Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.
Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.
Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.
Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.
Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.
Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.
#SaveSelangor
Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.
142 Comments
apalah kesudahan karier politik tan sri khalid ibrahim selepas ini. moga dia diberikan jalan yg terbaik oleh Allah
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
kesian tan sri khalid. walaupun cemerlang tetapi tetap disingkir oleh parti sendiri
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
sokongan terhadap pkr memang semakin hari merosot. parti itu dilihat semakin tidak relevan
Curahan rasa sohoque @ ..7 Sebab Kenapa Seminar Facebook Marketing Firdauz Azizi Mantap
Politik tak habis2. lepastu membangkitkan kemarahan rakyat, kurang kasih sayang katanya, hahahaha
Curahan rasa KANVAS DAKWAT @ ..BAHASA MELAYU BAHASA MUNDUR
Macam mana nak komen entri ni yea, teman kalau melibatkan politik, agak kekok nak komen-komen, sebab tak minat politik pun yea, then takut pulak tersalah cakap, nanti masuk ke dalam.. he2..
Curahan rasa Tengkubutang @ ..T.SHIRT MOTOR SILK SCREEN
Tau xpe..isu politik memang sangat sensitif..sebab pendirian masing-masing kan lain..kang ade sokong seseorang kang..kene hentam balik pulak
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
dah confirm, azmin ali ganti khalid sebagai menteri besar. kita tgk dulu tugas dia sebelum menilai
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Tak abis-abis cerita politik dan Anwar Ibrahim ni… kadang-kadang rasanya seperti parti politik keluarga dan bukan untuk menperjuangkan rakyat… 🙁
Curahan rasa Eshamz Halim @ ..10 Random Facts About Me: When I am Travelling
kalau nak citer pasal politik ni boleh sangat..pi kedai kopi je hihihi..dulu aku sokong jgk anuar ni..tp lepas mcm2 konflik dah berlaku sekarang ni dah jd tawar hati dah..
Curahan rasa oh kiji @ ..Tutorial cara pakai shawl gambar dan video
memang pelik dia ini apa yang dia mahukan .. gunakan orang lain untuk kepentingan sendiri dah makin mengarut dia..
Curahan rasa namiacinta @ ..Cabaran 30 Hari – 5 Pekara Yang Saya Rindukan
itu lah kan,pakcik2 dan makcik di tempat saya pun bila ada saja isu atau berita ttg anwar mereka pun seperti tidak suka dan merasa muak,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Buah Kering Membantu Menurunkan Berat Badan
Kemelut politik sekarang semakin membosankan. Natijahnya akan tertimpa pada rakyat juga akhirnya. Kita punya masalah semakin lama semakin bertambah. Tapi orang-orang sepatutnya masih layan kuasa dan wang ringgit mereka.
Curahan rasa Mohd Ridzwan @ ..Malaysia Tanah Airku Tanah Airmu Jua
semoga kemelut negeri selangor cepat reda dan pulih. memang serabut duk baca berita itu dan ini tapi tak selesai lagi
Curahan rasa ainun @ ..Pengalaman Guna Altel
harap kemelut politk selangor berakhir lepas ni demi kepentingan rakyatnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
saya pun pelik dengan konflik menteri besar selangor. Rasanya dah elok TSKi mentadbir negeri selangor ni..semua ni mainan politik
Curahan rasa nord @ ..Kelebihan Kolagen Shaklee #collagenpowder
pilihlah MB yang bertanggungjawab dan tidak berat sebelah, bagi saya pilih MB lelaki sebab lelaki adalah pemerintah yang tidak mengikut emosi
semoga Selangor diberi pemerintah yang baik dan semoga Malaysia aman senatiasa.
Curahan rasa shamiera osment @ ..Wordless Wednesday : 100 Followers Akhirnya…
harap YB Azmin Ali akan menjalankan tugas sebagai menteri besar dgn baik. mungkin lagi baik dari khalid.
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Nampaknya masih belum selesai kemelut jawatan Menteri Besar Selangor ini. Dalam sibuk2 bertelagah…Tan Sri Khalid sehingga kini masih lagi menjadi Menteri Besar… kekal jer lah sampai PRU 14 nanti…abis cite.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Keunikan Dan Keajaiban Alam Ciptaan Ilahi
Comments are closed.