Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 22 September 2014 hari terakhir Khalid Ibrahim menjawat jawatan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Asamboi.my samada suka atau tidak pada 23 September 2014 rakyat Selangor akan mendapat MB baru iaitu YB Azmin Ali yang telah menerima watika perlantikan sebagai MB Selangor yang baru.
Pergolakan politik Selangor bermula dengan tsunami politik tiba-tiba iaitu “Langkah Kajang” ciptaan ahli politik terhebat di dunia Anwar Ibrahim. Alasannya Khalid Ibrahim sudah tidak mampu memimpin Selangor jadi perlu diganti dengan menghabis wang rakyat mengadakan Pilihanraya DUN Kajang dengan hanya mengarahkan YB Kajang meletakan jawatan begitu sahaja. Manusia memang boleh merancang tapi perancangan ALLAH Maha hebat. Hasrat tamak Anwar Ibrahim untuk menguasai harta benda Selangor melalui kuasa politik keluarganya belum kesampaian.
[box type=”shadow”]Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut :
- Amirudin Shari (PKR)
- Daroyah Alwi (PKR)
- Elizabeth Wong (PKR)
- Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
- Ean Yong Hian Wah (DAP)
- Teng Chang Khim (DAP)
- V Ganabatirau (DAP)
- Ahmad Yunus Hairi (PAS)
- Iskandar Abdul Samad (PAS)
- Zaidy Abdul Talib (PAS)
[/box]
Dalam sejarah politik Malaysia ramai yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri tetapi belum ada lagi seorang ahli politik yang begitu rakus dengan apa cara sekalipun berusaha untuk menjadi PM selain Anwar Ibrahim. Langkah Kajang adalah usaha Anwar Ibrahim mengambil alih kepimpinan Selangor dari Khalid Ibrahim yang dikatakan sebagai batu loncatan untuk ke Putrajaya. Setelah strategi tidak menjadi maka Wan Azizah dijadikan calon untuk mengantikan Khalid Ibrahim. Slogan anti nepotism ditelan begitu sahaja dengan berbagai hujah dangkal yang hanya diterima oleh pengikut setia Pakatan tetapi tidak rakyat biasa.
Bagi aku pemikiran Anwar sudah terlalu bercelaru apabila dengan hati batunya ingin mengantikan Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah. Hanya ahli-ahli politik PKR dan DAP yang cucuk hidung atau ada kepentingan perjuangan sahaja menyokong pencalonaan Wan Azizah. Selangor adalah sebuah negeri yang besar dan kaya raya yang pasti bukan sahaja Sultan malah semua rakyatnya tidak mahu dipimpin oleh orang luar. Selangor ada terlalu ramai pemimpin lelaki yang berkalibar untuk dilantik bagi mengantikan Khalid Ibrahim sekiranya perlu tetapi Anwar mencari jalan susah dengan menyusahkan Sultan dan rakyat Selangor dengan keputusan yang tidak masuk akal tersebut.
KLIK UNTUK TEMPAHAN BILIK HOTEL SEHINGGA 60% DISKAUN
Itulah kehidupan apabila PAS mempertahankan prinsip politik berdasarkan Islam dilihat sebagai jahat hanya untuk memuaskan nafsu manusia bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim tidak akan duduk diam walaupun Azmin Ali telah dilantik menjadi Menteri Besar baru Selangor kerana cita-cita yang diidamkan terhalang. PAS pasti akan menjadi mangsa politik Anwar kerana menentang Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor. Manusia berhati batu ini akan buat segalanya walau apa sahaja tergadai demi cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mereka yang menghalang akan dicatas dengan kejam.
Masa akan menentukan dan menghukum kegelojohan politik Anwar Ibrahim dan rakyat akan menjadi saksi. Cuma jangan sampai kita semua terjual dengan slogan-slogan indah hanya kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.
796 Comments
semoga pentadbiran menteri besar yang baru ini membuatkan negeri selangor lebih maju.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee
sehingga sekarang masih tidak nama kerjaya beliau.. kalau khalid tu macam macam kita bole nampak. mungkin masih belum masanya
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kejutan Buat Heliza Helmi
semoga yang terbaik untuk negeri dan penduduk apapun yang terjadi semua untuk kemakmuran rakyat
Curahan rasa risalah @ ..MEMBACA TA’AWWUDZ
Comments are closed.