Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, kali terakhir menulis cerita Arsenal ketika Arsenal menewaskan Hull City 2 – 0 kira-kira dua bulan yang lepas. Bukan kerana aku sudah melupakan Arsenal tetapi tidak mahu kelihatan mendabik dada apabila pasukan kesayangan sedang bertahta di puncak liga. Menulis ketika pasukan diasak dikutuk kerana dibelasah lawan lebih bermakna daripada bermegah dengan kemenangan. Bukan senang nak bersama dengan pasukan yang sedang kalah seperti beberapa sahabat aku penyokong setia Manchester United yang sudah jemu dengan kisah kegagalan MU musim ini.
BPL musim 2013/14 adalah musim yang paling menarik sepanjang aku menjadi peminat setia Arsenal. Ada yang tanya sejak bila aku jadi peminat setia Arsenal … jawabnya sejak menulis blog Denaihati. Sehingga perlawanan minggu ke 24 perlumbaan liga tempat di atas dan di bawah masih bersaing hebat. Perbezaan mata empat pasukan di atas hanya 7 mata dan perbezaan 10 pasukan di bawah hanya 6 mata. Setiap minggu ada sahaja perubahan kedudukan setiap pasukan untuk yang menjadikan persaingan BPL 2013/14 sangat menarik. Pada pendapat aku kejuaraan BPL musim ini akan ditentukan oleh lima pasukan di atas yang tidak tewas kepada sepuluh pasukan di bawah. Maknanya kalau ada pasukan besar tercicir mata kerana tewas kepada pasukan lemah maka peluang pasukan tersebut untuk menjuari BPL adalah nipis.
[box type=”shadow”]
Keputusan Perlawanan Arsenal yang lepas
Arsenal 1 – 1 Everton
Manchester City 6 – 3 Arsenal
Arsenal 0 – 0 Chelsea
West Ham 1 – 3 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
Arsenal 2 – 0 Cardiff City
Aston Villa 1 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Fulham
Southampton 2 – 2 Arsenal
Arsenal 2 – 0 Coventry (FA Cup Pusingan ke 4)
Arsenal 2 – 0 Crystal Palace
[/box]
Februari adalah bulan yang paling mencabar kepada Arsenal. Jadual perlawanan Arsenal bulan Februari bermula 8/3/14, 8.45 pm waktu Malaysia menentang Liverpool di Anfield, kemudian di Emirates 13/2/14, 3.45 am menerima kedatangan Manchester United, 16/2/14, 3.45 am sekali menentang Liverpool untuk FA Cup pusingan ke 5, pada 20/2/14, 3.45 am menentang Bayern Munich untuk Champions League dan pada 22/2/14, 11.00 pm menentang pasukan yang semakin menganas Sunderland. Semuga tiada pemain utama yang tercedera untuk mengharungi perlawanan penting selang beberapa hari sahaja. (Macam manalah diaorang buat jadual ni!!!)
[box type=”shadow”]Keputusan Liverpool vs Arsenal : 5 – 0 [/box]
Bagi aku fokus paling utama Arsene Wenger adalah menewaskan Liverpool, Manchester United dan Sunderland untuk kekal ditahta BPL. Menewaskan Liverpool untuk FA Cup dan Bayern Munich untuk Champions League hanya bonus sahaja. Dalam perlawanan yang kritikal seperti ini sudah pasti Arsenal tidak boleh menang semua dengan mengorbankan pemain yang sama untuk bermain semua perlawanan kerana musim masih panjang lagi. Kecederaan pemain utama sudah pasti akan menganggu rentak kejuaraan yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Arsenal mempunyai gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda yang mantap sudah pasti dapat mengharungi semua perlawanan dengan kemenangan … Go Go Go Gunners teruskan meluaskan jajahan di tahta BPL 2013/14.
Live Keputusan Liverpool vs Arsenal @ Twitter
50 Comments
arsenal semakin lama semakin kuat. dah ada semangat baru nak lawan pesaing.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..SIMPLE GIVEAWAY & BLOGWALKING by YANA PINK BLOSSOM
Nampaknya minggu ini, Arsenal sahaja dr pasukan gergasi yang berjaya mengutip mata penuh! Lonjakan yang tepat pada masanya! Semakin menarik saingan liga BPL tahun ini.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Idea Gila Yang Memang Giler!
Arsenal terbaik! Walaupun jarang sangat tengok bola, tetap minat pasukan Arsenal ni. Hee
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..BBQ.
Nampaknya tak lama juga Arsenal duduk di atas kan. Heheh.
MU pun lagi teruk rankingnya. Apapun, semangat kesukanan dan kekuatan penyokong jadi taruhan juga. Jangan jadi lalang sudah.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
selepas saya selongkar pengisian isu sukan dalam denaihati ini nampaknya Arsenal adalah pasukan pilihan. Satu sahaja kehebatan paling ketara dalam sukan ini, iaitu perpaduan.
Curahan rasa kizmyself @ ..Hari Sibuk Bolasepak Malaysia
terima kasih pak admin telah menghadirkan informasi dan berita yg bermanfaat,semoga dengan sering di updated akan menjadikan website ini lebih bermanfaat lagi bagi pengunjung.
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Hati @ ..Cara Menyembuhkan Kanker Hati
mkasih infnya hehehee
Curahan rasa Obat Herbal Kanker Mulut @ ..Obat Herbal Kanker Mulut
wawwwwwww bola itu kjesukaan saya lho
Curahan rasa Obat Liver Tradisional @ ..Pengobatan Liver Tradisional
Bulan feb bulan penentuan sama ada Arsenal layak bergelar juara atau tidak…
hopefully almari tak berhabuk season nie.. he he
Curahan rasa fazrol @ ..Ustaz! Hang tunggu aku mai!
Kelemahan utama Arsenal musim lalu adalah konsistensi. Harap musim ni Arsenal kekal konsisten memberi cabaran kpd 6 pasukan teratas dan jgn kehilangan mata dgn mudah especially kpd pasukan bawahan liga..
Curahan rasa UpProfits @ ..JDT vs Selangor MSL 15 Feb 2014
AArsenal cuma main imbang dengan manchaster united. Tidak bisa memanfaatkan untuk merebut peringkat pertama dari Chelsea, kecewa pasti, TApi tetep yakin arsenal pasti musim ini akan jadi juara. Kalo jersey barunya seperti itu rasanya jadi aneh.Bagus jersey yang musim ini ..
I’m The Gunners
Curahan rasa Dhedi R Ghazali @ ..Tips Belajar Yang Efektif dan Efisien
Wah, kemarin skor Arsenal Vs Liverpool = 5:1
Semoga saja masih tetap mempertahankan posisinya di puncak klasemen
boleh jadi pengulas sukan ni 🙂
Comments are closed.