Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, seperti saban tahun minggu kedua Oktober adalah masa Kerajaan membentangkan prestasi ekonomi negara sepanjang tahun 2015 dan pencadangkan perbelanjaan negara untuk tahun 2016. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2016 di Parlimen pada 23 Oktober untuk didebatkan selama sebulan. Bajet tahun ini pasti berbeza ketika keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin menurun menurut berbagai statistik politik.
Kalau sahabat masih ingat tulisan aku untuk bajet 2014 bertajuk “Musim bunga sudah berlalu” adalah pendapat peribadi aku yang sudah bergelumang berbelas tahun dalam bisnis di Malaysia dan Nusantara. Hari ini tulisan itu menjadi kenyataan apabila ekonomi Malaysia dan dunia terumbang ambing yang mengakibatkan kehidupan rakyat semakin terhimpit. Berjuta-juta pekerja mencari peluang untuk menjana pendapatan kedua bagi menampung ekonomi keluarga yang semakin meruncing.
2015 lebih berbeza apabila keyakinan rakyat kepada Perdana Menteri semakin terhakis. Aku sendiri pada mulanya agak marah dengan mantan PM Tun Dr Mahathir yang terlalu lantang mengkritik Perdana Menteri pilihan beliau. Tetapi semakin hari kontroversi 1MDB dan dana politik RM2.6 billion yang dibiar begitu sahaja menjadikan rakyat lemas. Bagi menyejukan hati rakyat berbagai badan penyiasat ditubuhkan yang kemudian dibiar tergantung dengan melantik ahli menjadi Timbalan Menteri dan ada yang disingkirkan dengan alasan yang tidak logik. Perpindahan beberapa pegawai Kerajaan berpangkat tinggi yang berkaitan dengan siasatan dengan alasan yang tidak logik lagi mengelirukan fikiran rakyat.
Memang benar rakyat Malaysia mudah lupa tetapi itu pada zaman pra-siber. Hari ini dalam dunia internet capaian sesaat rakyat akan sentiasa diingatkan oleh musuh politik Kerajaan. Mungkin pada awal kisah rakyat fikir ini permainan politik pembangkang tetapi apabila Kerajaan terus melakukan berbagai kesilapan yang jelas dalam menguruskan isu 1MDB dan dana politik RM2.6 billion sudah pasti keyakinan semakin terhakis.
Adakah dengan meningkat pemberian BR1M yang lebih tinggi, bonus kakitangan kerajaan, menaikan dividen ASB dan Tabung haji serta EPF, menyediakan lebih banyak PR1MA dan sebagainya dalam bajet 2016 dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada pemerintah yang baru sahaja menaikan kadar tol lebuh raya dalam bandar dan realiti sebenar GST yang belum nampak membantu rakyat. Apabila diberi subsidi begini rakyat pasti ambil tetapi seperti tulisan aku sebelum pembentangan bajet tahun 2013 bertajuk “Subsidi menghancurkan bangsa“, semua bantuan ini tidak akan dapat membina bangsa Melayu yang boleh bersaing di pasaran dunia.
Kerajaan mesti mendengar pandangan rakyat sekiranya ingin terus mentadbir Malaysia pada penggal yang akan datang. Sekiranya terus membatu dan menyangka semua yang dibuat adalah betul jangan meratapi jika tewas pada PRU14. Kepada menteri-menteri janganlah semuanya nak dibalon apabila ada yang menegur kerajaan. Mereka menegur kerana sayang pada Kerajaan sebab apabila sudah terlepas tangan susah nak dapat balik. Jangan mengampu terlebih sangat sehingga ternampak tidak realistik.
Samada bajet 2016 bakal membeli keyakinan rakyat yang semakin terhakis itu terpulang kepada tafsiran setiap rakyat Malaysia.
