Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pertengahan bulan Oktober aku mendapat panggilan telefon dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro katanya bil astro tertunggak. Aku tanya balik betul ke sebab aku baru je bayar bil tersebut beberapa hari lepas dan aku tegaskan yang aku yakin aku dah bayar bil tersebut. Perbualan tersebut tamat begitu sahaja dan aku terlalu sibuk nak memeriksa bil terkini.
Pada 27/10/13 sekembalinya aku dari Johor menziarahi anak-anak di asrama siaran Astro aku telah dipotong nasib baiklah masa itu tidak ada perlawanan Arsenal. Setelah aku periksa bil rupanya aku telah membuat kesilapan dengan membayar ke akaun Astro lama yang telah dipotong beberapa bulan yang lepas.
Awal pagi 28/10/13 aku telah membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro di talian 1300-82-3838. Aku menerangkan masalah tersalah bayar ke akaun Astro lama dan minta dipindahkan ke akaun Astro yang baru. Seorang wanita menjawab dan berjanji akan membantu menyelesaikan masalah dengan memindahkan jumlah yang ada di akaun lama ke akaun baru. Wanita tersebut juga berjanji akan mengaktifkan akaun Astro dalam tempoh tiga jam tetapi tidak ditepati sehingga aku terpaksa menelefon sekali selepas 12 jam.
Klik Untuk Panduan Membeli Tiket AirAsia Secara Online
Pada 2/11/13 ketika dalam perjalanan ke KLIA aku menerima panggilan dari pusat perkhidmatan pelanggan Astro menyatakan bil aku tertunggak dan aku jelaskan yang aku dan berurusan dengan pihak Astro tentang masalah ini. Aku syak wanita yang berurusan pada 28/10/13 tak buat kerja. Pada 4/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat.
Pada 5/11/13 aku membuat panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan Astro dan bercakap dengan seorang lelaki. Kali ini aku catatkan nama pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut untuk rujukan. Beliau memohon maaf kerana rakan pertamanya tidak mengambil tindakan ke atas masalah yang telah dirujuk. Beliau berjanji untuk menyelesaikan masalah. Kesungguhannya ternampak apabila beliau menelefon sekali lagi dan memastikan akaun Astro diaktifkan serta merta.
Pada 13/11/13 sekali lagi akaun Astro aku disekat dan aku syak memang masalah yang sama. Adakah mamat ke dua ini pun tak buat kerja?
Untuk kali ke tiga aku call Astro untuk isu yang sama kali ni aku call tepat pada jam 8.05 am, 13/11/13. Soalan pertama aku apabila dapat berkomunikasi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan Astro yang baik budi pekerti ialah “kenapa akaun Astro aku disekat?” dan jawabannya pun sama kerana ada tunggakan. Sekali kali aku jelaskan tapi kali ni aku speeking London supaya mereka lebih faham. Mamat tu kata mengikut rekod memang betul aku ada buat laporan dua kali iaitu pada 28/10 dan 5/11 tetapi malangnya kedua-dua laporan itu tidak diambil tindakan. Maknanya awek pertama dan mamat kedua tak buat kerja jadi apa yang diaorang buat … makan popcorn ke??
Mamat ke tiga yang juga aku catatkan namanya nampak lebih beretika dengan terus membuat laporan dan memberi aku nombor laporan yang dibuat. Dia berjanji akan mengaktifkan akaun Astro serta merta tetapi ketika entri ini di publish pada jam 2.10 pm akaun Astro masih disekat. Boleh percaya ke mamat ke tiga ini atau dia marah sebab aku cakap kali ini aku akan terus kat blog dan kongsikan di Facebook kalau masalah tak selesai.
Jadi ke mana lagi aku nak mengadu kalau Pusat Perkhidmatan Pelanggan Astro pun tak dapat membantu walaupun isu yang sama sudah tiga kali dilaporkan. Untuk makluman jumlah yang aku bayar tersebut melebihi daripada jumlah tunggakan sebenar. Jadi kalau anda kenal kepada CEO Astro Dato’ Rohana Rohzan tolong fowardkan link entri ini. Adakah ini boleh dikatakan sebagai penipuan oleh pegawai perkhidmatan pelanggan Astro??
