Arsenal transfers in and out 2012/13

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sebagai peminat tegar Arsenal ramai yang minta feedback berita terkini Arsenal transfers in and out untuk musim 2012/13 terutama kisah Robin Van Persie dan Theo Walcott. Bekas pemain Arsenal, Adebayor dibeli pada harga 7 juta pound, di jual pada harga 25 juta pound dan sekarang nilainya 4 juta pound. Ramai pemain super star yang dicipta oleh Arsenal tidak dapat menempatkan diri sebagai pemain utama di kelab baru dan akhirnya nilai mereka menurun banyak.

Robin Van Persie telah membuat pengumuman untuk tidak menandatangani kontrak baru kerana tidak yakin akan memenangi piala jika terus bersama Arsenal. Bagi aku piala itu hanya alasan sahaja tetapi yang lebih dikejar adalah gaji yang tinggi. Kalau nak piala Arsenal lah tempat yang paling sesuai kerana sejak 2005 belum pernah menjulang sebarang piala. Malangnya pemain super star yang dilahirkan oleh Arsenal seperti Samir Nasri, Clichy, Febregas dan kini Van Persie meninggalkan Arsenal. Lihat bagaimana Barcelona boleh menang berbagai piala kerana pemain yang dilatih dari akademi bola sepak Barcelona masih bersama sehingga sekarang. Messi, Inesta, Xavi, Puyol dan lain-lain setia dan tidak terpengaruh dengan gaji yang mahal yang ditawarkan oleh Jutawan Arab.

Arsene Wenger telah dapat membaca pemainan Van Persie kerana itu beliau telah membeli Lukas Podolski dan Olivier Giroud sebagai penganti. Bagi aku biarkan Van Persie pergi kemana beliau nak pergi dengan harga yang sesuai kerana menyimpan pemain yang tidak mahu bermain akan merosakan kelab sebagaimana Arsenal cuba menyimpan Febregas suatu masa dahulu. Lagi pun prestasi Van Persie semenjak Januari 2012 kelihatan menurun hanya dapat menjaringkan beberapa goal sahaja.

Prestasi Theo Walcott pula tidak menentu sejak kebelakangan ini. Kehadiran Oxlade-Chamberlain dengan prestasi yang sangat baik sehingga terpilih sebagai pemain utama England pasti dapat mengisi kekosongan Theo Walcott seandainya beliau membuat keputusan untuk berhijrah ke kelab lain. Andrey Arshavin, Carlos Vela dan Nicklas Breadtner juga sedang mencari kelab yang sesuai untuk berhijrah keluar dari Arsenal. Begitulah apabila bermain dengan kelab profesional sentiasa mencari peluang yang lebih baik.

Selain Podolski dan Giroud, Arsene Wenger tweet aku katanya ada beberapa lagi super star semasa transfers window musim BPL 2012/13 bermula. Kita tunggukan siapakah mereka? Yang pasti bukan Super star seperti Messi atau Cristiano Ronaldo atau Rooney atau Balotelli atau David Silva seperti yang diingini oleh Van Persie sebagai syarat untuk kekal bersama Arsenal.

Pelawanan Arsenal vs Malaysia XI 2012 akan berlansung pada 24/7/12 di Stadium Nasional Bukit Jalil tapi sayang aku tak dapt nak pergi sebab ada perkara yang lebih penting untuk dilaksanakan pada malam tersebut. Kepada yang nak beli tiket Arsenal vs Malaysia XI online sila ke ticketPro.

Arsenal Transfers In

1/7/12 : Lukas Podolski (FC Cologne)

1/7/12 : Olivier Giroud (Montpeller)

7/8/12 : Santiago Cazorla Gonzalez (Malaga)

Arsenal Transfers Out

6/7/12 : Denilson (Sao Paulo) – Full Season Loan

17/7/12 : Carlos Vela (Real Sociedad)

18/8/12 : Robin Van Persie (Manchester United)

16/8/12 : Kyle Bartley (Swansea)

13/8/12 : Ryo Miyaichi (Wigan) Full Season Loan

30/7/12 : Almunia (Watford)

 

Comments