255 Comments
Rakyat sekarang dah makin bijak menilai. Kenaikan tol memang terasa bila hari-hari kita guna untuk pergi kerja.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Kalau kedang-kadang guna ok lagi. Tapi bila dah hari-hari jenuh juga nak keluar duit nak bayarnya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Apa-apa pun berbalik kepada rakyat juga. Ada yang bagus dan ada juga yang sebaliknya. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Tambah Pendapatan Untuk Suri Rumah
Rakyat kita semasa susah ni memang menentang, cuba nanti time pilihanraya siapa yang mereka akan pilih…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
Itulah apa yang terjadi. Tapi untuk PRU akan datang kita boleh lihat. Mana tahu ada perubahan kali ni.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Ada baik buruknya dalam bajet kali ni. Tapi itulah rasa kadang-kadang macam tak kena dengan apa yang dijanjikan pun ada.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman
Kekadang macam dia hanya buat sandiwara dengan bajet yang dibentangkan kan? Selepas tu lain pula jadinya
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Manfaat Vitamin B7 Biotin untuk Mengekalkan Kesihatan Rambut, Kuku dan kulit
Betul tu. Ada kebaikanya. Tapi bila dah lama macam jadi lain pula. Siapa yang kena..boleh agak sendirikan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Bila sebut pasai bajet 2016. Tak tahu nak kata. semuanya rakyat yang kena. Kena usaha cara lain pula untuk majukan diri dan keluarga.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
Sekarang nih apa-apa pun rakyat yang kena tanggung… Kadang tuh susah jugak nak terima alasan2 depa nih.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Betul tu. Susah senang rakyat hanya dalam akhbar dan TV aje di bela. Tetapi hanya sekadar itu sahaja. Harga barang dan kos hidup masih naik macam biasa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Memang kena cari pendapatan sampingan kan? Kalau tidak susah juga nak penuhi keperluan hidup seharian
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kebaikan dan Manfaat Minum Air Lemon Setiap Pagi Untuk Kesihatan
Betul tu. Kena cari dn usaha. Harap kita semua berjaya meghadapi masalah ini semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Ramai beritahu pemberian BR1M tidak telus. Hmm. Risau masa depan.
Kena selalu doakan negara yg tercinta ni.
Mudah²an Allah rahmati, berkahi dan pelihara.
Curahan rasa Syazana Jamaludin @ ..Percubaan Pertama Membuat Laksam, Achievement Unlocked!
Bila jadi macam ni tak tahu nak salahkan siapa-siapa. Kena kaji balik agaknya BR1M ni. Untuk manfaat semua.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Usaha Tangga Kejayaan Dalam Jobdirumah
BR1M pun dah mula nak sekat-sekat dah la nih, kalau memula dulu semua buleh merasa, tapi lama-kelamaan perlahan2 depa tarik balik.. huhuhuuu…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
betul tu. Biasalah bagi gula-gula masa perlu. Lepas tu buatlah alasan apa-apa.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Pandangan saya , belum nampak impak …GST dah dilaksanakan, walaupun hanya baru berapa bulan sahaja, sebenarnya sudah banyak yang dapat dikutip. Sepatutnya cukai itu digunakan untuk membantu rakyat. Tidak perlu ada kenaikan tol , kenaikan barang, tiada kenaikan tambang pengangkutan awam , kawal harga rumah. Baru rakyat akan nampak, ada kesannya. BRIM juga perlu dihentikan dan digantikan dengan kaedah yang lebih baik.
Yang terbaru, ada pulak kajian subsidi beras untuk kategori ST minta dimansuhkan.