Astro ini banyak juga jasa kepada aku terutama Astro Awani yang sudah beberapa kali menyiarkan temu bual perkongsian ilmu perniagaan online. Pasti teringat Hilal Azmi yang selalu jemput untuk program Bisnis Altenatif, Nisa Kasnon yang buat cover seminar hartanah dan Haji Nazri yang pernah bersama di Mekah. Blog Denaihati juga telah beberapa kali menulis advertorial untuk program-program Astro seperti artikel di bawah.
Tapi, yang tak betul mesti juga ditegur supaya boleh memberi perkhidmatan lebih baik. Kali ini aku tak akan call Astro nak tengok berapa lama diorang akan sambung siaran Astro yang disekat. Bukan sekali sudah tiga kali buat laporan yang sama. Adakah aku yang bersalah?
Anda ada pengalaman buruk dengan Astro? Jom kongsikan mana tahu Dato’ Rohana sudi nak baca entri ini bolehlah beliau ambil tindakan kepada staff yang tak bertanggungjawab tersebut.
Berita terkini :
- Tepat jam 9.14 pm, 13/11/13 Cik Anita dari Pusat perkhidmatan pelanggan, Astro menefon aku memaklumkan pihak Astro telah mengambil tindakan dan sedang menguruskan masalah yg berlaku. Dalam 48 jam beliau janji untuk menefon kembali untuk confirmkan duit dari akaun lama sudah dipindah ke akaun baru.
- 9.17 pm @astroonline telah membalas tweet memohon maaf di atas kesulitan dan memaklumkan telah mengajukan masalah ke bahagian berkenaan.
- 2.15 pm, 14/11/13 wakil daripada marketing telefon memohon maaf di atas maslah yang berlalu. Beliau berjanji untuk memasti masalah ini selesai segera.
- 5.00 pm 14/11/13 Cik Anita sekali menelefon memaklumkan duit terlebih bayar di akaun lama telah dipindahkan ke akaun baru. Beliau meminta aku merujuk pada bil terbaru yang akan keluar pada 16/11/13.
Terima kasih kepada Hilal Azmi, Noor Razman, DayDeck86, Pn Norlida, Cik Anita dan Azaria Loh kerana sudi membantu menyelesaikan masalah yang berlaku semuga ianya menjadi pengajaran kepada semua.
176 Comments
kan best kalau astro bagi banyak lagi channel untuk pelanggan yang bayar basic je setiap bulan..hihihi..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
wawa satu family dah berbincang nak terminated astro sebab ada terbaca news pasal astro turut menyumbang kepada zionis. Allahu’alam.
wawa dapat sumber disini http://www.trendmalaya.com/2014/07/astro-menyumbang-kepada-israel-zionis.html
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
astro ni kalau bayar lepas due date sampai rm20 dicaj nya..berbaloikah dengan denda macam tu..dahlah kaya dengan langganan bulanan…denda lambat bayar pun nak untung besar ke
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
rasanya tauke astro ni dah kaya. kalau bayar sikit kena caj lebih. rasa tak berbaloi langgan astro.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Tuan Dh bertuah kerana status seorang personaliti yg dikenali, bila dah sampai kluar kat blog, fb, twitter….ianya mendapat reaksi dr sahabat dan orang2 kanan Astro… Tapi kalau kejadian serupa berlaku kat kami, teramat pasti…merintih, menyalak pun Astro buat tak tahu…
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Proton Iriz Baru (PCC) – Variant, Harga Dan Spesifikasi
betul tu. ni lah bezanya kita orang biasa dengan orang luar biasa. mereka macam memilih pun ada.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
PG salah seorang pelanggan astro. Memang sebelum ni 2, 3 kali astro buat perangai. Sampai nak maigrain kenapa mereka-mereka ni macam tak buat kerja sahaja. Kita sebagai pelanggan memanglah nak yang the best, sebab kita bayar untuk mendapatkannya kan. Jadi, pendapat PG, benda-benda macam ni, kalau boleh, jangan lagi berulang. Astro satu brand yang gah. Mesti ada profesionalisme untuk ini.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!
