Assalamualaikum dan salam sejahtera, Apakhabar sahabat-sahabat ku yang hebat?
Biasalah paska bajet 2017, Abang akan baca penerangan lebih detail dengan lukisan grafik bajet 2017 di media arus perdana untuk faham lebih jelas. Bos DS Najib Razak biasa bentangkan fakta-fakta penting sahaja ketika pembetangan bajet 2017. Kita kena tengok manafaat apa yang kita boleh ambil secara maksima.
Kali ini satu muka surat info grafik pemberian Kerajaan kepada rakyat. Begitu pun ramai yang tidak berpuashati dengan meluahkan hati di sosial media sehingga menggunakan perkataan yg tidak sepatutnya. Beberapa tahun lepas Abang pernah menulis di blogkeburukan subsidi menjadikan rakyat seorang penerima antara tajuk”subsidi menghancurkan bangsa“. Rakyat yang menerima subsidi tidak pernah berpuashati dengan setiap pemberian walaupun sebanyak mana. Setakat yang Abang belajar belum ada guru-guru yang kata PENERIMA lebih baik daripada PEMBERI tetapi kita berlumba-lumba nak menjadi penerima.
Kerajaan tidak akan dapat memberi sehingga setiap rakyat akan menjadi kaya raya tetapi kepada yang pandai memanafaatkan peluang yang diberi pasti boleh mengubah kehidupan. Kepada yang layak menerima berbagai bantuan secara terus dari Kerajaan boleh menggunakan sebahagian duit tersebut untuk membuka pintu-pintu rezeki yang lain. Bagaimana? Infaqkan sedikit duit tersebut kepada yang lebih memerlukan.
“Alaaa duit yg ada pun tak cukup macam manalah nak bagi pada orang lain.” Kalau menggunakan formula akal memang tak akan selesai masalah ekonomi keluarga tapi kalau ikut formula Al Quran memberi membuka banyak pintu rezeki yang berganda-ganda, pasti selesai masalahnya. Kepada yang dapat BR1M dan bonus RM500 berilah sedikit kepada yang lebih memerlukan insyaa Allah manafaatnya sangat besar. Menjadi pemberi sekarang adalah rahsia ketenangan ketika ekonomi merosot nanti.
Abang tertarik dgn bajet utk eRezeki, eUsahawan, mobileprenuer, digital ekonomi dan start up. Semua ni persiapan untuk kemerosoton ekonomi dunia. Nampaknya Abang nak kena lebih aktif jadi blogger untuk mendapat semua manafaat di atas. Hanya blogger yg profesional sahaja faham apa yang tersirat dan tersurat dalam bajet 2017. Banyak sangat peluang yang ada di sini kepada yang melihat dengan mata hati.
Dari maklumbalas yg Abang baca ramai yg tak layak dapat apa-apa manafaat secara lansung dari bajet 2017 bukan sekadar mengeloh malahan komplen.
Jadi kepada yg dapat berbagai kelebihan bajet 2017 mesti manafaat sebaiknya. Janganlah jual baja subsidi, janganlah buat report polis lembu subsidi hilang tapi sebenarnya dah kena jual, janganlah pakat dengan penjual laptop untuk dapat cash dan terbaru jangan ganti smartphone dengan duit tunai.
Duit yang diperolehi dari manupulasi subsidi kejap sahaja abis tapi kalau digunakan sebaiknya boleh dapat hasil duit yg lebih banyak. Contohnya smartphone subsidi kalau diguna untuk jadi mobileprenuer pasti boleh menjana pendapatan kedua yang berganda. Ada macam-macam biz yang boleh dibuat menggunakan smartphone. Ilmu boleh belajar dari sifu-sifu yg terkenal.
Kepada yg tak dapat kelebihan bajet secara lansung jangan risau sebab ada banyak manafaat secara tidak lansung yg kita dapat. Buka mata hati pasti nampak dan maksimakan peluang secara kreatif untuk persediaan zaman susah apabila ekonomi dunia merudum.
Apa peluang yg kekawan nampak dalam bajet 2017?
Abang Denaihati
Rakan Usahawan Digital anda
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
41 Comments
Semangat & usaha tawakal pada Allah mesti tinggi
.
Perlu didik diri supaya terus berusaha sehinggalah mata terpejam selama lamanya
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee
Subsidi hanya untuk orang malas bekerja.
Orang yg selalu bekerja keras, tentu tidak mau diberi subsidi.
Karena subsidi hanya untuk orang yg malas bekerja.
Bajet untuk kemerosotan?
Bajet untuk kemewahan anak beranak.
Please, rakyat tak buta. Lihat saja seluruh keluarga anak beranak menggunakan pesawat kerajaan untuk ke China?
Belanjawan untuk pendidikan banyak dipotong.
Bodohkan anak mudah supaya mereka senantiasa mudah tertipu?
YB Pekan, cukuplah 2.6 Billion.
Kasihan, bajet untuk universiti banyak yang dipotong dengan jumlah yang besar…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan PTD M41
setiap tahun dengar budget.. yg penting diri kita samada nak berasa terkesan atau terus move forward usaha utk majukan diri.. 🙂
Curahan rasa Pengedar Shaklee Shah Alam @ ..Pengedar Shaklee Shah Alam – COD
kerajaan tolong sikit je. yang selebihnya tu kita kena ada inisiatif utk tolong diri sendiri
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis 7 Hari Mencintaiku di Tv3
bajet 2017 dah terbentang … tiap2 tahun pon rasa sama je … tak terkesan mana … hutang negara pon makin lama bertambah juga … tak boleh nak bergantung pada subsidi je nak hidup sekarang ni
Curahan rasa palm homestay putrajaya @ ..Aquathlon Putrajaya 2016
Betul betul betul Abang Denaihati..
2017 adalah ajang untuk it-preneur seperti blogger dll.
salam sukses abang, tetap semangatlah menulis…!!
Lagi banyak kita kata benda tu tak betul, lagi banyak akan datang buruknya. Apa yang baik, cari kebaikan atas bajet 2017. Mana yang bagus, boleh gunakan dan ambil manfaat darinya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Bajet 2017 dah dibentangkan. Banyak manfaat yang kerjaan sediakan. Kena cari dan dapatkan perkara tersebut. Jika cakap saja memang tak nampak hasil.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Jobdirumah.com VS Task.My
Usaha menjadi pemberi terbanyak bukan penerima terbanyak. Rezeki ada di mana-mana . Usaha dan bijak cari peluang . Tak perlu berharap pada subsidi, bantuan itu ini.
Curahan rasa Hawa Hassan @ ..Eczema Berdarah-Darah Sembuh Dengan Krim Ajaib
Ekonomi dunia macam-macam sekarang ni. Tapi semuanya dari Allah SWT. Allah nak uji kita semua. Kena usaha seperti apa yang Allah ajarkan kepada para RasulNYA.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Dapat Duit Dari Google Adsense
Hidup bergantung kepada subsidi memang tak akan membawa kita maju ke depan. Lebih baik gunakannya sebagai kayu pancing untuk dapatkan peluang-peluang dan ilmu dalam nak meningkatkan ekonomi keluarga dan umat.
Curahan rasa Oja Samid @ ..Pencair Darah Semulajadi Untuk Elak Darah Pekat
Rezeki di tangan Tuhan. Berusaha dan ambil pluang itu tanggung jawab kita. BEerusahalah sebaiknya. Insha Allah..pasti ada ganjaran daripada Allah..
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..BILA CHICKEN POX ATAU CACAR MENYERANG SUAMI TERSAYANG
Comments are closed.