Arsenal pasukan belasahan

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sepatutnya Arsenal dah lama jadi juara tak perlu menunggu sehingga 16 tahun untuk menjulang piala. Kesilapan kerana polisi gaji yang rendah Arsenal kepada pemain telah menyebabkan superstar yang dilahirkan lari ke kelab yang boleh membayar gaji yang lebih mahal. Dunia bolasepak tahu kejayaan Arsene Wenger berjaya melahirkan ramai superstar yang kini membantu banyak kelab menjulang berbagai piala.

Kedegilan tuan punya kelab Arsenal tak nak membayar gaji yang tinggi kepada pemain telah memakan diri. Lihat sahaja kelab-kelab besar seperti Real Madrid dan Manchester United yang sanggup mengeluarkan bajet tinggi untuk mengekalkan pemain hebat mereka. Alhamdulillah sekarang Arsenal telah mengubah polisi tersebut dan ini sudah pasti akan dapat menutup mulut mereka yang suka mengutuk Arsenal seperti Melastik Bintang dan Abangensem. Selepas ini Arsenal bukan lagi pasukan belasahan seperti yang berlaku ketika menentang Manchester United musim lepas.

Keputusan Fenerbahce vs Arsenal

Tak sia-sia penyokong Arsenal bersengkang mata menunggu perlawanan play-off champions league 2013/14 menentang Fenerbahce apabila Gibbs, Ramsey dan Giroud berjaya merobek pintu gol. Berbekal tiga gol di tempat lawan pasti memberi laluan mudah untuk plaf-off kedua pada 28/8/13 di stadium emirates. Kejayaan Arsenal melayakan diri untuk Champions League kali ke 16 pasti satu rekod yang sukar ditandingi oleh kelab-kelab lain. Kemenangan kepada Fenerbahce juga bermakna bertambahnya duit dalam akaun bank Arsenal. Arsenal kalau bab-bab untung memang tak terlawan kelab lain.

Fulham vs Arsenal BPL 2013/14 Week #2

Kemenangan kepada Fenerbahce 3 – 0 pasti memberi suntikan semangat kepada Arsenal yang ramai musuh fikirkan bakal menjadi pasukan belasahan setelah tewas 1 – 3 di perlawanan pertama BPL 2013/14 kepada Aston Villa. Paling penting pemain Arsenal mesti mempunyai karakter sebagai pemenang untuk menang semua perlawanan. Superstar memang penting tetapi bermain dalam pasukan lebih penting untuk membina kejayaan dan menjulang trofi pertama dalam tempoh 15 tahun. Yang pasti Arsenal bukan pasukan belasahan.

Perlawanan kedua BPL 2013/14 menentang Fulham pasti akan menjadi titik perubahan untuk menjadi Arsenal sebenar yang mempunyai jiwa perkasa untuk menjadi juara dan menutup mulut bising musuh di sekeliling.

Fulham vs Arsenal

Live streaming Fulham vs Arsenal @ Goal

Video Fulham vs Arsenal :

 

Keputusan Fulham vs Arsenal : 1 – 3

Keputusan BPL 2013/14 Week #2

[box type=”shadow”]Chelsea vs Aston Villa : 2 – 1

Stoke City vs Crystale Palace : 2 – 1

Newcastle vs West Ham : 0 – 0

Southampton vs Sunderland : 0 – 1

Everton vs West Brom : 0 – 0

Hull City vs Norwich City : 1 – 0

Aston Villa vs Liverpool : 0 – 1

Cardiff City vs Machester City : 3 – 2

Tottenham vs Swansea : 1 – 0

Manchester United vs Chelsea : 0 – 0[/box]

Perlawanan Manchester United vs Chelsea pasti menjadi fokus utama minggu ini yang bakal memberi pertunjuk pasukan yang bakal menguasai carta BPL 2013/14. Tapi jangan pandang sebelah mata kepada kemampuan Arsenal.


Spread the love

33 Comments

  1. Pemain ternama dunia bermain bola bukan semata-mata minat, duit juga adalah sebabnya. Tentulah mereka akan cari kelab yang dapat menawarkan gaji yang lebih sementara kudrat mereka masih kuat. Inilah masa untuk bermain dan kumpul duit.
    Curahan rasa ahmayani @ ..Kenduri Tanpa Kendara.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!