Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.
Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.
Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.
Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.
Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.
Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.
#SaveSelangor
Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.
142 Comments
langkah kajang dah lama gagal. kita harapkan agama islam terus dijaga walau apa sekalipun
Didoakan agar negara kita akan terus dipimpin oleh barisan pemimpin yang berkaliber dan berkebolehan menjalankan tugas tanpa kepentingan diri sendiri.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Aku dan UPU
Emm seronok membca artikel ni…huhu..semoga membuka mata rakyat dengan luasnya..
Curahan rasa Hafizul @ ..Anak Kedua Pe’elnya Comel Sangat
bila jadik macam ni…tobat saye.saya nak masuk parti puak kaya dan berjaya sahaja!xde hasad dengki, takde perebutan.hehehe…
Curahan rasa mai has @ ..Kisah antara anak CEO Shaklee ber penyakit asma dengan bahan toksin pembersih rumah
Agak mengejutkan. Apa la agaknya mainan politik DSAI dan PKR selepas ni?
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Pengalaman bermain salji di Australia
dari berita terkini PAS tak kisah kalau keluar dari PKR.
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
Sekali air bah sekali pantai berubah,
Siapa yang menentang ketua akan rebah,
Langkah yang dibuat tidak payah,
Terus dipecat tanpa rasa bersalah.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR
Pantun lagi. terima kasih. bila lawan boss petanda awal semua rahsia akan dikorek dan didedahkan dengan tujuan tertentu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
Apa boleh buat, ini kehendak pemimpim mereka yang gila kuasa. Ingin melantik isterinya sebagai MB, anaknya sebagai exco. Kita tunggu dan lihat kesudahannya nanti.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dipecat Daripada PKR
Politik oo politik. masing2 nak tunjuk siapa lebih berkuasa
Curahan rasa Que @ ..Siaran Langsung Perlawanan Manchester City vs Arsenal | FA Community Shield 2014 di Astro
Memang ketara sangat kali ini….untuk tujuan apa mb selangor digantikan? Hamba turut berdukacita dengan apa yg berlaku di Selangor
kalau sekarng pilhanraya, mesti ketara keputusan yang diterima..
kekadang yeop poning melayan depa. walaupun yeop baru menjadi warga selangor baru sebulan, tapi yeop dapat rasakan kemarahan rakyat selangor kepada parti yang menggalakkan antara keluarga.
so, lantoklah labu.
Kini “Langkah Kajang” nampak tempang.. rakyat Selangor sudah matang.. apa lagi yang nak diperjuang.. Adakah takut dengan bayang-bayang..
Curahan rasa KiD @ ..Beli Tshirt SupportGaza Sambil Menderma
Politik dendam macam nilah jadinya… sedihlah bila harapan rakyat menjadi lebur sebegini rupa… lepas ni juwudlah team A..B..C dlam pakatan
cantik pantun, memang kena sangat. tanda-tanda perpecahan dah ada.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
siapa yang jadi mangsa dalam keadaan ini? sudah pasti wujud juga team A,B,C dari rakyat yang menyokongnya..
Curahan rasa KiD @ ..Makan di Restoran Ramly Burger
Kita tunggu babak undi tak percya nnti..
Apapun..hnya jauhari kenal manikam 🙂
Curahan rasa hafizmd @ ..Wanita Solehah Bunga Idaman Mutiara Syurga
sama-sama kita tunggu perkembangannya. menariknya, menteri besar ADUN Bebas adalah yang pertama.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Jarang penulisan segarang yg ni…. Hew hew hew
Petikan dari entry bawah ni “Kehebatan Bangsa Melayu yang merupakan bangsa alter yang boleh berubah sifat apabila terdesak lihat sahaja apabila saudara seIslam di Gaza dibantai oleh Israel tiba-tiba Bangsa Melayu jadi garang sehingga berani menggegar pintu restoran Mc Donald yang membantu Israel. ” heeee
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Comments are closed.