Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap hari ada sahaja bayi Islam yang dilahirkan dan kesedaran melaksanakan aqiqah semakin meningkat. Rasullah SAW bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat abu daud, at tarmizi dan ibnu majah. Aqiqah sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah Rasullah SAW atau hari ke 14 atau hari ke 21 atau selagi dia belum baligh.
Hukum Aqiqah adalah Sunat Muakad iaitu sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Yang terbaik untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Hadis dari Siti Aisyah r.A “Rasullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki dua ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat at-tarmizi. Dalam kes anak lelaki, aqiqah seekor kambing pun sah kerana rasullah mengaqiqahkan cucu beliau Hasan & Husain dengan seekor kibasy – riwayat abu daud.
[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/warga-kemboja.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/pelajar-di-kemboja.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/galeri-kemboja.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”450″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/qurban-dan-aqiqah-di-kemboja.jpg[/imagetab]
[/tabs]
eQurban Resources sebuah syarikat peneraju qurban dan aqiqah di Kemboja menyediakan package Aqiqah dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM320 untuk satu bahagian lembu dan RM580 untuk seekor kambing. Pesanan Aqiqah Ramadan boleh buat secara online di eQurban.com.
Daging sembelihan aqiqah akan diagih-agihkan madrasah Tahfiz terpilih di Kemboja untuk meraikan anak-anak tahfiz miskin. Kesusahan umat Islam di Kemboja terlalu daif jika dibandingkan dengan umat Islam Malaysia yang dihujani dengan berbagai subsidi. Setiap pemberian daripada kita sesama Islam sangat mereka hargai.
Syukur alhamdulillah aku telah menyempurnakan aqiqah untuk semua anak-anak bagaimana pun Rakan yang lain? Kepada yang belum apa lagi ditunggu laksanakan sekarang. Kekadang kita mengeloh anak degil, nakal dan sebagainya tapi cuba tanya pada diri sendiri adakah tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk mengaqiqahkan anak sudah disempurnakan. Ramai yang mengeloh tak ada duit tanpa mereka sedar dengan beraqiqah maka bertambahlah rezeki dari ALLAH SWT.
Kepada yang belum lakukan sekarang tanpa memikirkan alasan … rezeki itu ALLAH SWT yang tentukan jadi apabila kita melaksana sunnah Rasulullah SAW pasti ada rezeki lain menunggu untuk kita. Joom klik eQurban.com dan buat pesanan sekarang. Kepada yang ada niat nak buat qurban pun boleh juga buat pesanan sekarang.
45 Comments
InsyaAllah ada rezeki nak buat juga..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Dalamnya Manis Luarnya Pahit
kami pun lebih suka buat aqiqah di negara luar contohnya di indonesia di mana ramai org susah…
pernah sekali kami buat aqiqah di medan, indonesia menjamu anak2 hafiz… seronok sangat rasanya 🙂
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Diari Ramadhan 1: Menjelang Ramadhan, Ramadhan hari pertama hingga ketiga
sama-sama kita buat apa yang termampu
Curahan rasa Khairul Zamri @ ..Putu Bambu – Jana Pendapatan di Bulan Ramadhan
alhamdulillah bagi yang sudah melaksanakan aqiqah di ramadhan ini moga pahalanya berlipat ganda.amiin
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
insyaallah ada buat ramadhan ni
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Christian Benteke Tolak Liverpool
Alhamdulillah. Saya jugak sudah. InsyaAllah jika ada rezeki lebih saya mahu buat lagi….
Allahuakbar, semoga di redha Allah dan di permudahkan urusan
Curahan rasa aku penghibur @ ..Pandangan Orang Bukan Islam Terhadap Puasa
semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki bersempena bulan yang penuh barakah ini. Ramadhan Karim!
Assalamu’alaikum, salam untuk keluarga sesama muslim. Sungguh mulia beraqiqoh di bulan ramadhan saling berbagi bersama saudara.
yang berkemampuan seelok2 nya buat ibadah aqiqah ni dapat mengurangkan beban insan yang berada dalam kesempitan
Curahan rasa pleabee @ ..Konvensyen Usahawan Muslimin 2013 – Mentor Perniagaan
info sangat berguna. salam ramadhan dari fyna ^_^
Curahan rasa fyna @ ..Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Selangor 2013
belum selesai lagi
in sha Allah saya pilih eQurban
Curahan rasa cikgu naman @ ..Sindrom Tulis ,Katup dan Terlupa
Assalamualaikum..salam Ramdhan dari SA dan keluarga buat semua umat islam dan admin..
selamat berpuasa kepada seluruh umat islam…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Dalang Operasi Pembunuhan Rakyat Mesir
Comments are closed.