Arab Saudi putuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sebabnya

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Ramadan Kareem. Dah baca ke entri sebelum ini “Pakar Kelulut Malaysia“. Kali ini Abang nak berkongi kisah panas dunia yang sudah lama Abang tidak menulis.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Memang lama sangat Abang tidak menulis kisah pergolakkan dunia terutama yang kena mengena dengan gelombang akhir zaman. Tengahari 5/6/2017 dunia dikejutkan dengan berita Arab Saudi bersama Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Lewat petang Yemen, Libya dan Maldives juga mengikut jejak memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar.

Berita terbaru kelab bola sepak Saudi Al Ahli telah menamatkan penajaan Qatar Airways, tentera  Qatar telah digugurkan dari pakatan perangi pemberontak di Yemen dan Eithad Airways telah mengantung semua penerbang keluar dan masuk dari Qatar. Pasti banyak lagi berita-berita mengemparkan akan diumumkan dalam seminggu dua  ini dari berbagai negara seluruh dunia.

Siapa sangka Arab Saudi akan memutuskan hubungan dengan Qatar tetapi ini bukan berita baru yang memeranjatkan bagi mereka yang mengikut secara dekat kisah Arab Spring yang telah menumbangkan banyak Kerajaan Arab antaranya Libya dan Mesir. Qatar dituduh menjadi pusat kepada gerakkan Arab Spring dan terkini pusat kepada keganasan kerana menyokong kumpulan muslim Brotherhood, Daish, Al Qaedah serta menyokong Iran musuh ketat Arab Saudi.

Pengumuman Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar hanya sehari selepas berlaku serangan di Kota London yang mengorbankan enam orang yang katanya didalangi kumpulan pengganas Daish. Selang seminggu sebelum ini kumpulan pengganas maute yang dikatakan disokong kumpulan Daish menyerang kota Marawi di Filipina. Selang dua minggu sebelum ini kemenangan Hassan Rouhani sebagai presiden baru Iran telah mengkritik lawatan Presiden Trump ke Arab Saudi. Dua minggu sebelum ini buat pertama kali dalam sejarah Amerika, Presiden Trump yang baru dilantik  sebagai presiden USA melawat Arab Saudi kemudian melawat Israel kerana sebelum ini semua presiden baru USA akan melawat Israel sebelum melawat mana-mana negara di dunia. Kehancuran Syria sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Teringat ketika berbual kisah dunia akhir zaman dengan beberapa orang ustaz. Ustaz kata sudah banyak sangat kejadian akhir zaman yang sudah berlaku. Askar Dajjal berusaha menyediakan pengikut-pengkitnya sementara menunggu kedatangan Dajjal. Itu semua sudah ketentuan manusia tiada kuasa untuk mengubah ketentuan kerana semua kejadian sudah ditetapkan ALLAH tidak boleh diubah. Semua tragedi dan peristiwa terbaru yang berlaku dan bakal berlaku adalah antara kronolgi akhir zaman. Yang penting buka peristiwa demi peristiwa yang bakal berlaku tetapi persiapan dan persediaan kita untuk menemui ALLAH apabila dunia ini berakhir.

Kenapa Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Qatar?

Sebab musabah pasti akan terbongkar satu demi satu tidak lama lagi.

Amir Denaihati
Founder  Denaihati

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

54 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!