Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Selama tiga hari team Denaihati berkampung di Sunway Pyramid Convention Centre untuk mengikuti Asia Internet Congress. Beberapa bulan lepas ternampak iklan Asia Internet Congress di wall Facebook dengan yuran kemasukan percuma. Peluang tambah ilmu memang tak dilepaskan terus je mendaftar untuk perancangan go next level 2014.
Setelah tiga hari berkampung di Sunway Convention Centre memang tak menyesal beli tiket VIP terpacak kat depan pentas kerana mengisiannya memang mencetus motivasi untuk perancangan 2014 dengan berbagai cara mesin buat duit secara online. Asia Internet Congress (AIC) bukan kali pertama tetapi sudah berkali-kali yang dianjurkan setiap tahun dan sudah terlalu banyak testimoni kejayaan.
Semasa seminar buat duit dengan blog awal tahun 2013 kita telah didedahkan dengan gandakan duit secara online dengan iklan di blog dan sistem affiliate. Sebenarnya menjual ruang iklan di blog tidak boleh menjadikan kita jutawan internet terutama apabila persaingan semakin hebat sehingga ada diantara rakan blogger yang terlebih bersaing menyebabkan bermasam muka. Tidak ada seorang pun penceramah yang naik pentas di AIC2013 berkongsi tips jadi jutawan internet dengan iklan di blog.
Daripada perkongsian penceramah yang diketuai Fabian Lim jutawan internet dan rakan-rakan telah terbukti menjadi jutawan internet ada berbagai cara. Paling penting untuk kita menjadi jutawan internet secara senyap mesti dengan bekerjasama satu sama lain bukan berperang dalam satu komuniti yang kecik. Konsep kerjasama yang mereka tunjukan sangat menguja dan memang terbukti dengan jelas daripada teori yang selama ini aku kongsikan.
[box type=”shadow”]Orang Cina berjaya bukan kerana duit walaupun memang mereka ada duit, mereka berjaya bukan juga kerana ilmu walaupun memang ada banyak ilmu bisnis TETAPI mereka berjaya kerana bekerjasama dalam network.[/box]
Anda nak tahu bagaimana nak jadi jutawan internet??
Kepada yang follow instagram Denaihati pasti ada sedikit perkongsian tips untuk berjaya menjadi usahawan internet. Tak pun baca sedikit rahsia yang dibongkar untuk menjadi jutawan internet di blog Eizil dan blog Abangensem. Singgahlah.
Perhatikan iklan di Facebook untuk Asia Internet Congress 2014 . Korbankan masa dan melabur sedikit duit untuk menimba ilmu dari mereka yang sudah berjaya. Mana ada jalan ilmu nak free tapi nak jadi jutawan. Masalahnya kita selalu sangat mengharap bantuan orang lain terutama Kerajaan tetapi kita sendiri tak bantu diri kita sendiri tetapi bagi berbagai alasan untuk kegagalan diri sendiri .. sampai bila???
(Nota : Kelas junior dan Master buat blog terakhir akan diadakan bulan November dan Disember … selepas itu kami akan berehat daripada mengajar kerana ingin fokus dengan strategi menjadi jutawan internet yang kami telah pelajari semasa AIC2013 … dah ada ilmu tak diamalkan tak gunakan!!)
No related posts.
92 Comments
bagusnya orang cina, tak pernah kedekut ilmu nak berkongsi. kalau melayu ni, bila ditanya mesti taknak bagitau, Contoh macam masa belajar dekat uitm dulu jenis semua nak belajar. awak ni tak lah pandai. Bila tanya camne nak buat ni? mesti cakap ” jap2. ” padahal dia nak siapkan dia punya dulu. sama2 nak belaja3, tapi xnak sama susah. nak dia kedepan dulu baru dia akan tolong orang yang lambat., tu lah melayu,. Bukan nak rendahkan bangsa sendiri. tapi hasad dengki dalam jiwa tu payah nak buang,
Curahan rasa KANVASDAKWAT @ ..WARNA
Ada pelbagai cara untuk menjadi kaya dan jutawan semuanya terpulang kepada usaha kita untuk menggali lubuk kekayaan. Setiap usaha pasti ada hasilnya. 😀
Curahan rasa adarain @ ..Review Movie The Maze Runner
siapa lah yang tak mahu jadi jutawan rasanya semua orang nak jadi jutawan … seminar macam nieh memang tak seharusnya di lepaskan begitu saja kena rebut sebab bukan selalu ada
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
Assalamualaikum. Irfan Khairi pun salah seorang jutawan internet. Masa belajar dulu nik pernah drngar talk dia di Unisza. Memang banyak cara untuk berjaya dalam bidang perniagaan internet. Tapi kena ada ilmu la kan. Kalau betul-betul nak berjaya, kena bersungguh. Bukan hanya menunggu.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Kelab Blogger Ben Ashaari: Selangkah ke Depan
Alangkah bahagianya kalau menjadi jutawan hanya dengan berblog. Duduk menghadap komputer tapi duit masyuk..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf
Haa.. yang ni memang kea banyak berusaha dan bersusah payah dulu. Insyaallah kalau rajin Allah akan tolong.
