Arsenal mana superstar baru

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jendela perpindahan musim panas akan berakhir pada 2/9/13 tetapi superstar yang dijanjikan oleh Arsene Wenger masih belum kunjung tiba. Sehingga entri ini ditulis baru dua pemain baru menyertai Arsenal iaitu Yaya Sologo dan yang terbaru budak lama Arsenal Mathieu Flamini. Peminat mengharap pemain superstar yang sesuai dengan corak pemainan Arsenal untuk persediaan musim 2013/14 yang sangat mencabar.

Musim perpindahan kali memang sangat panas dengan nilai pemain mencecah puluhan juta euro yang kekadang entah benar nilai permain semahal itu atau hanya pertandingan siapa paling banyak duit antara pelabur Arab, Amerika atau Russia.

Pemain manalah agaknya yang bakal Arsene Wenger bawa masuk ke Arsenal musim ini??

Capital One League Cup

Arsenal yang tidak bermain pada pusingan pertama dan kedua telah diundi untuk menentang West Ham pada 23/9/2013 untuk pusingan ketiga. West Ham bukanlah pasukan yang mudah dikalahkan tetapi lebih baik berbanding nasib Liverpool yang terpaksa menentang Manchester United di pusingan ketiga. Arsenal biasa menggunaka Capital One Cup sebagai medan peluang kepada pemain simpanan untuk menunjukan bakat dan latihan bermain diperlawanan sebenar.

Champions League

Alhamdulillah Arsenal berjaya menewaskan Fenerbahce 2 – 0 dalam perlawanan play-off kedua di Stadium Emirates. Ramsey telah menjaringkan kedua-dua gol yang memberi kemenangan besar kepada Arsenal dengan agregat 5 – 0.

Video jaringan Ramsey ketika menewaskan Fenerbahce

 

Kemenangan kepada Fenerbahce telah melayakan Arsenal untuk ke perlawan kumpulan Champions League untuk kali ke 16 berturut-turut. Arsenal telah diundi dalam kumpulan F yang boleh tahan mencabar.

Undian Champions League 2013/14

[box type=”shadow”]Group A : Manchester United, Shakhtar Donetsk, Bayer 04 Leverkusen, Real Sociedad
Group B : Real Madrid, Juventas, Galatasaray, København
Group C : Benfica, PSG, Olympiakos, Anderlecht
Group D : Bayern Munchen, Cska Moscow, Manchester City, Victoria Plzen
Group E : Chelsea, Schalke 04, FC Basel, Steaua Bucuresti
Group F : Arsenal, Olympique Marseille, Borussia Dortmund, Napoli
Group G : Porto, Atletico Madrid, Zenit, Austria Wien
Group H : Barcelona, AC Milan, FC Ajax, Celtic[/box]

Daripada undian ini Arsenal sangat memerlukan beberapa pemain baru untuk mengukuhkan pasukan yang memang sudah terbaik. Masalah utama Arsenal adalah kecederaan kerana itu pemain baru yang berkualiti sangat diperlukan.

Arsenal vs Tottenham BPL 2013/14 Week #3

Minggu ini selain Arsenal yang akan menerima kunjungan Tottenham, perlawanan Liverpool menentang Manchester United pasti akan menjadi perhatian terutama kepada Blogger Shakiddo dan Melastik Bintang. Tottenham bukan lagi pasukan yang sama ketika Arsenal menewaskan 5 – 2 pada musim lepas. Musim 2013/14, Tottenham telah membeli ramai pemain baru dengan duit penjualan Gareth Bale kepada Real Madrid yang merupakan rekod baru dunia iaitu 86 juta pound.

Arsenal vs Tottenham

Perlawanan Arsenal vs Tottenham sebelum ini agak seimbang tetapi kali ini tidak semudah itu ditambah dengan kecederaan Podolski dan Oxlade Chamberlain.

Live streaming Arsenal vs Tottenham @ Goal

Keputusan Arsenal vs Tottenham : 1 – 0

Video gol jaringan Giroud

 

Keputusan BPL 2013/14 Week #3

[box type=”shadow”]Manchester City vs Hull City : 2 – 0

West Ham vs Stoke City : 0 – 1

Newcastle vs Fulham : 1 – 0

Norwich vs Southampton : 1 – 0

Cardiff City vs Everton : 0 – 0

Crystale Palace vs Sunderland : 3 – 1

West Brom vs Swansea : 0 – 1

Liverpool vs Manchester United : 0 – 1[/box]

Cardiff City berjaya mengikat Everton dengan keputusan seri 0 – 0 telah melonjak keluar dari kedudukan tercorot sebelum ini.


Spread the love

40 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!