Curahan rasa Sharimah @ ..Tips 1 : CARA MENGHILANGKAN BAU BADAN
Inilah masalahya. Nampak dah ada GST rakyat boleh selamat sikit. rupa-rupanya masih sama. Banyak yang nak ambil dari rakyat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Harapan saya agar, kerajaan ambil sedikit saranan daripada rakyat dan cuba tunaikan jika mahu terus memerintah Malaysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
betul tu. ambil pandangan rakyat juga. Sekurang-kurang tahu apa yang rakyat mahu.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman
Betul tu. Mabil dan cuba tegok juga keadaan rakyat. Bukan main buat sahaja. Kasihan kat rakyat. Makin tersempit dah gayanya.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Memang agak sukar nak dengar kata rakyat dah la nih. Kesian kat rakyat yang kena tanggung semuanya.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Betult tu. Apa-apa yang berlaku rakyat yang kena tanggung. Nak tak nak kena hadapai juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Peluang Tambah Pendapatan Untuk Suri Rumah
Bajet dah dibentangkan, tidak boleh berbuat apa-apa dah, kita tunggu saja bila tiba tahun 2016 nanti. Hidup perlu diteruskan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Suka ke tak suka memang kita nak kena hadap lah jugak. Harap-harap selepas ini takde lah lagi apa-apa yang depa nih nak mereka pulak…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Betuul tu. Suka tak suka kita sebagai rakyat kena tanggung. Nak tak nak kena kata yes jugakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Harapan agar bajet 2016 dapat menarik nafas lega tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Ramai yang kecewa dengan bajet 2016 ini. Tidak banyak untuk rakyat dapat menikmatinya pada tahun 2016 akan menjelma pada 2 bulan daripada sekarang.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Hancur harapan yang menggunung tinggi untuk menampakkan sinar dalam baget 2016 ini.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Harapna tinggal harapan sahaja. Sebagai rakyat kita hanya mampu lihat sahaja.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Rakyat tidak akan mudah menerima semua yang kerajaan lakukan, bajet 2016 hanyalah gula-gula untuk menutup kenaikan harga tol dan GST.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Tapi nak tak nak, rakyat perlahan-perlahan kena jugak terima. Sebab depa yang memerintah kan.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Betul tu. Rakyat tak boleh nak buat apa. Sekadar bersuara di sebalik tabir aje.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Bajet 2016 tidak membuat rakyat tersenyum, malahan menjadi semakin terhempit dengan kenaikan tol dan GST yang sangat membebankan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Haduih lah kan, kesian sungguh nasib kami-kami rakyat yang dah ler kerdil, di kerdil kerdil kan lagi…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Bajet 2016 tidak mencerminkan untuk rakyat Malaysia tetapi ditambah dengan kenaikan tol lagilah terasa kesan lebih parah dapat kita alami selepas ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Pandai sungguh mereka-mereka nih kan, sat-sat depa turunkan.. sat-sat depa naikkan.. Tak berkesempatan rakyat2 nak senyum dah nangih baik…
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
masih tetap rasa BR1M tak sepatutnya diteruskan. banyak cara lain untuk bantu kurangkan beban rakyat. kena hentikan dulu ketirisan dan juga sikap suka boros dan membazir. negara kita bukannya negara miskin sumber bumi… 🙁
Curahan rasa Oja Samid @ ..Waktu Paling Sesuai Lakukan Ujian Kehamilan dengan Urine Pregnancy Test (UPT)
Ramai yang harap agar BR1M dimansuhkan. itu saya tidak setuju…. bila ditarik belum tentu bantuan lain sampai kepada rakyat. Entah-entah semuanya tak dapat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Setuju, paling tidak pun, dapat jugak lah rakyat merasa duit tuh kan, dari tak dpt lansung.
Curahan rasa SuperNifz @ ..Risiko Kolesterol Tinggi
Betul tu. Harap-harap tak ada lebihan berbelanja. Takut nanti ramai pula yang kena kesannya. Kasihan kat rakyat jelata..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
I Kini semuanya naik, bajet 2016 tidak menampakan bajet untuk rakyat sebenarnya. Kesan kenaikan tol amat dirasai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Sepatutnya kena banyak lagi bantuan yang patut diberikan kepada rakyat, pendapatan daripada GST banyak yang boleh diberi bantuan terus kepada rakyat, tetapi bajet kali ini tidak seperti yang kita harapkan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bina Kedai Online Amazon Dapat Income USD
Bila jadi macam tu. Rakyat hanya dengar dan baca sahaja. Tak ada tidakan dibuat.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Senang Duduk Di Rumah
Bajet unutk rakyat. Untuk mereka tak tahu ada bajet ker tidak. Harap-harapp semunya adil dan saksama.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Comments are closed.