Bapa bukan hanya cari rezeki

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, selamat hari Bapa kepada bapa, ayah, abah, papa, bah, dady atau apa juga gelaran untuk bapa 1Malaysia. Bapa bukan sahaja ketua rumahtangga malah lebih besar dari itu adalah khalifah kepada keluarga.

Peranan bapa hanya sebagai pencari rezeki perlu diubah. Memang tidak dinafikan rezeki pengerak sesebuah keluarga tetapi mendidik anak menjadi anak yang soleh jauh lebih penting.

Sumber iLuvIslam.com

Bapa mesti menjadi idola kepada anak-anak tetapi kian terhakis dalam intitusi keluarga. Kesibukan bapa mencari rezeki sehingga tiada masa untuk membawa anak-anak solat berjemaah di surau, berekreasi di hujung minggu, meneliti kerja sekolah, membaca taklim di rumah dan berbagai aktiviti yang boleh membentuk keluarga yang sukses dunia akhirat.

Tidak kurang ramai bapa yang marah-marah kepada anak-anak yang ingin berdamping apabila ada di rumah kerana kepenatan mencari rezeki. Biar sedikit masa bersama anak-anak tetapi berkualiti. Jangan jadikan material sebagai gula-gula untuk mengantikan masa bersama anak-anak kerana ini akan merosakan mereka. Apabila anak-anak mencari idola yang lain dan mulai hilang keyakinan kepada bapa maka itu adalah titik kemusnahan.

Bapa adalah khalifah dan mesti beperanan sebagai khalifah. Jangan rasa malu untuk terus menimba ilmu bagaimana menjadi khalifah kepada keluarga supaya kita dapat melahirkan anak yang soleh yang insyallah akan berjaya dunia dan akhirat. Anak yang soleh adalah pencen akhirat.

Selamat hari bapa.


Spread the love

97 Comments

  1. Bapa adalah lambang sebuah kekuatan dalm sebuah keluarga .Nilai sebuah kejayaan sangat bergantung kepada bagaimana mereka melayan keluarga mereka walau pun mungkin tidak kaya kasih sayang yang ditunjukkan kepada keluarga anak dan isteri sangat mempengaruhi kehidupan keluarganya.

  2. Kita ini sebagaimana fitrahnya, diturunkan Allah ke muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah. Khalifah itu bisa berbentuk menjadi pemimpin diri sendiri, menjadi imam di keluarga, menjadi suami, menjadi ayah, dll.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Alyssa Campanella Miss USA 2011My Profile

  3. salam…

    ya..jika hendak difikirkan memang bukan mudah menjadi seorang bapa…pada saya hidup berumahtangga itu lebih kepada satu perkongsian seperti sikap tolong menolong antara suami dan isteri dalam mendidik anak-anak…
    Curahan rasa zainal @ ..Sukarnya Menjaga AnakMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!