Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, musim 2013/14 English Premier League akan membuka tirai pada 17/8/2013 dengan sepak mula pertama antara pasukan Liverpool menentang Stoke City pada jam 7.45 pm waktu Malaysia. Semua pasukan telah membuat persediaan yang rapi termasuk tiga pasukan baru iaitu Cardiff City, Hull City dan Crystal Palace.
Arsenal satu-satunya pasukan top 4 yang tidak ada pertukaran pengurus yang masih mengekalkan Arsene Wenger sebagai teraju utama. EPL 2013/14 menerima beberapa pengurus baru iaitu Jose Mourinho untuk Chelsea dan Manuel Pellegrini untuk Manchester City manakala beberapa kelab menukar pengurus iaitu David Moyes pindah dari Everton ke Manchester United, Roberto Martinez dari Wigan ke Everton dan Mark Hughes ke Stoke City. Watak Alex Ferguson pasti dirindui apabila beliau mengambil keputusan untuk bersara setelah sekian lama mengurus MU.
Jersey away baru Arsenal 2013/14
Ramai penyokong Arsenal tidak gembira walaupun Arsenal telah membuat persiapan rapi dengan menang hampir semua perlawanan persedian awal musim di Asia dan Europe dek kerana sehingga hari ini Arsene Wenger hanya baru membawa seorang pemain baru iaitu Yaya Sanogo. Peminat mengharapkan Arsenal membawa beberapa pemain lima bintang setelah gagal memikat Gonzalo Higuain dan Gustavo. Beberapa pemain Arsenal telah berpindah ke kelab lain iaitu Chamakh, Gervinho, Andre Santos, Squillaci, Eastmond, Martin Angha, Ashavin, Delinson, Ebecillo, Vito Mannone, Sanchez Watt, Jordan Wynter, Jernade Meade dan beberapa pemain dipinjamkan ke kelab lain iaitu Miquel, Coquelin, Djourou.
Barisan Pemain Arsenal untuk EPL 2013/14
Sebagai penyokong ketat Arsenal aku yakin tahun ini tahun gembira untuk Arsenal yang bakal menjadi juara salah satu piala yang dipertandingkan. Pemain yang ada sudah semakin serasi dan semakin matang untuk melalui cabaran musim 2013/14 yang sangat mencabar dengan berbagai perlawanan dan berbagai piala untuk dikejar. Percaturan pemain oleh pengurusan pasukan sangat penting untuk mengurangkan kecederaan dan kepenatan terlebih main untuk bersaing dengan pasukan hebat yang lain.
Perlawanan pertama Arsenal untuk musim 2013/14 adalah menentang Aston Villa pada jam 10.00 pm waktu Malaysia di Stadium Emirates.
Live Streaming Arsenal vs Astol Villa @ Goal
Keputusan Arsenal vs Aston Villa : 1 – 3
Keputusan EPL 2013/14 Week #1
[box type=”shadow”]Liverpool vs Stoke City : 1 – 0
Sunderland vs Fulham : 0 – 1
West Ham vs Cardiff City : 2- 0
Norwich City vs Everton : 2 – 2
West Brom vs Southamptom : 0 – 1
Swansea vs Manchester United : 1 – 4
Crystale Palace vs Tottenham : 0 – 1
Chelsea vs Hull City : 2 – 0
Manchester City vs Newcastle : 4 – 0[/box]
Kepada semua Pembaca Setia jangan bosan kerana bermula entri ini akan ada banyak lagi entri Arsenal niche sukan blog ini sehingga berakhir musim EPL 2013/13 pada Jun 2014.
32 Comments
kalah pula tu/.. sedih.
Curahan rasa zool @ ..Kahwin – Benarkah kos menyebabkan ramai lelaki lambat kahwin ?
Arsenal bermula sumbang nampaknya,huhu
Biar sumbang di awal sebagai pengajaran supaya di akhir yg terbaik
tapi sayang prestasinya semakin menurun saja,
Curahan rasa ade sunandar @ ..Agen herbalife Pekanbaru
MU menang.
Gua dah cukup puas hati dah..hehe
Takpe. Arsenal leh cuba lagi..
Curahan rasa titan @ ..Saya dan Poligami – Dr Zahiruddin Abd Rahman.
Sabar..sabar ..
Baru permulaan…hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Buat Duit Dengan Blog
payah nak capai sasaran kalau mula2 dah tempang 🙂
Curahan rasa AUC @ ..Jadual dan Keputusan Penuh Pesta Bola Merdeka 2013
hehehehe…….baru start jer pun….sabor2 =)
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…
permulaan yg kurang baik buat team arsenal
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…
Arsenal kena menang tribal season ni
Curahan rasa Zuan @ ..Tak Susah Pun Jaga Kucing
boleh menang tp kena lepas manu =)
hehehehehe
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…
Harap kabinet trofi Arsenal terisi tahun ni..Carling Cup pon jadi la..hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..( VIDEO ) IKLAN TELEVISYEN PROTON SUPRIMA S
Saya rasa Arsenal akan meraih kesuksesan besar di EPL musim 2013/2014 ini
ni kaum keluarga brader denaihati ke???
Curahan rasa Fakarepain @ ..( VIDEO ) IKLAN TELEVISYEN PROTON SUPRIMA S
Semoga dapat mengekalkan semangat mulai dari awal sampai akhir untuk merebut salah satu trophy
macam mana pun, GGMU!! hehehee
Curahan rasa boni kacak @ ..Tua Kutuk Dapat Lagi Duit Raya
Alaaaa.. MAN U dah tak boleh dah musim ni.. hihihi
Curahan rasa KiD @ ..SAMSUNG Galaxy Gear Smartwatch
Chelsea takeover season ni..
Curahan rasa Fakarepain @ ..( VIDEO ) IKLAN TELEVISYEN PROTON SUPRIMA S
coach jose paling menarik utk diperhati musim ni…
Curahan rasa hafizmd @ ..Oh! Syoknya Blogging Walaupun Bercuti…
Boleh ke arsenal menang satu piala.. hihi. All the best semua. Pasti banyak cerita bola nanti.
Aku dah tahu nak tulis apa utk niche Arsenal ni … Entri provokasi yg blh mendatangkan marah kepada supporter Liverpool heeee.
Liverpool nak top 10 aje..hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..( VIDEO ) IKLAN TELEVISYEN PROTON SUPRIMA S
Semoga pasukan Arsenal terus cemerlang di bawah kendalian Arsene Wenger… Walaupun kehilangan beberapa pemain yang telah berpindah ke pasukan lain… Good Luck Arsenal…
Curahan rasa Anuar @ ..Affiliate Summit Ogos 2013 dan Jamuan Hari Raya…
Comments are closed.