik2 kalah.. Tu dah kira spam sebab banyak sangat kalah 🙂
Curahan rasa waimantakwa @ ..Yadim Sabah Menerima Sumbangan Dari MAS Wing
hebat malaysia bisa mengimbangi permainan barcelona
Curahan rasa tips diet sehat @ ..Distributor Herbalife surabaya
@Hehehe~~
Barcelona tak boleh buat skill-skill menarik langsung sebab tak biasa dengan padang bola Malaysia..
Hampir kebanyakan sepakan hancur.. Mungkin Messi pun takut nak keluar sebab kes padang.
Habis berterabur rumput2x…
“What the field! I cannot use my skill” ^_^
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | Ribbon
Tgk game pun best jugak diorang main adalah peningkatan..
Curahan rasa hafiz @ ..Pablo Aimar pemain import termahal Malaysia
Tahniah buat Barcelona. Malaysia lepas nie baiki kelemahan..selalu kalah je..malu la…
Curahan rasa Bahrain @ ..Tema Ungu Di Hari Raya
PM peminat Barcelona , yang pasti itu bukanlah kekuatan sebenar Barcelona…hehe
Namun tahniah buat pasukan Malaysia kerana mampu menyumbatkan satu gol yang cantik , walaubagaimanapun bahagian serangan Malaysia masih tumpul , second half kalau tidak silap penjaga gol Barcelona langsung tidak memegang bola…
Namun bahagian pertahanan Malaysia harus dipuji kerana berjaya menghalang beberapa gerakan tiki taka pasukan Barcelona…
Curahan rasa papa mifz @ ..Pagi Hari Raya di Seremban
tahniah Malaysia !!!… walaupun kalah, sekurang-kurangannya ade gol jugak
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Writer’s Cramp – Ramai Tidak Mengetahui
jaringan amri yaya sangat membanggakan.. cun melecun.. walaubagaimanapun, kita sedia maklum yang barca mempunyai pertahanan yang lemah. satu yang kita boleh banggakan adalah melepasi barisan tengah barca, itu yang power tentang barca, barisan tengah.
arsenal tunjukkan game yang menakjubkan.. harap menang semua piala season ni!
Curahan rasa Zuan @ ..Ucapan Hari Raya Aidilfitri
Arsene Wenger menyebut bahwa kemenangan 3-1 atas Manchester City membuat timnya optimis menyongsong musim depan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Meraih Keutamaan di Bulan Syawal
Saya menilai bahwa Malaysia XI kalah secarA terhormat didepan publiknya. Karena dapat memberikan perlawanan sengit, terbukti dengan adanya jaringan Gol dari Amri Yahya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Meraih Keutamaan di Bulan Syawal
Gol dari Amri Yahya memang terbaik,walaupun kalau dengan Barcelona,tapi kita kalah dalam bermaruah
Curahan rasa wazy @ ..Komisyen Ketiga Dari Backlinks.Com
Difahamkan ia adalah perlawanan jelajah terakhir buat Barcelona sebelum La Liga bermula 10 hari lagi. Mereka perlukan rehat dan mengelakkan kecederaan sebelum musim bermula.
Sepakan Amri Yahya pasti akan terpahat didalam sejarah bola sepak. Orang lama dan berpengalaman lain macam sentuhannya. Tanniah.
Curahan rasa akubiomed @ ..Institusi perkahwinan semakin goyah.
Mungkin Barcelona dapat belajar serba sedikit teknik2x bermain di padang bola Malaysia tak sama di padang bola negara mereka.. ^_^
Kebocoran 1 gol menunjukkan kelemahan pada benteng pertahanan mereka. Perlu belajar kelebihan benteng pertahanan Malaysia..
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | Ribbon
Malaysia nmpak bersungguh main semalam tetapi barcelona cam main rilek rilek je..apapun terhibur jugakla perlawanan smlm..
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun lawak Hari Raya (2013)
Hehehe ada kemungkinan mereka tengah tension, padang bola tak seperti yang diidam-idamkan.. 😀
“What the field! I cannot use my skill”
“OMG.. Malaysia is too hot… I’m so tired..” 😀
Curahan rasa PakarNiaga.com (AMIN) @ ..WordPress Theme Percuma | Ribbon
Tahniah kepada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mencuri satu gol daripada Malaysia… Frust sebab tak dapat tengok Leonal Messi bermain dekat Malaysia..
Curahan rasa Anuar @ ..Senarai Peserta Terkini Contest SEO MyKad Smart Shopper
Teringin melihat Messi beraksi dengar beliau cedera ketika berlatih.
kadang pelik dengan Coach Malaysia… pilih pemain ikut dan dia je… yang boleh main tak pulak dia pilih… yang lincah di keluarkan pulak…
Curahan rasa SilenceBlogz @ ..KEPUTUSAN MALAYSIA v BARCELONA 2013
Boleh bermain dengan baik dan pengalaman bermain diperingkat tinggi adalah berbeza. Kalau bagus bermain tetapi kekuatan mental rendah boleh mengundang kecuaian.
Comments are closed.