Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
selaku penyiar utama KL2017, Astro Arena berganding bahu dengan penyiar dari negara-negara yang turut terlibat sama di dalam Sukan SEA kali ini untuk menghasilkan liputan secara langsung kesemua 28 buah sukan yang dipertandingkan di dalam KL2017.
Seramai 538 orang gabungan tenaga kerja, termasuk penyiar dari negara serantau bekerja untuk produksi penyiaran KL2017 yang menghasilkan liputan secara langsung selama 16 jam sehari.
Astro Arena bekerjasama dengan Olympic Council of Malaysia (OCM) untuk menubuhkan jawatankuasa siaran (broadcast committee) yang terdiri daripada penyiar-penyiar dari negara peserta.
Menjadi peneraju utama KL2017, Astro Arena ditugaskan untuk menyelaraskan dengan penyiar dari negara terlibat untuk menghasilkan siaran sukan yang berbeza.
Astro Arena yang juga mengetuai perkhidmatan produksi multilateral dan IBC untuk Penyiaran Tuan Rumah, telah melancarkan International Partner (IGBS) untuk membekalkan teknologi IBC dan sokongan kejuruteraan kepada penyiar dalam IBC dan ia semua berpusat di MITEC.
Astro Arena menggunakan teknik produksi bertaraf dunia dan peralatan istimewa untuk KL2017, antaranya Horizontal Robotic TrackCams dan Four Point Cable Camera.
Dua buah Horizontal Robotic TrackCams digunakan, iaitu di sukan akuatik dan di sukan olahraga. Fungsi kamera ini adalah untuk menjejaki para atlet di kolam renang dan trek.
Manakala buat pertama kalinya bagi siaran Sukan SEA, Four Point Cable Camera digunakan.
Ia memberikan pandangan mata burung di atas padang permainan.
Sistem ini pada asasnya adalah ‘kamera terbang’ yang dikendalikan oleh sistem winc kawalan komputer yang beroperasi di empat penjuru stadium.
Hasil seluruh kepakaran, tenaga dan usaha inilah yang membolehkan Astro membekalkan siaran secara langsung dan menyeluruh mengenai KL2017 untuk semua rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia boleh mengikuti perkembangan Sukan SEA KL2017 di saluran-saluran berikut:
- Astro TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- NJOI TV
- Saluran SD ch798 – ch801 atau
- Saluran HD ch802 – ch805
- Astro GO / NJOI Now – 8 saluran untuk KL2017 secara percuma
- Portal Digital
- Stadium Astro
- Astro Gempak / Astro Ulagam / Xuan / Rojak Daily
- TIFO Arena
42 Comments
semoga menjadi saluran Televisi yang modern dan memberikan siaran yang berkualitas,,,
Curahan rasa ade sunandar @ ..7 Tanda Gejala Stroke, tanda dan pengobatan
kerja di bahagian penyiaran bukan mudah..
cabarannya juga berganda…
ada passion …boleh handle la tu
macam orang yang kerja di Astro
Curahan rasa mrhanafi @ ..TEDxKenyalang 2017 Kembali Dengan Tema Be The Best
saya pernah masuk bidang ni dulu. walaupun bukan penyiaran, tetap penat. mcm takde life. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Memang terbaik Siaran Langsung yang disiarkan oleh Astro Arena untuk KL2017. Tengok dari kaca TV terasa kelainan dari segi kualiti gambar keluar. Terbaek Astro Arena
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..[NiagaFb] Panduan pemasaran Facebook yang anda wajib miliki
betul. kalau nak dibandingkan dengan saluran lain, astro adalah yg terbaik sebab lengkap
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Dapat berganding bahu dengan penyiar-penyiar dari negara ASEAN yang lain merupakan pengalaman yang sangat berharga untuk tem ASTRO ARENA. Perkembangan Sukan SEA ke-29 sentiasa dinantikan seluruh rakyat Malaysia.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Kenali Pengasas Al-Manna Ameer
Setiap kali sukan sea. Kecoh semua cakap pasal astro arena. Tapi betul. Dia bagi yg terbaik punyaa .
Curahan rasa Ainun Kalisah @ ..Pemakanan Untuk Wanita Menopaus Bantu Tampil Sihat Dan Aktif
laporan dari astro arena sanga lengkap dan menyeluruh. mesti ramai yg melanggan gara2 sukan sea
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Titian Cinta di Tv3
Mama dah lama tak tengok astro
apa lagi astro sukan macam ni
Sibuk nak tengok tv
Curahan rasa Mama Hakim @ ..Buru Bacaan normal kencing manis semasa mengandung dengan 7 Makanan ini!
Wah.. sy nyasar ke blog malaysia. Ok. Salam sahabat blogger.
TQ Astro Arena…sepanjang sukan SEA memang buka chanel astro arena saja..mudah dapat info terkini
Curahan rasa isma @ ..Sijil Halal Shaklee
seronok juga dapat bekerjasama masa Sea Games aritu dengan team live broadcast dari Astro..mmg semuanya sangat profesional
Curahan rasa reezluv @ ..Pengalaman Berkhidmat Di Sukan Sea Kuala Lumpur 2017
Memang Astro arena membawa liputan yang menyeluruh untuk Sukan Sea ke 29 edisi Kuala Lumpur, cuma kadang kala terlalu banyak bercakap dan siaran berulang-ulang.
Masih boleh diperbaiki pada masa akan datang.
Curahan rasa HIDAYAH AZMAN @ ..TESTIMONI KECUTKAN CYST TANPA PEMBEDAHAN. BAGAIMANA IBU INI LAKUKAN?
Tahniah Malaysia berjaya merangkul emeas melebihi sasaran pada kali ini. hadiah kemerdekaan yang cukup bermakna
Curahan rasa MOHDHAFiZ.TK @ ..Blog dan Google AdSense USA
bayangkan berapa ramai yang terlibat dlm penyiaran berita sukan SEA ni… ramai sungguh
Curahan rasa abgmus @ ..Inilah Sebab Kenapa ANDA PERLU Menyertai Bit Club Network
Cuma kualiti penyiaran Astro agak mengecewakan, bila hujan turun gambar terus hilang dari skrin.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Buat Duit Dengan Niche Sulit
memang layan ASTRO Arena sebab pengulas lebih berpengalaman dari siaran tv lain..
walaupun kadangkala ada sikit melebih
Curahan rasa zool @ ..Sejarah 2001 Berulang : Gol Sendiri Penjaga Gol Ranapkan Emas Negara
tak dinafikan, astro arena memang terbaik.. ada je info dan berita terkini yang mereka bawakan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Antara yang Menarik di Traveloka Sempena Sukan Sea 2017
Comments are closed.