Perniagaan online atau internet ni memerlukan kesabaran juga.
Banyak dah merasa keperitan.
Bukan senang juga nak berjaya dalam online marketing ni. Kena terus-menerus menuntu ilmu dari yang pakar.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
Betul tu. Bukannya mudah untuk mendapat keuntungan lumayan melalui blog. Banyak usaha perlu dilakukan. Kena banyak belajar kan..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Pemuda Cacah Tatu Kalimah Allah Pada Badan!
Pentingnya kerjasama dan take action untuk berjaya
Moga sukses mencapai Target jutawan Internet.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Kelas Blog Dan SEO Oleh Firdaus Azizi Training & Consultancy
betul tu. kalau pergi saja tapi tak take action, rugi jugak
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Take action tu maksudnya kenalah selalu menjenguk blog Denaihati. Banyak ilmu yang boleh dipelajari..
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?
Selain itu, diharapkan agar event sebegini dapat menyuntik semangat dan mencambah inspirasi dalam diri demi mencapai cita-cita menjadi tokoh jutawan maya. In sha Allah. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
ada juga cite-cite untuk menjadi jutawan alam maya. yang paling berangan nak menjadi antara jutawan alam maya islam yng berjaya
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Kalau ada masa dan kesempatan, mungkin blogger picisan macam saya boleh menyertai sebarang event dari blogger-blogger hebat kita suatu masa nanti..:)
Curahan rasa SentiasaPanas @ ..Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?
Saya tak pernah lagi join event sebegini tetapi saya yakin event sebegini merupakan salah satu inisiatif untuk memberi bimbingan dan perkongsian buat mereka yang bercita-cita menjadi jutawan internet.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
rasa ramai yang bercta-cite untuk menjadi jutawan maya tapi kena sedar, menjadi jutawan alam maya bukan perkara yang mudah
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Ilmu amat penting. Kalau nak jadi jutawan internet kena melabur untuk dapat ilmu. Terima kasih di atas perkongsian ini
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
Benar, tanpa ilmu, sia-sialah apa yang kita buat. Kerana ilmu dan usaha itu merupakan 2 elemen yang saling melengkapi untuk mencetuskan kejayaan.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
setuju jangan kedeut untuk keluarkan duit untuk mendapat kan ilmu seperti ini. dan yang penting jugak take action selepas menghadiri event seperti ini
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
ya sampai bila kita nak harapkan orang lain?
kalau nak berjaya, semuanya bergantung pada diri kita
terbaik Denaihati kerana sering pergi majlis Ilmu
kadang-kadang kite perlu bergantung kepada orang lain untuk mendapatkan ilmu da untuk memulakan langkah. tapi tidak lah sepenuhnye perlu bergantung kepada merka.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Betul apa yang diutarakan. Chinese lebih berjaya sebab network dan kerjasama dieorang Harap-harap Melayu pun mampu berdiri setanding dengan kaum Cina
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Keputusan FIFA World Cup 2014 Brazil Melawan Netherlands
Cabaran bagi orang melayu untuk berjaya adalah kerjasama @ network. Sebab itu bangsa cina lebih ramai yang berjaya.
Curahan rasa Faizal @ ..Guna Peluang Waktu Mustajab Doa
saya ras melayu mampu je nak capai apa yang dicapai oleh bangsa cina. cuma kena buang sifat mahu berjaya seorang diri tu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
Sikap malas perlu dikikis, barulah boleh Berjaya. 🙂
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
sikap malas dan sikap mahu diri sendiri saja yang berjaya. tu perlu dikikis.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Lawak Salah Faham Pasal Makanan
KURSUS YANG MENARIK NI
Curahan rasa brohantu @ ..Langkah Keselamatan Ketika Memancing
Terima kasih atas artikelnya, sangat bermanfaat.
Sahuri – Indonesia
terlepas pandang entri ni, teruja jugak bila baca dengan blog boleh jadi jutawan, saya perhatikan kesemua jutawan internet bukan melalui iklan2 yg ditampal kat blog mereka, tapi mereka memasarkan produk mereka melalui blog, bak kata orang bijak pandai, blog menjadi medium pemasaran…. paling tidak mereka memasarkan cerita2 menarik kehidupan sendiri.
bila ramai yg tertarik, banyaklah pelawat dan banyaklah tawaran…dari syarikat2 besar nak beiklan melalui tulisan advertorial…tu yg banyak masyuk tu…
Comments are closed.