Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
selaku penyiar utama KL2017, Astro Arena berganding bahu dengan penyiar dari negara-negara yang turut terlibat sama di dalam Sukan SEA kali ini untuk menghasilkan liputan secara langsung kesemua 28 buah sukan yang dipertandingkan di dalam KL2017.
Seramai 538 orang gabungan tenaga kerja, termasuk penyiar dari negara serantau bekerja untuk produksi penyiaran KL2017 yang menghasilkan liputan secara langsung selama 16 jam sehari.
Astro Arena bekerjasama dengan Olympic Council of Malaysia (OCM) untuk menubuhkan jawatankuasa siaran (broadcast committee) yang terdiri daripada penyiar-penyiar dari negara peserta.
Menjadi peneraju utama KL2017, Astro Arena ditugaskan untuk menyelaraskan dengan penyiar dari negara terlibat untuk menghasilkan siaran sukan yang berbeza.
Astro Arena yang juga mengetuai perkhidmatan produksi multilateral dan IBC untuk Penyiaran Tuan Rumah, telah melancarkan International Partner (IGBS) untuk membekalkan teknologi IBC dan sokongan kejuruteraan kepada penyiar dalam IBC dan ia semua berpusat di MITEC.
Astro Arena menggunakan teknik produksi bertaraf dunia dan peralatan istimewa untuk KL2017, antaranya Horizontal Robotic TrackCams dan Four Point Cable Camera.
Dua buah Horizontal Robotic TrackCams digunakan, iaitu di sukan akuatik dan di sukan olahraga. Fungsi kamera ini adalah untuk menjejaki para atlet di kolam renang dan trek.
Manakala buat pertama kalinya bagi siaran Sukan SEA, Four Point Cable Camera digunakan.
Ia memberikan pandangan mata burung di atas padang permainan.
Sistem ini pada asasnya adalah ‘kamera terbang’ yang dikendalikan oleh sistem winc kawalan komputer yang beroperasi di empat penjuru stadium.
Hasil seluruh kepakaran, tenaga dan usaha inilah yang membolehkan Astro membekalkan siaran secara langsung dan menyeluruh mengenai KL2017 untuk semua rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan Sukan SEA KL2017 di saluran-saluran berikut:
- Astro TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- NJOI TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- Astro GO / NJOI Now – 8 saluran untuk KL2017 secara percuma
- Portal Digital
- Stadium Astro
- Astro Gempak / Astro Ulagam / Xuan / Rojak Daily
- TIFO Arena
42 Comments
terima kasih udah di share program yang bergengsi di asia , thank i like
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
dulu astro pernah ada di indonesia entah kenapa jaringan penjualannya jadi hilang padahal suka nonton acra malaysia sayanya
Curahan rasa jalan jalan @ ..Resep Burger Ayam Keju
Astro arena memang best menyiarkan liputan sukan sea KL 2017. Banyak acara pertandingan boleh ditonton
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Asid Lemak Omega 6 Hasilkan Hormon Prostaglandin untuk Tingkatkan Sistem Imun
▶️ Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari?
▶️ Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG DI Jom Dating Malaysia atau http://www.jomdating.my secara PERCUMA dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh.
rindu pulak dengan suka sea.. saya tak beri perhatian sangat sewaktu berlangsungnya game ni dulu.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Webe Tukar kepada Unifi
Terima Kasih Astro ARENA.. lepasni harap dapat continue lagi buat live pasal sukan lagi 🙂
Curahan rasa Produk Jenama Sendiri @ ..Hello world!
Di Malaysia, Astro sudah mula menguasai tayangan tv berbayar, monopoli dalam sukan bola sepak inggeris amat menguntungkan pelabur saham Astro.
Curahan rasa Ikhwan @ ..7 Tips Penting Beli Kapal Layar Mewah
betul sejak ada astro, sukan lebih terarah pd channel 801. sebab channel tempatan lain tak cukup masa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Very happy to say your travel blog is very interesting to read. I never stop myself from saying something about it. You’re doing a great job. Keep it up.
Curahan rasa StephanieRMontgomery @ ..Hello world!
Comments are closed.