Ayub Rasban Jurulatih Memandu Tingkatkan Pendapatan 33% dengan Program eUsahawan

Spread the love

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

pelbagai kerjaya tidak kira kecil atau besar kini mencari peluang dan ruang untuk melebarkan sayapnya.

Kejayaan demi kejayaan telah dilahirkan dari program eUsahawan yang menunjukkan minat ramai orang dan membuka minda mengenai perniagaan atas talian. Karnival #YouCanDuit Sabah menjadi saksi di mana peserta eUsahawan disertai lebih 300 orang pada dua hari karnival tersebut.

Ada yang datang berjam-jam dari kampung halaman ke Sabah Trade Centre demi menimba ilmu di eUsahawan ini.

eusahawan-sabah

Impian Menjadi Jurulatih Pemandu

En Ayub Rasban yang berumur 45 tahun dan ke anak 4 dari 14 orang adik beradik. Beliau memulakan perniagaan ini pada 2013 ketika melihat kawan beliau berjaya sebagai pelatih memandu ini. Impiannya untuk menjadikan perkhidmatan  sebagai jurulatih pemandu sebagai perniagaan sepenuh masanya.

Selepas itu beliau mula mengambil lesen sebagai pelatih di JPJ dengan bayaran RM2,000 dan terus layak memulakan perkhidmatan pelatih ini.

ayob-juralatih-memandu-kota-kinabalu

Perubahan ketara selepas sertai eUsahawan

Sebelum ini, Encik Ayub hanya menggunakan cara luar talian iaitu hebahan secara mulut ke mulut dan risalah. Pelanggan yang ada hanya dua hingga lima orang sahaja sebulan.

Namun setelah menyertai program eUsahawan di Kota Kinabalu, pelanggan yang hadir ke kelas memandu beliau menjadi 15 hingga 20 orang sebulan. Ternyata tunjuk ajar dari jurulatih berpengalaman memang membuahkan hasil. Encik Ayub menggunakan segala kemahiran yang dipelajari untuk mempromosikan secara atas talian.

youcanduit-eusahawan-sabah-trade-centre

Ternyata dan sudah terbukti bahawa program eUsahawan ini amat membantu usahawan tidak kira usia, bangsa, agama dan fahaman politik. Mereka yang ingin berjaya dalam meningkatkan hasil bisnis sudah pasti mencari platform yang sebaiknya.

Ianya terbuka kepada semua usahawan mikro di Malaysia terutamanya kepada usahawan yang sudah mempunyai produk yang berpotensi untuk dipasarkan.

#YouCanDuit pasti menjadi pilihan dan segeralah daftar di di laman Facebook eUsahawanMY. Daftar sekarang melalui weblink bit.ly/eUsahawanweb untuk untuk menjana pendapatan secara online!


Spread the love

38 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!