Anwar mengecewakan harapan rakyat

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sah sudah Tan Sri Khalid Ibrahim yang dahulu di anggap bintang dalam PKR sudah di pecat keahlian tetapi masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor sebagai ADUN Bebas DUN Pelabuhan Kelang. Satu keputusan yang sudah dijangka kerana melawan Anwar Ibrahim menentang kejahilan politik dan budaya neopotisme dan kronisme. Diawal reformasi selogan menentang neopotisme dan kronisme sangat kuat dialun oleh Pakatan Rakyat tetapi itulah darah daging dalam dua parti terbesar selain PAS. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang sangat tegas pendirian kali ini, tidak terikut dengan penyelewengan ideologi Pakatan Rakyat.

khalid ibrahim menteri besar selangor

Penilaian kejayaan dalam politik tidak sama dari sudut pandang mata rakyat dan pengamal politik. Rakyat merasakan kepimpinan Khalid Ibrahim telah berjaya apabila berjaya mengekalkan Pakatan Rakyat kali kedua dengan jumlah kerusi yang lebih besar pada PRU13 dan rekod kewangan yang sangat cemerlang seperti diwar-warkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Paling ketara masjid dan surau di Selangor sangat aktif tak kira di bandar atau di kampung cuma dicacatkan dengan lebih banyak rumah urut dibina sehinggalah ke bandar-bandar kecil.

Pemimpin politik pulak mempunyai penilaian yang berbeza dengan kuasa politik berapa banyak dana politik yang dapat dikumpul dan berapa ramai kontraktor politik mendapat manafaat walaupun tidak mempunya kelayakan. Dari risikan dalam pemimpin Pakatan Rakyat tidak berpuas hati kerana Khalid Ibrahim terlalu mengikut peraturan sehingga polisinya tidak memberi manafaat kepada kroni-kroni politik Pakatan Rakyat walaupun ianya memberi banyak manafaat kepada rakyat Selangor. Segala kecurangan Khalid Ibrahim segaja direka bagi menunjukkan kejahatan walaupun hakikinya dengan pentadbiran Khalid lah kuasa Pakatan Rakyat dapat dilebarkan di Selangor.

Anwar-Wan-Azizah-Khalid-atas-bas-PKR

Aku memang tidak mempercayai lagi Ketua Umum PKR semenjak aku berpeluang bersama pasukan yang merawat Anwar Ibrahim semasa krontroversi kes Arsenik. Ahli politik berbagai wajah yang hanya mementingkan diri sendiri dengan memanipulasi kebijakan berpidato untuk menggunakan pemimpin disekelilingnya menghipnosis pemikiran rakyat yang sememangnya ketika itu kecewa dengan ketegasan Tun Dr. Mahathir.

Kepada penganalisa politik pasti biasa mendengan perkataan Si Kitol yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir di dalam beberapa ucapan sebelum beliau menyingkir Anwar Ibrahim dari kerajaan. Rakyat tidak percaya pada Mahathir tetapi lebih percayakan kepada Si Kitol nama yang diangkat sebagai pembelot semasa Portugis menakluk empayar Melaka. Setelah lebih 16 tahun berlalu kini wajah Si Kitol semakin jelas kelihatan kerana itu mungkin ALLAH tidak memberi jalan yang mudah untuk beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

keputusan rasmi PRK DUN Kajang

Ada yang kata apa salahnya Wan Azizah selaku Presiden PKR dan DUN Kajang dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Cuba kita perhatikan bagaimana dua jawatan tersebut disandang oleh Wan Azizah dengan strategi licik Anwar Ibrahim untuk mengekalkan penguasan keluarga dalam parti. Anwar telah mencalonkan diri sebagai calon presiden bersama Wan Azizah untuk mengelakkan pemimpin PKR lain bertanding dan akhirnya beliau menarik diri begitu juga pecalonan DUN Kajang walaupun sebenarnya beliau sudah tahu apa kesudahan kes makamah. “Langkah Kajang” bukan untuk menyelamatkan Malaysia tetapi menyelamatkan Anwar Ibrahim dan keluarga untuk terus bertahta dalam politik Malaysia walaupun sudah mungkir janji untuk bersara setelah tewas pada PRU13.

Anwar Ibrahim sudah terlalu banyak mengecewakan harapan rakyat dengan janji manis setiap kali berpidato di ceruk kampung dan bandar. Kekadang ada juga betulnya seorang yang terlalu pandai berpidato belum tentu pandai mentadbir. Kali ini rakyat pasti tidak akan tunduk seperti lembu kena cucuk seperti 16 tahun yang lalu. Bangsa Melayu adalah ibarat wangian yang hilang yang akan kembali berdiri tegak apabila dikotak katikkan oleh Si Kitol.

#SaveSelangor

Nota : Tulisan ini ada pendapat peribadi bukan untuk mempengaruhi sesiapa dan anda bebas untuk mengkritik asalkan tidak mengunakan bahasa lucah dan kasar.

---

    Kongsi pendapat anda

    *

    CommentLuv badge

  1. Sedih melihat parti Islam diperkotak katikkan bila menyertai ‘perjuangan’ bersekutu..kesian pada rakyat yang tak nampak ‘permainan’ pemimpin-pemimpin pujaan mereka yang lebih pada perjuangan merebut kuasa untuk peribadi daripada perjuangan untuk rakyat.
    Entri terbaru pipoq – Mengajar dan belajarMy Profile

  2. ada yang menyalahkan anwar bila PR kalah dipengkalan kubor. tapi saya rasa sebab PAS macam dah sombong dalam PR.
    Entri terbaru nikkhazami – iPhone 5s Gajet Impian Setiap BloggerMy Profile

  3. Tidak minat dalam hal politik…tetapi, semoga pemimpin yang benar-benar boleh memimpin akan menjadi PEMIMPIN… :)
    Entri terbaru Vander Good – Hari Inovasi : Produk daripada buah TarapMy Profile

Trackbacks

  1. […] Source: Denaihati l Hidupkan Untuk Memberi […]

Artikel pilihan...close