Bagan Pinang : Berakhirnya KUASA politik ISLAM

October 11, 2009

Islam, IsuSemasa, Politik

Rakyat Malaysia terus dihidangkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terakhir di Permatang Pasir dan hari ini giliran pengundi di Bagan Pinang. Belum pernah berlaku suasana begini sebelum ini dimana SPRM perlu mengadakan PRK dari satu kawasan kepada suatu kawasan.

Kenapa jadi begini? Pada pengamatan akulah sebenarnya Malaysia sedang diuji Allah swt kerana Pemimpin dan Penyokong terlalu memikirkan Politik justeru itu maka Allah bagi fikir atas politik kepada Rakyat Malaysia dengan diadakan PRK hasil daripada macam-macam sebab samada Pemimpin yang dipilih letak jawatan atau meninggal dunia.

Setelah Nabi saw diangkat menjadi Rasul, Baginda berjuang selama 13 tahun di Mekah untuk mengESAkan Allah. Kemudian Baginda berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu daripada Allah. Di Madinah hasil kerjasama dengan penduduk tempatan maka Baginda telah menubuhkan sebuah kerjaan Islam. Bermula dari Madinah kerajaan Islam telah berkembang hampir ke 2/3 dunia. Baginda dan Khalifah selepas Baginda telah mengutuskan utusan beserta surat kepada Pemimpin Dunia supaya mengESAkan Allah. Baginda dan Khalifah telah menolak berbagai offer antaranya Kuasa, Harta dan Wanita DEMI menESAkan Allah swt.

Politik itu adalah sebahagian daripada sistem kehidupan. Nabi saw dan Para Sahabat menggunakan sistem syuro dalam mentadbirkan Negara. Dalam setiap mesyuaratnya yang paling diutamakan adalah urusan akhirat dan kemudian barulah dibincangkan urusan dunia. Dalam apa juga keadaan Nabi saw dan Para sahabat mengutamakan urusan yang mengESAkan Allah dengan sentiasa berusaha supaya semakin ramai manusia di dunia menyembah Allah dan juga memastikan umat Islam semakin dekat dengan Allah setiap masa. Insyallah apabila umat islam mengutamakan Allah maka semua urusan dunia akan dapat diselesaikan dengan hanya solat sunat 2 rakaat.

Ramai teman-teman aku berkata kita perlukan Politik kerana Kuasa Politik boleh menyelesaikan masalah Rakyat. Kita perlukan Kerajaan kerana dengan kerajaanlah kita dapat memastikan Islam terus bertahan. Jika PAS mengatakan UMNO gagal menegakan Islam di Malaysia jadi apa gurantee apabila PAS memerintah, PAS dapat menegakkan Islam. Allah telah membuktikan bahawa sebenarnya Islam bukan ditegakkan kerana Kerajaan contohnya 30 juta Islam di China lebih Islam daripada 350 juta Islam di Indonesia, Malaysia, Brunei, Pakistan dan Bangladesh yang diperintah oleh Islam.

Tak salah kita berbeza pendapat dan berbeza parti tetapi jangan kita halalkan semuanya kerana Kuasa Politik. Cuma Aku begitu risau melihat umat Islam di Malaysia begitu mengutamakan kuasa politik lebih daripada mengESAkan Alllah. Allah sedang melihat kita, jika kita fikir risau atas politik maka Allah akan bagi kita sibuk dengan politik tetapi jika kita fikir risau atas Allah maka insyallah Allah akan bantu selesaikan semua urusan dunia yang terlalu kecil berbanding dengan urusan akhirat yang kekal abadi. Teringat aku akan pesan AllahKepunyaan Allah lah kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Kuasa atas segalanya.

Like this story? Please consider share and leaving a comment or subscribing to the RSS feed to have future articles delivered to your feed reader.
, , , ,

Terima kasih singgah dan membaca rasa hati yg dikongsi

1. Klik cara untuk claim Rewards.
2. Klik Setiap backlinks dibayar RM0.02.
4. Jadi Rakan Niaga eQurban.com berniaga sambil beramal.
5. Suka kami? Klik FB Like, Retweet dan Google + 1 dan Follow @Denaihati

  • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:58 pm

    Jika pemerintah tidak terikat dengan dasar-dasar kesejahteraan sejagat yang dirangka oleh agama berdasarkan wahyu dan pemikiran manusia dalam sempadan-sempadannya yang ditentukan, maka pemerintah itu tidak akan dapat memberi keadilan kepada rakyat dan negara.
    Entri terbaru Bang Iwan – Fenomena Kehidupan di Rumah Sakit jiwaMy Profile

    • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:59 pm

      Ahli fiqh bersetuju bahawa kuasa yang diberikan kepada pemerintah mestilah ditegakkan secara adil, syura, samarata dan menjaga maslahat orang ramai dalam perkara agama dan dunia.

      • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:59 pm

        Sekiranya prinsip-prinsip kuasa politik itu dapat dihayati, Islam dapat membuktikan kepada dunia keupayaannya memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada umat manusia seluruhnya.
        Entri terbaru Bang Iwan – Fenomena Kehidupan di Rumah Sakit jiwaMy Profile

  • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:54 pm

    Kuasa adalah elemen penting dalam politik. Kuasa politik sering didefinisikan sebagai pengaruh dan hak mutlak seseorang berhubung dengan pemerintahan.
    Entri terbaru Bang Iwan – Fenomena Kehidupan di Rumah Sakit jiwaMy Profile

    • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:54 pm

      Ia boleh dilihat sebagai satu perhubungan psikologi di antara dua pihak iaitu pihak yang berkuasa dan pihak yang dikuasai atau dalam kata lain antara pemerintah dengan yang diperintah.

      • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:55 pm

        Ini seterusnya akan melibatkan masalah merebut dan mempertahankan kuasa.

        • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:55 pm

          Pertentangan kuasa (power struggle) biasa wujud apabila berlaku ketidaksefahaman antara kedua belah pihak.

          • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:56 pm

            Pendek kata, kuasa merupakan satu keperluan demi menjamin pemerintahan sesebuah negara mencapai matlamatnya.

            • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:56 pm

              Menurut perspektif barat, sebaik sahaja manusia bertamadun, kuasa adalah menjadi matlamatnya.

              • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:57 pm

                Kuasa boleh didapati dengan berbagai cara. Machiavelli berkata untuk mendapat kuasa seseorang itu boleh melakukan apa sahaja walaupun ia bertentangan dengan norma-norma kehidupan manusia.

                • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:57 pm

                  Menurutnya lagi, oleh kerana kuasa itu menjadi matlamat, segala pertimbangan lain, termasuk keadilan, kemanusiaan dan sebagainya mestilah tunduk di bawah perkiraan kuasa.
                  Entri terbaru Bang Iwan – Fenomena Kehidupan di Rumah Sakit jiwaMy Profile

                  • Bang Iwan October 11, 2010 at 3:57 pm

                    Agama boleh dibelenggukan jika ia membantutkan usaha-usaha politik. Ukuran kebaikan hanya diukur dari “kekuasaan adalah kebenaran” atau “might is right”. Inilah yang rata-rata berlaku dalam politik dunia yang dikuasai oleh pihak-pihak yang tamak kuasa pada hari ini.

  • munir ardi August 25, 2010 at 11:12 am

    semoga jayalah Islam
    Entri terbaru munir ardi – Hidup Seorang BloggerMy Profile

  • fais August 11, 2010 at 12:44 pm

    Ayo buat islam berjaya..

    • fais August 16, 2010 at 1:31 am

      tak ada yang mampu membuat Islam berjaya kalau bukan dari dri kita masing2..

  • aduka May 5, 2010 at 2:09 pm

    saya xnak melayu yang memerintah.. saya mahu islam yang memerintah!

    :)
    .-= aduka´s last blog ..Buah Betik Dan Coli =-.

    • fais August 11, 2010 at 12:43 pm

      saya sangat setuju dengan anda…
      Entri terbaru fais – Marhaban Ya RamadhanMy Profile

      • munir ardi August 31, 2010 at 4:36 am

        semoga akan seperti itu saudara

    • alhamik November 13, 2010 at 10:42 am

      benar katamu itu! kalau melayu yang perintah, belum tentu nawaitunya mau tegakkan islam. tapi kalau islam yang perintah, motif dan priaritynya adalah islam itu sendiri. baru trjamin keadilan! karena islam itu, dia rasa takut pada Allah. maka itu terhindarlah raswah dan salah guna kuasa. ini tidak, baru jadi yb sudah pakaikereta mewah, rumah bertingkat. bila masa pemilihan dalam parti, tabur wang puluhan juta! dari mana wang begitu banyak kalau bukan wang yang bersumber dari perbendaharaan? maka itu rakyat makin susah, barang mkin mahal. yang senang adalah si melayu yang konon jadi pemerintah! ingat2 lah sikit wahai pemerintah melayu!

Trackbacks
  • metos April 2, 2010 at 12:04 pm

    [...] the Mets, 4-3, in 12 innings. There were plenty of dramatics in the game, but it all came down to aBagan Pinang : Berakhirnya KUASA politik ISLAM | DenaihatiRakyat Malaysia terus dihidangkan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) yang terakhir di Permatang Pasir [...]