Arsenal Tour 2012 : Arsenal vs Manchester City

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pasti semua setuju kalau dikatakan perlawanan pertama Arsenal Tour 2012 menentang Malaysia XI sangat menghiburkan. Malaysia XI mendahului dengan jaringan cantik Azmi Muslim kemudian diikuti jaringan Eisfeld dan Aneke meranapkan harapan jutaan penyokong Harimau Malaya. Perlawanan persahabatan Arsenal vs Malaysia XI memang bermakna untuk persiapan Malaysia untuk mempertahankan gelaran juara Piala Suzuki AFF. Memang seronok betul bila menyaksikan Malaysia XI mendahului Arsenal dah terbayang-bayang kemenangan.

Arsenal meneruskkan Arsenal Tour 2012 dengan menentang Manchester City di Stadium Bird Nest Beijing pada 27/7/12 jam 8.00 pm. Perlawanan Arsenal vs Manchester City dianjurkan sempena perasmian Olimpik London 2012 di Stadium Bird Nest Beijing dimana berlansungnya Olimpik Beijing 2008.

Arsenal Tours 2012 : Bird’s Nest Stadium Beijing

Perlawanan Arsenal vs Manchester City sebelum ini sangat ditunggu oleh penyokong kedua-dua pasukan. Daripada 5 perlawanan terakhir Arsenal vs Manchester City, kedua-dua pasukan menang dua kali dan seri sekali. Perlawanan kedua-dua pasukan sentiasa sahaja panas sejak kebelakangan ini setelah beberapa pemainan utama Arsenal telah dicuri oleh Manchester City dengan umpanan gaji yang mahal. Terbaru mungkin Robin Van Persie juga akan berhijrah ke Manchester City.

Arsenal Beijing Tour 2012

Keputusan Arsenal vs Manchester City : 0 – 2

Boleh menonton live Arsenal vs Manchester City di Arsenal.com.

Live stream Arsenal vs Mancehster City boleh juga diikut di stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal.

Saksikan juga live Arsenal vs Manchester City di Astro Supersport 3.


Spread the love

106 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!