secara jujurnya saya dan keluarga terpaksa tamatkan perkhidmatan astro ni,tapi mmg ada juga dgr ramai xberpuas hati kan,.Wallahualam,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Biskut Galleta Terlaris Di Pasaran
Terpaksa? ya rasanya kita sependapat disini. Memandangkan juga, program yang sama berulang kali disiarkan. Nampak sangat tiada perubahan jika itu sahaja program yang ada, sedangkan kita bayar untuk mendapatkan lebih dari program yang ada. huhu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!
betul tu. asyik ulang tayang cerita sama je. kalu sehari tu ada la 2 3 4 kali ulang tayang. kalau tutup tv, bil dia mengalir juga. sebab tu la kat kampung wawa ni panggil makcik makcik yang suka cakap berulang ni astro. hihihi
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
tapi kadang-kadang kita terpaksa langgan astro pasal coverage untuk siaran tv tak berbayar tak clear di kawasan pendalaman..kan best syarikat tv tak berbayar ni tingkatkan kualiti siarannya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Hari tu ada perkerja astro telefon, suruh aku tukar kepada byond, sempat ugut aku nak putuskan astro aku jika tak tukar kepada byond. Aku jawab selamba je, nak putuskan astro aku silakan, aku bukan beguna sangat dgn astro he..he..he..sampai skrg ok je…
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Boleh pula main ugut-ugut bagai. Kenapa boleh jadi macam tu? Bukan sepatutnya mereka kena cakap dengan elok ke pada pelanggan setia mereka. Kalau macam ni punya perangai, memang yakin sungguh la kot astro tak akan duduk kekal lama. Nasib je la nak langgan sebab ada akademi fantasia, channel bola bagai. Kalau tak, tak tahu la.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!
tak aci betul main ugut-ugut macam tu. mana boleh nak paksa customers. ni kalau sikap diaorang tak berubah, memang jatuh mendadak ekonomi astro.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
Kes tersalah bayar ni, kalau tak kuat nak lawan mmg akan di biarkan cam tu je. Sebab mereka nak kita astro yg aktif. Tapi mereka tersalah orang ha…kene dengan DH, kadang2 mereka ni patut ditegur juga.
Betul tu wira merah. Memang tersalah orang mereka ni. Kalau PG la DH, memang PG da duduk terpacak depan astro tu. Bukan tak bayar, kita bayar apa. Lebih bayar lagi dari apa yang sepatutnya. Heeee. Kita pula yang marah tau 😀
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Blog Melampau di Malaysia!
Astro memang selalu macam ni kot. Banyak jugak dengar berita negatif orang komen pasal perkhidmatan Astro ini.
Rasanya kot. Lagi satu, tak de perubahan ke kalau cuaca hujan saja, mesti astro akan mengalami gangguan siaran. Kalau hujan tak berhenti-henti, macam mana kita sebagai pengguna ni nak menonton. huhu.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Tempahan Untuk Ibadah Korban dan Aqiqah
jangankan hujan, kalau angin kuat sikit pun dah tak boleh nak tengok. spoil mood je kalau masa tu tengah tengok cerita best. rsanya, dari mula mula pakai dulu sampai sekarang, masalah ni tak selesai lagi.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..PRELOVED GIVEAWAY
astro ni banyak cerita yang negatif dari positif…berita positif kalau astro turunkan kadar bil secara mendadak..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Setakat ini tidak ada masalah dengan astro dengan Tm pun juga macam tu walaupun ada masalah. Tapi kalau berhubung masalah akan segera ambil tindakan. Mungkin itu pekerja baru kot tu yang tak ambil tindakkan sebab tak pandai.
