Bapa kencing berdiri Anak kencing berlari

Spread the love

Salam 1Malaysia, sudah lama pepatah Melayu “Bapa kecing berdiri Anak kencing berlari” bermain-main di minda aku ini. Adakah ini bermakna bila seorang bapa kecing berdiri maka anak-anaknya akan kecing berlari secara fizikal. Pasti tidak, maksud pepatah ini lebih besar daripada itu. Bagi aku maksud perpatah ini apa juga perbuatan jahat yang dilakukan oleh seorang bapa atau ibu samada dilihat atau tidak oleh anak-anaknya pasti akan dilakukan kembali oleh anaknya. Lebih malang anak-anaknya akan melakukan lebih teruk daripada apa yang telah dilakukan oleh bapa atau ibunya.

Berapa ramai dikalangan kita samada yang sudah berkeluarga atau belum memikirkan setiap perbuatan kita dahulu, sekarang dan akan datang akan memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat. Jangan sangka apabila kita belum berkahwin dan mengamalkan seks bebas, mengandung anak luar nikah kemudian membuang bayi tidak akan memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita. Jangan sangka apabila kita mengamalkan seks pelik seperti lesbian, gay dan liwat juga tidak memberi kesan kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita.

Jangan fikir apabila mengambil rasuah, menipu rakan niaga, bomoh membomoh dan macam-macam lagi amalan orang kita ini  tidak memberi kesan secara lansung kepada anak, cucu, cicit dan keturunan kita hingga hari kiamat.

Kalau hari ini kita tak suka menziarahi ibubapa di kampung  sekurang-kurang sebulan sekali dan tiada masa untuk bertanya kabar melalui telefon atau sms serta sentiasa lupa nak bagi duit setiap bulan.  Adakah harapan untuk anak-anak kita buat perkara yang sama atau lebih teruk apabila kita tua kelak.

Secara sedar atau tidak anak-anak sentiasa menjadikan ibubapa sebagai model. Ibubapa tidak hanya boleh memerintah anaknya solat berjemaah di masjid sedangkan kita solat di rumah atau lansung tidak solat. Kita tidak boleh minta anak-anak hormati kita sekiranya kita tidak hormat kepada ibubapa kita.

Aku sentiasa mengingati diri aku sendiri supaya tidak menjadi Bapa kencing berdiri supaya tidak melahirkan anak, cucu, cicit dan keturunan yang kecing berlari.

Firman Allah : “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri“. Surah Al-Ahqaf Ayat 15
[ad#advertlets336]


Spread the love

348 Comments

  1. Ketika ayah dan ibu tak menjadi teladan bagi anak-anaknya. Ketika seorang kakak tak memberikan teladan kepada adiknya, dan ketika yang tua tak memberikan teladan kepada yang muda. Apa yang terjadi?

      1. Seorang anak adalah mesing foto copy yang canggih, apapun yang diperbuat oleh bapak dan ibunya maupun lingkungan keluarga akan di contoh oleh si anak, sekarang kemana si anak akan di arahkan? Oleh karena itu bijaklah dalam berbicara maupun bertindak, ingatlah dalam keluarga ada yang sedang menjiplak anda.

  2. Banyak orangtua yang memiliki harapan tinggi terhadap anaknya, namun perilaku yang diharapkanya belum dilakukannya. Misalnya, berharap anaknya senang membaca, tetapi orangtua sendiri tidak suka membaca. Menyuruh anaknya sholat berjamaah, padahal dirinya sendiri sering meninggalkanya. Tentu cara ini tidak akan efektif.

    1. Contoh yang baik, akan lebih melekat pada anak bila diiringi dengan penjelasan. Apa manfaatnya senang membaca buku, apa keuntungannya berjamaah di masjid dan sebagainya.

  3. Yang kita takuti bukanlah kejatuhan oran yg berpangkat drp pangkatnya,dan bukan pula org kaya dari kekayaannya,tetapi yg amat ditakuti ialah kejatuhan budi dan nilai moral seseorg itu…

  4. @steward john, *@Dya, Harap agar keturunan saya tak macam tu. Kena juga jadi bapa contoh nanti.

    yap .. samela ngan keturunan dya .. yg lepas tu lepas la .. yg akan datang ni hrp akan lebih baik lg..

  5. @steward john, *@Dya, Entah la.. perumpamaan ker tu? atau pun ayat-ayat power? entah la..

    hehe .. rasenye perumpamaan la tu, ibarat shakespeare hehe ..ayat yg diguna pakai dlm teater kot keke

  6. ganaznya blog ni!!!dpt pagerank 4…perghh 😯

    tak tau la…Allah dah tetapkan kalau bapanya/ibunya buat 1 kali,anaknya akan buat 2 kali lebih dari orang tuanya…nauzubillah…

    Ya Allah jauhkan aku dari ujian berat…amin…

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!