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
Betul juga tu adarain. Mungkin ada sesetengah pekerja yang suka ambil lewa benda-benda macam ni kan. Suka tangguhkan kerja. Tapi mereka tidak fikir kesan sebenarnya apabila perkara ini berlaku. Tidak mengapa, untuk kali pertama. Tapi, sekiranya berulang, mungkin pihak astro kena ambil tahu pengurusan staff mereka.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
geram dengan astro tapi kita dah takde pilihan lain. astro je yang ada banyak channel
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Astro ada bagi pilihan, tak nak bayar bulanan kita boleh beli njoi. Tapi siaran terhad kpg rancangan yg kurang popular. Tapi aku rasa bebaloi untuk mereka yg tiada masa nak menonton astro sangat..
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
dari segi positif, Astro ada juga banyak kelebihan dan kehebatan.
Bisnes Awani lah yang banyak memaparkan geng-geng yang buat duit online atau berbisnes di internet.
Sekurang-kurangnya laporan ini menjadi teguran berguna kepada Astro dalam bab kualiti perkhidmatan.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
Astro ni kalau lambat bayar, laju je mintak hutang. Tapi dalam bab penyediaan servis, yang tak boleh tahan adalah siaran yang sama diulang siar terlalu kerap.
Sebahagian orang nak langgan Astro, sebab nak siaran yang jelas dan terang. Itu sahaja.
kalau guna areal biasa, sakit mata juga menengoknya.
Curahan rasa Majalah Jualan @ ..Kenapa Pelanggan Tidak Mahu Beli Produk Anda?
tak sangka bro pun ada masalah dengan Astro…bukan kita nak marah melulu..jika perkhidmatan teruk kita ada hak untuk tegur..sebab kita bayar perkhidmatan tersebut..aku dah lama berputus asa dengan Astro ni..sudah tukar kepada Astro Njoi je…lagipun aku tak banyak masa untuk menonton tv..sekadar melayan berita dan sedikit propaganda sudah memadai..hehehe
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Buat Kajian Dahulu Sebelum Menulis Blog
Ini yg terbaik bro. Aku pun ari tu nak tukar njoi. Tapi kesian pula tengok anak yg dah biasa dengan saluran yg mereka minat…
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan astro. Untuk makluman harini(17/9/2014-rabu) ialah hari ke lapan sejak saya membuat laporan tentang masalah tidak mendapat siaran astro tapi masih belum diperbaiki. Dari hari pertama(10/9/2014-rabu) saya diberitahu bahawa astro akan menghubungi/ menghantar pihak teknikal untuk selesai masalah.dalam masa 48 jam(konon itu standard astro). Akan tetapi hanya selepas 72 jam iaitu hari ke empat baru saya mendapat call dari pihak teknikal, itupun hanya untuk buat appointment baru sedangkan saya dah bagitau kepada customer service dari hari pertama tolong settle dalam 3 hari sebab saya kena pergi outstation hari keempat dan saya tak nak dijadikan alasan nanti saya tiada di rumah, tapi seperti tak diendahkan mereka sengaja lambat untuk feedback. Dah tu terpaksa lah saya cakap mungkin hari Khamis baru saya ada tapi tak confirm mungkin awal. Diorang cakap kalau ada apa2 perubahan call balik,
. Oleh kerana kerja saya siap awal hari selasa, saya call balik suruh datang hari rabu tapi diorang cakap semua pihak teknikal diorang sibuk dari pagi sampai malam,itu yang buat saya naik angin, takkan dalam Selangor ada 2-3 orang technician aje?Diorang salahkan saya buat appointment lambat, sedangkan sepatutnya diorang dah kena selesaikan dalam masa 72 jam selepas saya buat report minggu lepas. Saya takkan nak tunggu astro datang hari2 24jam. Kitorang pun ada kerja nak di buat takkan nak mintak cuti lagi. Saya minta sesiapa yang berkuasa dari pihak astro tolong ambil tindakan untuk perbaiki masalah ni. Itu belum tahu mcmana dengan bil?
Comments are closed.